Nuffnang Ad

Saturday 12 February 2011

Bersediakah Qardawi memimpin Mesir?

  Analisis Isu - Oleh: tokpepijat

"Setelah 3 minggu berhimpun di Dataran Tahrir, akhirnya rakyat Mesir menang. "Firaun Moden" Hosni Mubarak meletak jawatan.

Beliau diberitakan lari menaiki pesawat tentera menuju ke Sharm el Sheikh bandar peranginan berhampiran sempadan Israel.

Fasa pertama perjuangan rakyat Mesir telah berjaya. Mubarak letak jawatan.

Fasa Kedua bermula. Fasa ini bakal menentukan segala-galanya. Samada Tentera ambilalih pemerintahan dan meneruskan cara diktaktor dengan mendapat sokongan Amerika dan Israel ataupun Tentera bakal berhadapan dengan jutaan rakyat.

Fasa ini bakal berkesudahan seperti Iran ataupun Algeria.

Jika menjadi seperti suasana di Iran 1979. Siapakah pemimpinnya ? Kita melihat ketika Revolusi Iran, Khomeini memainkan peranan. Ianya lebih kepada individu iaitu tubuh badan Khomeini. Iaitu rakyat secara totalnya mendengar arahan Khomeini dan mentaatinya. Jika Khomeini kata putih, putihlah bagi rakyat Iran. Begitulah sebaliknya. Khomeini sebagai pemimpin spritual.

Suasana ini berbeza dengan Mesir. Setakat ini peranan Ikhwanul Muslimin lebih kepada kumpulan. Tiada individu yang menonjol di Mesir untuk diangkat menjadi pemimpin menerajui Mesir selepas era Mubarak.

Ahmad Baradei umpamanya bukanlah pemimpin rakyat. Beliau hidup di Eropah. Bukan pemimpin akar umbi.

Setakat ini Ikhwanul Muslimin tidak menonjolkan pemimpinnya untuk memimpin Mesir.

Barangkali Dr Yusof Qardawi layak menjadi seperti Khomeini. Keduanya menjalani kehidupan yang sama iaitu hidup di dalam buangan dan bakal dihukum jika balik ke bumi mereka sendiri.

Tetapi adakah Dr Yusof Qardawi bersedia? Atau adakah rakyat Mesir bersedia menerima beliau sepertimana rakyat Iran menerima Khomeini?

Kita melihat mana-mana revolusi atau gerakan rakyat di serata dunia memerlukan seorang individu atau pemimpin untuk memandu dan menerajui rakyat.

Begitu juga jika Regim Diktaktor ingin menghapuskan gerakan rakyat, langkah pertamanya menangkap atau membunuh pemimpin gerakan ini. Inilah yang berlaku keatas Hasan Al Banna,Ahmad Yasin (Palestin), Abbas Madani(Algeria),Benigno Aqiuno(Filipina), Aun Saan (Myarmar) danAnwar Ibrahim(Malaysia).

Barangkali melihat pengalaman itulah Ikhwanul Muslimin tidak menonjolkan pemimpin mereka supaya tidak menjadi mangsa sasaran regim diktaktor.

Apapun, fasa kedua ini amat penting atau getir bagi rakyat Mesir. Samada bakal berlaku pertempuran antara rakyat dengan tentera ataupun tentera bertindak seperti Regim Algeria.

Kemungkinan Tentera akan mengizinkan pilihanraya. Tetapi jika keputusan pilihanraya berpihak kepada golongan Islamik maka "Algeria Kedua" bakal berulang.

Yang pasti, perancangan Allah Taala lah yang terbaik! 

sumber: tranungkite online 

Friday 11 February 2011

Mahathir dan Nik Aziz

Dari Blog : Muhammad Sayuti Omar

SEPERTI juga cara Dr Mahathir bermain dengan kata-kata, jangan layan kerenah Nik Aziz kerana ia membuang masa, begitu juga dengan saya, tidak mahu layan kerenah Mahathir kerana ia membuang masa dan tidak ada kesudahan. Tidak ada siapa boleh menghentikan Dr Mahathir dari bercakap walaupun tempoh untuknya bercakap sudah lama habis.

Orang seperti Mahathir dan Nik Aziz tidak akan khatam bercakap. Sebab bercakap adalah sebahagian daripada nadi mereka. Orang-orang ini kalau tidak bercakap mereka akan demam. Kebolehan bercakapan adalah anugerah Allah buat mereka. Dan yang menentukan apakah mereka masih bernyawa atau tidak apabila mereka tidak bercakap. Sorilah..

