Nuffnang Ad

Wednesday 17 November 2010

Kebaikan Dan keburukan Peguam syarie

Saman wanita jadi punca cerai

PUTRAJAYA 16 Nov. - Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.
Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.
Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah. utusan

Permaisuri Siti Aishah

http://uncleseekers.blogspot.com/2010/11/permaisuri-siti-aishah-part-2.html

Tuesday 16 November 2010

Yang buat salah, silalah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan

Berdasarkan kefahaman saya, kalau kita sokong orang buat baik, kita juga akan dapat pahala. Kalau kita gantikan orang baik dengan pemimpin, pasti kita akan bertemu logik, kalau kita sokong pemimpin buat baik, kita juga akan dapat pahala. Kalau kita dapat pahala, insya Allah, Allah swt menjanjikan kita dengan syurga. Maka, kalau kita menyokong pemimpin buat baik, sudah pasti insyaAllah, syurga akan menjadi tempat balasan kita. Mudah cerita, katakan sahaja sokongan itu dizahirkan dalam bentuk undi. Perkara ini bukan sahaja untuk PAS malah juga untuk Umno. Kalau Umno urus negara dengan baik, ikut apa yang Allah swt suruh, tinggal dan cegah apa yang Allah swt larang, sudah pasti, dengan menyokong Umno, kita akan masuk syurga juga.
Sebaliknya, kalau kita sokong orang buat jahat, kita juga akan dapat dosa. Kalau kita gantikan orang jahat dengan pemimpin, pasti kita akan bertemu logik, kalau kita sokong pemimpin buat jahat, kita juga akan dapat dosa. Kalau kita dapat dosa, nauzubillah, Allah swt mengazab kita dengan neraka. Maka, kalau kita menyokong pemimpin buat jahat, sudah pasti nauzubillah, neraka akan menjadi tempat balasan kita. Mudah cerita, katakan sahaja sokongan itu dizahirkan dalam bentuk undi. Perkara ini bukan sahaja untuk Umno malah juga untuk PAS. Kalau PAS urus negara dengan teruk, tinggal apa yang Allah swt suruh, buat apa yang Allah swt larang, sudah pasti, dengan menyokong PAS, kita akan masuk neraka juga.
Maka, isunya bukan sama ada PAS memainkan isu undi masuk syurga atau tidak, isunya sama ada kerajaan PAS atau Umno yang membawa kita kepada syurga atau neraka dek kerana dasar-dasar mereka.
Saya sudah kata dari awal, penulisan ini tidak dibayar. Ia adalah untuk mereka yang sudah buat salah dan bakal buat salah kalau tidak ditegur awal.
Yang buat salah, silalah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Yang belum buat salah, berazamlah untuk tidak berbuat salah. Kelak, kami tidak akan mengundi orang yang menyeru kami ke neraka!
Muhammad Mohamad
Australia sumber asal

Bahaya Tidak Faham Qadho Dan Qadar

Ahli perniagaan pukul besan guna topi keledar . Hmetro

Keperluan Sabar Sebelum Bercerai

hmetro

Bukti Undang - Undang Tidak Memberi Pengajaran dan Keinsafan

8 kali denda tapi tak serik


SOON CHYE dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Seorang pemilik kilang memproses makanan di Jelutong di sini tidak serik walaupun telah lapan kali didenda atas kesalahan sama menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan yang dikeluarkan sejak lima tahun lalu. kosmo

Konsep Pengabdian

“Kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya. Allah Maha
Berkuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah: 284)

Jelas di sini, bahawa Islam meletakkan umat manusia sebagai pengurus, pelaksana segala apa yang diwujudkan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Justeru, dalam ekonomi Islam, pelaku ekonomi adalah khalifah yang memakmurkan, menjana segala sumber alam dalam proses mentadbir jagat raya ini. Ini bermakna manusia bertanggungjawab secara langsung terhadap Allah kerana sumber ekonomi manusia datangnya daripada Allah yang memiliki alam ini.

