Sultan tak serah kuasa penuh: Peguam
2010/11/12
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan semalam diberitahu, walaupun Majlis Perajaan Negeri Kelantan melantik Sultan Muhammad V sebagai Pemangku Raja Kelantan, ayahandanya Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra masih kekal sebagai Sultan Kelantan. Peguam Azhar Azizan Harun berhujah, pelantikan Sultan Muhammad V pada 24 Mei tahun lalu mengikut Perkara 22A(3) Bahagian 2, Perlembagaan Negeri Kelantan disebabkan ayahandanya gering dan hilang upaya, tetapi baginda tidak mengambil alih peranan Sultan secara eksklusif. bharian
No comments:
Post a Comment
Apa Pendapat Anda ?