Makanya untuk apa dan perlu apa Mahathir hendak layan Nik Aziz bercakap, yang dalam istilahnya mengeluarkan fatwa poolitik yang menimbulkan pecah belah dalam kalangan masyarakat. Mahathir tidak sedar bahawa tindakan politiknya, solusi politiknya juga merupakan fatwa yang menimbulkan pecah belah dan mengheret negara memasuki kancah 'samrawik' hari ini. Mahathir lupa apa yang dia buat kerana terlalu asyik mengatakan orang lain mudah lupa sehingga terlupa untuk melihat kelupaan sendiri. Cinama!

Kalau perut kita buncit sangat maka kita tidak akan nampak bagaimana bentuk ibu jari kita. Gemula mak sepulu saya (seorang bidan) memberi petua kalau hendak tahu bila perempuan nak beranak apabila dia berdiri dia sudah tidak nampak lagi ibu jarinya maka itu tandanya perempuan itu sudah hendak bersalin.

Mahathir pula bila dia sudah tidak dapat melihat ibu jari kakinya sendiri dia merasakan dia besar, bekas PM selama 22 tahun maka dia merasakan tindakannya benar dan betul belaka. Perangai dan sifat diktator begitulah merasakan semua tindakannya benar. Walhal isyarat itu menunjukkan apa juga kata-katanya selepas jadi PM sudah tidak relevan lagi. Perangai Mahathir tidak ubah perangai biawak menyapu mucung selepas membaham telor.

Soal perpecahan siapa yang menimbulkan perpecahan? Kaji kronologinya. Kedua-duanya menimbulkan perpecahan. Di isni Mahathir jangan saja tuduh Nik Aziz tetapi dia juga kena mengaku akan kesalahan dan kesilapannya. Setahu saya hanya satu benda yang Mahathir mengaku dia gagal iaitu untuk membangun Kampung Baru. Tetapi hakikatnya banyaklah rekod kegagalan Mahathir selama 22 tahun. Sila rujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam dan lain-lain termasuk beberapa orang Raja Melayu.

Orang politik susah nak mengaku kerana di mulut mereka ada getah nangka menyebabkan sukar untuk membuka mulut untuk apologetik. Macam juga Nik Aziz banyak kesalahan dan kegagalannya tetapi ia dilindungi dengan title tok guru. Gelaran tok guru seakan menyelamatkan Nik Aziz dari dilihat bersalah.

Kalau Nik Aziz menggunakan agama sebagai modal dan membuat fatwa, nah begitu juga dengan Mahathir. Beliau menggunakan Melayu sebagai modal dan sebagai fatwa sehingga memecah belahkan bangsa Melayu ini. Melayu dan Islam sama-sama ada kekuatan. Nik Aziz membuat berdasarkan keyakinannya yang berladaskan ilmu dan latar belakang pendidikannya.

Mahathir pun begitu, membuat itu berdasarkan ilmu yang berteraskan kepada latar belakang pendidikannya. Kedua mereka tidak akan ada titik temu, macam ril keretapi kerana mereka dibezakan oleh latar belakang, ilmu dan juga kefahaman. Mahathir berpendidikan sekular, Nik Aziz berpendidikan agama.... Mahathir membicarakan soal fizik manusia soal kepentingan duniawi, Nik Aziz meperkatakan soal hati dan soal hubungan dan peranan manusia dengan penciptaNya.

Inilah perbezaan besar di antara keduanya menyebabkan mereka tidak dapat duduk satu saf dalam perjuangan ke atas bangsa, agama dan negara. Saya yakin perbezaan dan perkadasan ini tidak berlaku kalau mereka mempunyai latar belakang dan mardarah pendidikan yang sama.

Jadi kalau Mahathir enggan layan Nik Aziz, maka Nik Aziz juga harus begitu. Tidak perlu layan Mahathir. Yang jadi masalah kedua mereka ini menghidap sindrom gatal mulut untuk bercakap. Pantang ada salah seorang mengomen maka akan dibalaslah komen dengan hujah-hujah yang kadang kala bersifat peribadi.

Nik Aziz akan membalas kata-kata Mahathir dan Mahathir pula akan membalas balik. Kerana itulah dada akhbar dipenuhi dengan gambar mereka berdua. Hasilnya pembaca dihidang dengan cerita politik mereka berdua yang tidak banyak membangun minda.

