Nuffnang Ad

Monday 27 December 2010

Lukisan : Kehidupan Masyarakat Islam Kini

Curang, SMS, jahil agama!

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Entah di mana silapnya, perceraian kini telah menjadi trend atau lumrah dalam perkahwinan di negara ini khususnya di kalangan pasangan Islam.
Bayangkan pada 2009 sahaja, secara purata setiap hari terdapat 75 pasangan Islam bercerai manakala keseluruhannya, 27,116 pasangan bercerai pada tahun berkenaan.
Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini mengenal pasti beberapa punca perceraian dengan sebahagiannya bercerai pada usia awal perkahwinan termasuk kurang daripada setahun. Antaranya adalah: utusan

Sunday 26 December 2010

Islam Bukan Sekadar Untuk Di Hormati

Rais tegur artis berpakaian seksi
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.
Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.
Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

Kenyataan ini menunjukkan tahap kefahaman Islam sesetengah masyarakat kita masih berada ditahap tadika lagi . Penyeruan hanya sekadar untuk menghormati Islam dan bukan mengamalkan ajaran Islam . Kenyataan ini dibuat mungkin penyeru itu sendiri adalah bukan pengamal Islam tulin tetapi sekadar " Orang Yang Menghormati Islam " utusan