Nuffnang Ad

Tuesday 16 November 2010

Pasangan Islam Memerlukan Akidah Islam Bukan Moral Islam

Panduan kebahagiaan rumah tangga

PUTRAJAYA 15 Nov. - Bimbang dengan trend perceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu boleh dikecapi sehidup semati asalkan setiap pasangan berpegang kepada prinsip tertentu.
Antaranya, jangan peras pendapatan isteri, tidak menjadikan artis bercerai-berai sebagai idola, tidak bertunang terlalu lama dan tabah mengharungi cabaran material masa kini.
Menurutnya, keghairahan sesetengah media memberi liputan meluas kepada isu perceraian dan perkahwinan seseorang artis juga boleh mendatangkan musibah kerana peminat yang menjadikan mereka idola akan terikut-ikut dengan trend negatif itu.
''Kerap kali saya tengok ada sehingga setengah muka surat akhbar disediakan untuk cerita artis terbabit, ini boleh memberi impak negatif kepada masyarakat.
''Juga, dalam hal rumah tangga ini, kalau suami isteri tu sama-sama makan gaji, jangan pula si suami peras isteri, kalau pinjam duit isteri tu bayar baliklah sebab yang bertangggungjawab dalam hal rumah tangga, anak dan isteri, adalah suami.
''Demikian juga bagi pasangan yang bertunang, jangan bertunang lama-lama sehingga dua atau tiga tahun kerana dikhuatiri mereka fikir boleh jalan dan tidur bersama. Lagipun kemanisan hidup berumah tangga mungkin tidak ada, sebab sudah selalu bertemu," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.
Kata beliau, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.
Selain itu 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan. utusan

3 comments:

  1. Kalau ini sahaja sebagai saranan untuk mengelak percerainan :
    " jangan peras pendapatan isteri, tidak menjadikan artis bercerai-berai sebagai idola, tidak bertunang terlalu lama dan tabah mengharungi cabaran material masa kini. " . adalah merupakan satu saranan melepas batuk ditangga sahaja .

    ReplyDelete
  2. Ini lagi satu saranan yang tidak konkrit oleh Ustaz Haji Nakhie
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

    ReplyDelete
  3. Penyumbang kepada perceraian juga ada disini :

    Jakim mahu sindiket pernikahan haram dibanteras

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

    Masyarakat Islam sekarang ini hanya tinggal nama sahaja .

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?