Oleh yang demikian, tugas pemakmuran ekonomi ini dipertanggungjawabkan kepada pemerintah dan individu itu sendiri bertunjangkan prinsip syariah Islamiah. Soal halal-haram termaktub dalam prinsip ekonomi berlandaskan Islam ini.
Namun sebagai sebuah Negara yang bermajoritikan Islam, tujuan pembangunan ekonomi Negara tidak boleh lari daripada peranannya untuk membentuk iklim yang kondusif bagi keagungan nilai-nilai Islam dalam suatu masyarakat yang sejahtera. Dengan demikian, pembangunan ekonomi yang memiliki karakteristik Islami harus dapat meningkatkan komitmen umat Islam terhadap agamanya, menseimbangkan pembangunan ekonomi dengan kewajiban-kewajiban keagamaan. Menurutnya Dr. Yusof Qhardawi, tujuan pembangunan ekonomi harus dapat merubah masyarakat dari keadaan yang tidak diredhai Allah kepada keadaan yang diredhai-Nya

Iman dan Akhlak Paksi Membangun Model Ekonomi Islam

Islam memandang ekonomi sebagai perkara serius kerana Islam menilai bahawa harta itu sendiri meruapakan salah satu daripada lima keperluan asas dalam kehidupan. Lima keperluan asas itu ialah: Agama, Jiwa, Akal, Nasab Keturunan dan Harta. Inilah lima perkara asas yang tidak boleh dilengahkan oleh manusia. Sebab melengahkan perkara sedemikian boleh membahayakan diri sendiri.

Islam merupakan risalah akhlaqiyah dan tamadun Islam merupakan tamadun akhlaqiyah. Seluruh misi dan risalah Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi unsur akhlak. Bahkan baginda telah mendifinisikan risalahnya dalam sabdanya:
Maksudnya: Sesungguhnya (tujuan) saya diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak dan budi pekerti yang mulia.

Sejarah telah menceritakan kepada kita betapa banyak tamadun masa silam yang maju dan gemilang tetapi runtuh dan musnah dalam masa yang singkat kerana tidak diiringi dengan kawalan akhlak dan budi pekerti yang baik.

Akhlak merupakan salah satu unsur-unsur yang paling utama dalam ekonomi Islam. Unsur ini begitu menyerlah sehingga seorang cendekiawan Perancis mendefinisikan ekonomi Islam itu sebagai ekonomi yang berakhlak. Di samping akhlak, terdapat nilai-nilai lain yang mewarnai ekonomi Islam, iaitu nilai Rabbani (ketuhanan), nilai Insani (kemanusiaan) dna nilai Wasathi (moderat dan sederhana).

Ekonomi Rabbani mempunyai dua konotasi makna. Makna pertama daripada ekonomi Rabbani ialah: hak untuk mengatur dan menetapkan hukum-hakam ekonomi ini hanya milik Allah. Allah yang mengharam riba, penipuan, memakan harta manusia dengan cara yang batil dan lain-lain, dan Allah juga yang mensyariatkan dan mengesahkan transaksi urus niaga yang bersih dan benar.

Makna kedua daripada ekonomi Rabbani ialah: ekonomi yang merupakan sarana dan bukan tujuan. Ekonomi merupakan satu fasiliti yang boleh dimanfaatkan oleh setiap Muslim untuk membantunya dalam memenuhi perintah Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Sebab bagaimanapun juga seluruh kehidupan ini akan berakhir dan bermuara di sisi Allah.

Terjemahan: Dialah (Allah) yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (surah al-Mulk 67: 15)

Ekonomi Insani pula membawa maksud perhitungan kemanusiaan sebagai asas dan prinsip ekonomi. Tidak boleh manusia dikorbankan untuk memperolehi materi. Sebaliknya materilah yang harus dikorbankan demi kepentingan manusia.
Ekonomi Wasathi bermaksud ekonomi yang mengambil sikap pertengahan dan moderat. Jika sistem ekonomi kapitalis menjadikan kepentingan individu sebagai paksi kepada seluruh aktiviti ekonomi, dan sistem ekonomi komunis pula menjadikan kepentingan negara sebagai paksi kepada seluruh aktiviti ekonomi, maka Islam mengambil jalan pertengahan yang menyeimbangkan antara kepentingan individu dengan negara sehingga tercapailah kehidupan yang harmoni.

