Peranan NGO lebih besar - Bill Clinton
|
|
NILAI 12 Nov. - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton berkata, peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih besar berbanding kerajaan dalam membantu mensejahterakan kehidupan masyarakat dunia.
Menurut beliau, pada umumnya, ahli politik dan pemimpin dunia akan mempunyai dua soalan yang akan ditanya sesama mereka iaitu apa perlu kita buat dan bagaimana kita ingin membelanjakan duit yang ada.
"Maka di sinilah NGO hadir untuk memainkan peranan mereka.
"Golongan inilah yang akan berfikir sekali gus mencipta atau mewujudkan resolusi bagaimana wang itu perlu dibelanjakan dalam usaha mensejahterakan masyarakat tanpa mengira bangsa, pangkat, keturunan dan agama," katanya. utusan
Semasa jadi Presiden , dia lupa daratan . Inilah dia konsep buaya menangis .
ReplyDelete