Dari sudut lain kedua-dua mereka sama hebat dan sama-sama agung. Dan atas keyakinan ada hari pembalasan mereka pasti akan dipanggil menjadi saksi utama di akhirat besok dalam perbicaraan salah laku rakyat Malaysia yang mereka pimpin. Kedua mereka akan bertanggungjawab dan akan dimasukkan ke dalam kandang orang salah bersama Najib, Anwar dan Abdul Hadi Awang.

Jalan mudah dan ringkas, semua orang jagan layan kedua mereka bercakap dalam soal politik. Lepaskan mereka berlaga dalam gelanggang. Jadikan mereka seperti ayam laga yang akan berhenti bertarung apabila salah seekor daripada mereka tewas dan mati.

Selagi mereka ada kudrat maka merea akan bercakap seperti mana jalak akan membaham di antara satu sama lain hanya kerana dihala (disuruh) oleh tuan dan kaki judi yang mengelilingi gelanggang.

Walhasil balik asal orang politik tidak kira bekas PM atau MB lebih kurang si jalak yang kuat berkokok sehingga melupai ekor mereka sudah lama bergelumang tahi. Huhhhhh....! [wm.kl.10:50 am 

 

Tuesday 8 February 2011

Pertanyaan Untuk Tuan Presiden




Indonesia yang malang! Setiap orang berebut untuk mengambil keuntungan. Selagi sempat, selagi luang dan punya jabatan. Kalau dulu ada istilah Indonesia for Sale, lalu seiring waktu sebutan berubah, Indonesia for Steal dan saya percaya hari ini sudah berubah lagi menjadi Indonesia for Grab. Setelah Indonesia untuk dijual, lalu Indonesia untuk dicuri, kini Indonesia untuk dirampas, dibawa lari, dan menghilang.


Pertanyaan saya untuk Tuan Presiden, apakah Anda bisa tidur di malam hari? Memikirkan semua yang terjadi. Ada pegawai Anda, yang hanya golongan III, mampu mengumpulkan uang selama bertahun-tahun, berpuluh milyar jumlahnya, untuk memperkaya diri dan keluarga. Apakah Anda bisa tidur?

Itu hanya golongan III, Tuan Presiden. Saya tidak ingin berburuk sangka, karena memang sejak kecil kami diajari untuk berbaik sangka. Tapi, untuk kali ini saya terpaksa bertanya, apakah Anda bisa tidur Tuan Presiden, memikirkan golongan-golongan lain yang lebih tinggi dari golongan III. Apakah mereka lebih kaya dari Gayus Tambunan? Ataukah mereka lebih jujur dari Gayus Tambunan?

Sekali lagi, Tuan Presiden. Apakah Anda bisa tidur memikirkan siapa-siapa orang-orang yang mengeliling Anda, bekerja bersama Anda, dan membantu Anda? Kalau Anda bisa tidur, syukurlah. Karena seharusnya Anda tidak bisa tidur dengan itu semua!

Saya punya kisah untuk Anda, Tuan Presiden yang mulia. Dulu sekali, dalam sejarah ada seorang raja bernama Umar bin Abdul Aziz. Ini bukan hanya sekadar kisah, tapi ini contoh dan peristiwa yang pernah terjadi sesungguhnya. Dia, Umar bin Abdul Aziz, memerintah hanya sebentar saja. Pada saat diangkat sumpah, dia berjanji, ”Demi Allah aku akan menegakkan keadilan di bumi ini meski usia jabatanku hanya tiga hari saja.”

Dan betul, dia tidak lama, meski juga tidak tiga hari. Kurang lebih ia berkuasa hampir tiga tahun. Tapi yang pasti, dia sungguh-sungguh menegakkan keadilan. Saya ingin mengingatkan, Tuan Presiden, kini Anda sudah berkuasa untuk penggal lima tahun yang kedua.

Masa kepemimpinan yang diwarisinya, bukan situasi nyaman dan penuh suka cita. Dia mewarisi suasana yang tak kalah chaotic dengan situasi yang Anda alami saat ini, Tuan Presiden. Tapi dia bersungguh-sungguh dengan sumpah dan janji yang diucapkannya, ”Aku akan menegakkan keadilan di muka bumi, meski usia jabatanku hanya tiga hari.”

Dia meminta istrinya untuk menyerahkan seluruh harta pribadi yang dimiliki. Dia mematikan lampu pada saat berbincang dengan sanak keluarga, karena minyak yang dipakai milik negara. Dia memikul sendiri bantuan-bantuan yang diberikan, untuk teladan sempurna. Itu kisah yang sudah biasa kita dengar tentang Presiden Umar bin Abdul Aziz.