Dan kriteria yang terakhir ialah Ekonomi yang berakhlak. Seluruh aspek dalam ekonomi seperti aspek pengedaran, urus niaga, pengeluaran dan penggunaan bersatu padu dengan nilai akhlak dan budi pekerti yang baik. Allah tidak membenarkan seseorang untuk memperolehi harta dengan cara yang batil untuk membina masjid atau rumah-rumah kebajikan. Sebab Allah itu suci dan baik dan Allah hanya menerima perkara-perkara yang suci dan baik pula. (Innallaha Tayyibun La Yaqbalu Illa Tayyiba)

Soal halal-haram dan impaknya ke atas pihak lain, tidak pernah ada dalam kamus ekonomi Barat. Apa yang dipentingkan adalah sistem ekonomi yang dilaksanakan itu dapat memberikan keuntungan kepada pelaku ekonomi. Dalam ertikata lain ‘matlamat menghalalkan cara’ tidak kira walau apa pun sistem yang dilaksanakan, keuntungan tetap menjadi isu utama bukannya soal keadilan sosial sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Umat Islam seharusnya bersyukur dengan wujudnya satu sistem ekonomi Islam yang benar-benar mapan ke arah merealisasikan ummah yang cemerlang daripada aspek sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan ekonominya.
Peringatan Allah swt. buat kita semua;
“Bekerjalah kalian maka Allah dan RasulNya , dan orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan itu, dan kalian akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (At Taubah:105)  
Abu Ridhwan Husaini . Kelantan (sumber)

Manusia Hanya akan Mulia Dengan Mengamalkan Ajaran Islam

Saidina Umar al-Khattab  mengingatkan bahawa kita adalah satu kaum yang dimuliakan dengan Islam. Selagi kita berpegang dengan Islam, kita akan mulia. Apabila kita tinggalkan Islam, kita menjadi hina. Umar tidak berbangga dengan kabilah Arabnya walaupun kabilah Umar barangkali jauh lebih baik dari bangsa Melayu kini. sumber

Pas Perlu Ikuti Perkembangan Semasa

"PAS tidak boleh ganti Umno dalam kerangka yang lama.Berdasarkan senario politik semasa, PAS baru dengan pendekatan yang baru, kaedah yang baru mungkin boleh. Tapi PAS yang sedia ada agar sukar untuk menggantikan Umno," katanya.
"PAS mesti berubah mengikut perubahan-perubahan dan kehendak-kehendak dalam masyarakat supaya diterima umum. Bila kita katakan PAS ganti Umno bermakna kita nak masyarakat Melayu menerima PAS untuk menggantikan Umno.
"Perubahan keadaan bukan bersifat cebisan tapi menyeluruh. Dari segi keahlian juga harus berubah. Bukan sahaja ahli PAS setakat dengar ceramah tetapi haruslah bergerak ke lapangan masyarakat, baru boleh berlaku satu transformasi."Perubahan yang harus dilakukan ialah dari segi cara kepimpinan, cara memerintah negeri, dan dasar-dasar yang ditekankan.

"Sekarang ini orang menekankan hak asasi, kebebasan, ketelusan dan sebagainya. Jadi agak asing kalau PAS masih memperjuangkan isu-isu yang mengguris dan menyebabkan orang lari daripada PAS," katanya lagi.harakah daily

Tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun

Sedangkan, seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini dan apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.

"Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.

"PAS berpadangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin umno BN adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang," katanya.

Tambahnya lagi, seketika dahulu heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni Umno.

Kemudian, Umno katanya 'buat-buat bising' mengenai pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris, sehingga mngemukakan cadangan agar pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris.

