Minda: Masalah sosial resahkan ibu bapa
Cabaran gejala sosial di luar sangat membimbangkan malah menakutkan semua ibu bapa dan guru.
Begitu juga pemimpin masyarakat yang berperanan membanteras gejala sosial. Pelbagai berita yang memaparkan gejala sosial di kalangan remaja meresahkan ibu bapa ahli masyarakat.
Jika membaca apa yang disajikan Harian Metro, keadaannya sungguh menakutkan. Antaranya pada 10 November lalu memaparkan, “Remaja 16 tahun mengaku bersetubuh”, “Lari berbogel; lelaki masuk semak ketika diserbu bersama pasangan dalam kereta”, “Pelajar tingkatan 4 lahirkan anak” dan “Remaja lari rumah dicekup berkesedudukan, tak endah teguran ibu bapa”. hmetro
Buat masa ini program tarbiah islam adalah perlu kepada anggota masyarakat , termasuk ibu bapa , menteri raja - raja dan seluruh rakyat dan mana - mana pertubuhan Islam dan kementerian kerajaan
ReplyDelete