Nuffnang Ad

Tuesday 16 November 2010

Yang buat salah, silalah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan

Berdasarkan kefahaman saya, kalau kita sokong orang buat baik, kita juga akan dapat pahala. Kalau kita gantikan orang baik dengan pemimpin, pasti kita akan bertemu logik, kalau kita sokong pemimpin buat baik, kita juga akan dapat pahala. Kalau kita dapat pahala, insya Allah, Allah swt menjanjikan kita dengan syurga. Maka, kalau kita menyokong pemimpin buat baik, sudah pasti insyaAllah, syurga akan menjadi tempat balasan kita. Mudah cerita, katakan sahaja sokongan itu dizahirkan dalam bentuk undi. Perkara ini bukan sahaja untuk PAS malah juga untuk Umno. Kalau Umno urus negara dengan baik, ikut apa yang Allah swt suruh, tinggal dan cegah apa yang Allah swt larang, sudah pasti, dengan menyokong Umno, kita akan masuk syurga juga.
Sebaliknya, kalau kita sokong orang buat jahat, kita juga akan dapat dosa. Kalau kita gantikan orang jahat dengan pemimpin, pasti kita akan bertemu logik, kalau kita sokong pemimpin buat jahat, kita juga akan dapat dosa. Kalau kita dapat dosa, nauzubillah, Allah swt mengazab kita dengan neraka. Maka, kalau kita menyokong pemimpin buat jahat, sudah pasti nauzubillah, neraka akan menjadi tempat balasan kita. Mudah cerita, katakan sahaja sokongan itu dizahirkan dalam bentuk undi. Perkara ini bukan sahaja untuk Umno malah juga untuk PAS. Kalau PAS urus negara dengan teruk, tinggal apa yang Allah swt suruh, buat apa yang Allah swt larang, sudah pasti, dengan menyokong PAS, kita akan masuk neraka juga.
Maka, isunya bukan sama ada PAS memainkan isu undi masuk syurga atau tidak, isunya sama ada kerajaan PAS atau Umno yang membawa kita kepada syurga atau neraka dek kerana dasar-dasar mereka.
Saya sudah kata dari awal, penulisan ini tidak dibayar. Ia adalah untuk mereka yang sudah buat salah dan bakal buat salah kalau tidak ditegur awal.
Yang buat salah, silalah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Yang belum buat salah, berazamlah untuk tidak berbuat salah. Kelak, kami tidak akan mengundi orang yang menyeru kami ke neraka!
Muhammad Mohamad
Australia sumber asal

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?