Namun projek-projek tersebut akhirnya hanya merugikan wang rakyat namun tiada kesan besar yang boleh dibanggakan.

"Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion.

"Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal sikap pemimpin Umno yang dilihat seperti perihatin terhadap akhlak dan moral masyarakat, sedangkan katanya, Umno jugalah yang menjadi penaja besar kepada program penyumbang keruntuhan akhlak.

Umno juga katanya seperti lebih senang jika rakyat rosak akhlak, kerana mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran.

"Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam, bukankah ini idea Pak Pandir namanya.

"Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun," katanya. harakah

Selepas keluar baru merasai tangan berbau .

Kalau Zaid masih lagi membalun PKR statusnya samalah dengan dua tiga orang wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti berkenaan kerana baru berbau akan kebusukan Anwar. Sebelum ini mereka memeluk dan mencium Anwar tetapi selepas keluar baru merasai tangan mereka berbau tatkala memegang atau bersalam dengan Anwar.

PKR dan Anwar atau sesiapa saja tidak perlu mendengar apa-apa kritikan dan pandangan dari Zaid lagi. PKR boleh biarkan begitu saja pandangan Zaid. Lainlah kalau dia masih 'ahli' PKR dengan memegang berbagai jawatan itu PKR perlu mendengarnya kalaupun tidak mahu bertindak atas pandangan dan kritikan itu. mso

Masyarakat Bukan Nak Dengar Saranan Kosong Tapi Nak Lihat Didalam Tindakan

Melayu perlu bersatu tanpa kira fahaman politik

NUSAJAYA 15 Nov. - Orang Melayu diseru supaya memperkukuhkan perpaduan ummah tanpa mengira perbezaan fahaman politik bagi memastikan survival mereka terus dipertahankan pada masa depan.
Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh (BN-Jorak) berkata, ini kerana perbalahan sesama orang Melayu yang merupakan umat Islam hanya merugikan kaum tersebut. utusan

Kesayangan Manusia Dengan Harta Bendanya

Penduduk tidak endahkan Merapi


GUNUNG Merapi jelas masih memuntahkan asap ketika seorang penduduk memungut barangan keperluan daripada runtuhan rumahnya di Kampung Kali Tengah di Sleman, dekat Yogyakarta, semalam. - REUTERS


YOGYAKARTA 15 Nov. - Beribu-ribu keluarga yang tinggal berhampiran dengan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia hari ini kembali ke kampung mereka walaupun saintis memberi amaran gunung berapi itu masih merbahaya, ketika lebih banyak mayat ditemui.
Dengan membawa barangan milik mereka menggunakan motosikal dan trak pikap, lebih 30,000 orang meninggalkan pusat perlindungan kecemasan selepas kerajaan mengurangkan kawasan larangan 20 kilometer yang melibatkan lebih separuh daripada daerah yang dikenakan larangan sebelum ini.
Pegawai-pegawai bagaimanapun berkata, gunung berapi paling aktif di Indonesia itu masih merbahaya, ketika pasukan penyelamat menemui 17 lagi mayat dari debu yang membaluti daerah di Jawa Tengah itu.
"Proses letupan masih berterusan tetapi kekuatannya telah berkurang. Merapi masih diletakkan pada tahap berjaga-jaga," kata pakar gunung berapi, Subandrio kepada AFP.
Jurucakap Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, seramai 367,548 orang masih menetap di pusat perlindungan hari ini iaitu berkurangan kira-kira 30,000 berbanding semalam.
Kebanyakan mereka yang pulang ialah dari daerah Boyolali, Klaten dan Magelang, di mana zon bahaya telah dikurangkan.
"Kami menjangkakan lebih ramai lagi yang akan pulang hari ini," kata Sutopo.
Angka korban akibat letupan Gunung Merapi dilaporkan meningkat kepada 259 hari ini sejak ia meletup pada 26 Oktober lalu.
Jumlah itu meningkat selepas pasukan mencari memasuki kawasan bahaya dan menemui banyak mayat.
Kebanyakan mangsa yang ditemui terbunuh ketika letupan pada 5 November lalu, letupan Gunung Merapi yang terkuat dalam tempoh seabad. - AFP