Yang tidak sering kita dengar, Tuan Presiden, Umar bin Abdul Aziz menebus janjinya sendiri dengan satu-satunya nyawa yang dia punya. Dia jarang tidur untuk memikirkan negara dan rakyatnya. Bahkan ketika dia sedang penat berat, dan hendak terlelap. Pernah suatu ketika, seorang anaknya mengadukan urusan negara pada Umar bin Abdul Aziz. Lalu kata sang presiden, ia meminta anaknya menemuinya lagi setelah ia istirahat sebentar. Lalu sang anak menjawab, ”Siapa yang menjaminmu akan bangun dan hidup untuk menyelesaikan masalah ini?!”

Anda tahu Tuan Presiden? Umar bin Abdul Aziz begitu terpukul dengan kalimat ini. Dia merasa, lalai dan tak tahu diri. Siapa dia yang merasa yakin akan bangun dan masih bernyawa!

Daerah kekuasaannya membentang luas, dari seluruh jazirah Arabia, Syam ( Palestina, Yordania, Syria ), Persia ( Iran, Irak dan sekitarnya ), Afrika Utara, seluruh semenanjung Iberia ( Spanyol dan Portugal) bahkan hingga ke Sisilia (kepulauan di Laut Tengah,sekarang milik Italia).

Kekuasaan Anda juga sangat luas, Tuan Presiden. Seluruh pulau di Indonesia, lebih dari 16 ribu jumlahnya. Membentang panjang dengan hampir 300 juta penduduknya. Jadi pertanyaan saya, apakah Anda masih bisa tidur Tuan Presiden?

Umar bin Abdul Aziz, duduk sebagai Amirul Mukminin hanya dalam kurun waktu 2 tahun, 5 bulan, dan 5 hari. Ia menjadi pemimpin pada saat usianya 36 tahun. Usia puncak bagi seorang manusia. Sehat, bertenaga, kuat, bersemangat.

Dalam kurun waktu 2 tahun, 5 bulan, dan 5 hari itu, dia berhasil membuat perubahan besar dalam tata pemerintahan. Tidak ada lagi kemiskinan, Tuan Presiden. Tidak ada lagi orang yang layak menerima zakat. Bahkan harta zakat bertumpuk menggunung, malah perlu diiklankan untuk siapa saja yang mau menerima, semisal seorang pemuda yang tak mampu menikah akan dinikahkan oleh negara.

Pada masa pemerintahannya, sumur-sumur diperbaiki, lahan-lahan mati dihidupkan kembali, tanah sangat produktif, masjid-masjid juga disemarakkan oleh berbagai rencana dan rancangan kehidupan.

Saya juga yakin, Tuan Presiden, Anda melakukannya juga. Saya yakin, tentang jenisnya, tapi saya tidak yakin tentang ukuran dan intensitasnya. Karena itu, pertanyaan saya adalah, masih bisakah Anda tidur, Tuan Presiden?

Umar bin Abdul Aziz, meninggal dalam usia muda, Tuan Presiden. Di akhir usianya, dia sakit-sakitan. Badannya dulu yang muda dan gagah ketika naik tahta, menjadi kurus, kering dan hampir tak bertenaga. Dan itulah yang dia tebus dalam rangka menegakkan keadilan, mensejahterahkan rakyat, memakmurkan negeri dan memuliakan kemanusiaan.

Banyak orang yang lupa mengkajinya, Tuan Presiden. Bahwa Umar bin Abdul Aziz menderita kesakitan yang luar biasa hebat sebagai tebusan kemakmuran dan kemuliaan atas tanah dan manusia yang dipimpinnya. Dia telah memberikan seluruh nyawanya untuk memimpin negara. Dia memberikan seluruh raganya untuk memimpin negara. Dia memberikan seluruh tenaganya untuk memimpin negara. Dia memberikan seluruh kemampuannya untuk memimpin negara. Bahkan dia telah menukar waktunya untuk istirahat demi memimpin negara. Karena itu semua, namanya masih kita bicarakan ratusan tahun setelah dia dikuburkan. Terima kasih, Tuan Presiden, mudah-mudahan Anda membaca tulisan pendek ini sebagai tanda rindu pada pemimpin yang tidak dikelilingi Gayus-gayus dengan beribu wajah! sumber