Nuffnang Ad

Friday 21 January 2011

Najib Dan Tuhan Hindu

Thaipusam disambut meriah

Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut agama Hindu semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil Thai (berlaku dalam bulan Jan atau Feb).
Turut dikenali sebagai Thaipooyam atau Thaippooyam dalam bahasa Malayalam, perayaan ini bagi memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak bongsu lelaki Dewa Shiva dan Dewi Parvati.
Ia juga bagi memperingati peristiwa di mana Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya bagi menghapuskan kuasa jahat bernama Soorapadman.
Kejayaan Murugan dalam mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan orang ramai telah menjadi satu peristiwa untuk penganut agama Hindu merayakan Thaipusam.

Wahai Melayu , Pemimpin kamu sudah Gila

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat Malaysia telah mencapai tahap tertinggi dalam gagasan 1Malaysia apabila mampu meraikan kepelbagaian budaya di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, sifat itu juga harus dijadikan satu kelebihan dan kekuatan untuk mereka menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan berjaya.
"Jika kita dapat meraikan kepelbagaian, kita mencapai kemuncak dalam soal menerima kepelbagaian sebagai satu sumber kekuatan bagi negara kita," katanya ketika menyaksikan sambutan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini. click

Toleransi Islam Kepada Non Islam bukan calang - calang

Islam lebih awal bertoleransi dengan agama lain didalam bidang muamalah dan sebagainya kecuali didalam hal pengabdian .
Kalimah " Lakum deenukum wali yadeen "  sudah di azankan oleh para nabi - nabi sejak Adam dicipta . Kita tidak perlu mencipta satu kaedah baru didalam hal ini . Sekiranya kita menghayati seerah dizaman Generasi Para Sahabat Rasullullah saw. Kita akan lihat sikap toleransi  mereka dengan penganut agama lain bukan calang - calang . Mereka mengamalkan sikap toleransi sehingga mereka yang tidak menerima islam boleh beraleh kepada islam . 

Hormati perbezaan agama - TPM . Ini adalah merupakan satu seruan kerdil dan lekeh pemimpin melayu kepada rakyat melayu nya . click .


Thursday 20 January 2011

Sedikit Cerita Pasal Anuar - Harussani Zakaria

Selepas berlangsungnya perkahwinan itu Harussani pernah bertanyakan kepada Anwar mengenai tahap penerimaan bapa Wan Azizah.

''Pada masa itu Anwar sudah menjadi timbalan menteri. Beliau kata pada saya sekarang ini bapa mertua sayanglah,''  

Seruan Pendakwah Utama 1 Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Jan.
 
Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat berbilang kaum di negara ini supaya terus menghargai kepelbagaian budaya serta kepercayaan di Malaysia.

"Kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Hindu akan berada di Batu Caves dan kuil-kuil Hindu lain, (bagi) mengucapkan rasa syukur dan memenuhi nazar kepada tuhan Hindu, Murugan. 

Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat berbilang kaum di negara ini supaya terus menghargai kepelbagaian budaya serta kepercayaan di Malaysia.
Perdana Menteri menambah, beliau akan berkunjung ke Batu Caves di sini esok bagi menyaksikan fenomena budaya Thaipusam yang menakjubkan, sebelum ke kuil Subramania Swami Devastanam di Sungai Petani untuk bertemu dengan para penganut Hindu di Kedah. 

Perbezaan Akidah Ketuhanan lah Yang Memecahkan Ummah

Program Wakaf al-Quran Angkatan Tentera Malaysia berjaya kutip RM1.36 juta

''Program ini ditunjangi dengan niat yang ikhlas dan dipadukan dengan gerak kerja yang bersungguh-sungguh untuk mengajak umat Islam menjadi umat prihatin, bersatu, mendokong serta menyokong antara satu sama lain.
''Malah, ia juga merupakan satu usaha yang dapat mengembalikan kita kepada asas Islam dalam memberikan bantuan kepada saudara kita di seluruh dunia," katanya. 
Zahid