Pasangan Islam Memerlukan Akidah Islam Bukan Moral Islam

Panduan kebahagiaan rumah tangga

PUTRAJAYA 15 Nov. - Bimbang dengan trend perceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu boleh dikecapi sehidup semati asalkan setiap pasangan berpegang kepada prinsip tertentu.
Antaranya, jangan peras pendapatan isteri, tidak menjadikan artis bercerai-berai sebagai idola, tidak bertunang terlalu lama dan tabah mengharungi cabaran material masa kini.
Menurutnya, keghairahan sesetengah media memberi liputan meluas kepada isu perceraian dan perkahwinan seseorang artis juga boleh mendatangkan musibah kerana peminat yang menjadikan mereka idola akan terikut-ikut dengan trend negatif itu.
''Kerap kali saya tengok ada sehingga setengah muka surat akhbar disediakan untuk cerita artis terbabit, ini boleh memberi impak negatif kepada masyarakat.
''Juga, dalam hal rumah tangga ini, kalau suami isteri tu sama-sama makan gaji, jangan pula si suami peras isteri, kalau pinjam duit isteri tu bayar baliklah sebab yang bertangggungjawab dalam hal rumah tangga, anak dan isteri, adalah suami.
''Demikian juga bagi pasangan yang bertunang, jangan bertunang lama-lama sehingga dua atau tiga tahun kerana dikhuatiri mereka fikir boleh jalan dan tidur bersama. Lagipun kemanisan hidup berumah tangga mungkin tidak ada, sebab sudah selalu bertemu," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.
Kata beliau, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.
Selain itu 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan. utusan

Sunday 14 November 2010

Kekuatan akidah dalam kalangan ahli . Hadi Awang

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Hadi menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam Pas agar parti itu mampu memerintah negara.

Perkara itu adalah kekuatan akidah dalam kalangan ahli, kekuatan pada organisasi termasuk cawangan yang aktif dan banyak di samping bilangan keahlian tinggi, serta strategi baik untuk digerakkan ke akar umbi. sinar

Islam Cara UMNO

Jangan perlekeh usaha kerajaan

TOK BOK – Mana-mana pihak yang sering perlekehkan usaha Kerajaan Persekutuan dalam usaha membangunkan Islam sebenarnya mempunyai agendanya tersendiri dan sengaja tidak mahu menerima kenyataan.

Pengelola Penggerak Masyarakat Negeri Kelantan, Hassan Che Soh berkata, usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Islam amat jelas dan banyak perkara dapat dilihat di depan mata.

Katanya, kenaikan elaun guru-guru Kafa dari RM500 kepada RM800 dalam bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini amat jelas membuktikan Kerajaan Persekutuan memberi perhatian berat terhadap pembangunan Islam.

“Selain itu, elaun imam masjid juga dinaikkan dari RM450 kepada RM750, pelantikan guru J-Qaf, guru Kafa, Pendidikan Islam, pembinaan masjid dan banyak lagi kalau mahu disebutkan satu persatu.

“Pemberian insentif kepada penggerak masyarakat yang mengajar al-Quran pun sudah cukup jelas mencerminkan Kerajaan Pusat amat mengambil berat terhadap pembangunan Islam.

“Guru al-Quran di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan bagi tahun ini seramai 3,439 dan murid yang menyertai kelas pengajian al-Quran keseluruhan berjumlah 65,324 terdiri dari 28,770 lelaki dan 36,554 perempuan.” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Khatam al-Quran Peringkat Parlimen Machang di Sekolah Kebangsaan Tok Bok di sini, semalam.sinar

Singapura akan terus berjaya kerana mereka menumpukan kepada membuat wang sahaja . Dr Mahathir

Kebangkitan China dan anggapan AS terus kehilangan kekuatan dan pengaruh di Asia juga tidak mendapat direct answers. China sekarang, suka-duka, sedang bangkit sama seperti yang dialami AS sendiri dalam kurun ke-19. Suka-duka, China, India, dan Indonesia akan memain peranan lebih besar dari sekarang di rantau ini. Singapura pula akan terus meningkat dan maju walaupun pulau itu tiada kekayaan bumi melalui kata Speaking maximising talents dari negara-negara lain terutama dari Malaysia, India, China dan Indonesia dan negara-negara Barat. Kata Dr Mahathir Mohamad, Singapura akan terus berjaya kerana mereka menumpukan kepada membuat wang sahaja. Mereka tegasnya tiada program menyusun semula masyarakat seperti kita melakukannya di sini.

Perhubungan dua hala KL-Washington dilagukan ‘baik, baik’ berbanding dengan zaman Al Gore bertempik menyokong reformasi dalam lawatannya ke Kuala Lumpur pada 1998. Kini jelas kejayaan Kuala Lumpur, AS tidak lagi nampaknya mengambil berat kepada reformasi, isu-isu human rights dan kebebasan media. Nampaknya mereka lebih mementingkan transformasi ala Najib. Waima sebabnya; realpolitik dan perdagangan lebih penting daripada isu-isu tersebut. Satu sukses pada Najib, muram bagi mereka yang berharap sokongan moral dan politik dari Washington kepada perjuangan mereka: more democracy, more freedoms and more rights and equal rights!. Sinar Harian

Kena berlumba dengan UMNO: Nasharudin


SHAH ALAM – Ahli Pas perlu berlumba dengan UMNO dan berusaha mengaktifkan semula cawangan supaya menjadi kukuh demi mencapai matlamat menggantikan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, untuk menggantikan UMNO, setiap ahli dituntut bergabung tenaga untuk menggiatkan usaha memberikan pemahaman yang lebih terperinci tentang konsep politik Islam yang dibawa Pas.

Ia bukan sahaja perlu disampaikan kepada mereka yang beragama Islam, malah kepada yang bukan beragama Islam.

“Dengan pendekatan baru, kita sudah sampai kepada peringkat masuk ke tempat-tempat yang kita tidak fikir. Contohnya di Sibu, majlis yang dianjurkan menerima kehadiran lebih kurang 5,000 orang yang terdiri daripada bukan Islam.

“Kita kena berlumba dengan UMNO dalam memberi pemahaman perjuangan Pas. Sebagai parti Islam, tentulah rujukan kita sunnah Nabi.

”Jadikan perlumbaan itu sebagai kunci kejayaan," katanya dalam ucapan penutup seminar :Pas Sedia Ganti UMNO di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, semalam.

Katanya, Pas tahu UMNO mempunyai keupayaan yang lebih baik daripada Pas.

"Tetapi kita sendiri nak berlumba dengan UMNO, itu tandanya kita ingin menjadi lebih baik daripada dia (UMNO),” katanya. sinar

Kekuatan akidah Islam dalam kalangan ahli diperlukan . Hadi Awang

Ustaz Hadi Awang : Kita mesti berdiri atas kekuatan sendiri, kelemahan dan masalah mereka (parti lawan) adalah kelebihan kepada kepada kita. Sebab itu kekuatan akidah Islam dalam kalangan ahli diperlukan untuk melalui perjuangan penuh liku bagi mendapatkan tampuk pimpinan negara ini, katanya berucap pada seminar PAS Sedia Ganti UMNO, di sini, semalam. 

Sambil mengakui teras politik di negara ini ialah Melayu dan Islam, beliau berkata, parti berkenaan perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai satu organisasi dengan strategi yang baik, sekali gus mendapat kepercayaan ahli UMNO untuk menyerahkan tampuk kepemimpinan negara ini kepada PAS.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam berkata parti itu tidak dapat memimpin negara ini jika hanya bergantung kepada undi ahli PAS semata-mata, sebaliknya turut memerlukan sokongan orang Melayu lain.

Kata beliau ketika berucap di Shah Alam  . Sumber