Nuffnang Ad

Saturday 23 October 2010

UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO tidak benar

“Kunci itu juga mendedahkan fitnah politik UMNO yang mengatakan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO tidak benar sama sekali. Ini kerana kunci itu terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya raja bagi semua rakyat.

“Fitnah politik UMNO ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan UMNO yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri di mana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan,” katanya.  sinar

Busana Muslim Rosmah

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.
“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.
“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.
“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.
http://www.omaq.org/v3/

Festival Busana Muslim di Monte Carlo Video UTube

Baju dalam RM6.4j

Direka dengan kerjasama tukang emas Itali, Damiani dengan bertatah lebih 3,000 butir berlian, pakaian dalam khas ini memerlukan enam tenaga pakar dengan tempoh masa 1,500 jam untuk disiapkan. utusan

Hak Melayu

''Kalau hendak dipertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dalam ekonomi, kita juga kena tanya adakah kedudukan dalam politik yang kita kongsi selama ini juga perlu dikaji semula. utusan

Perlembagaan tak boleh diubah sesuka hati tanpa perkenan Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Golongan yang cuba mengubah Perlembagaan disifatkan sebagai tidak memahami semangat sebenar Perlembagaan ketika ia digubal bagi membolehkan negara mencapai kemerdekaan. utusan

Orang Asli lelaki pertama diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Beliau berkata, ibu kepada Amani yang dikenali sebagai Wak Draman dan berasal daripada suku kaum Semai ialah anak kepada seorang ketua institusi kepemimpinan Orang Asli, Mai Rakna di Tapah. utusan

7000 Sembahyang Jumaat Di PWTC

Ini merupakan kali pertama solat Jumaat diadakan di bangunan tersebut sepanjang 61 tahun Perhimpunan Agung UMNO berlangsung.
Dalam khutbahnya, Jamil Khir menyebut mengenai Perjanjian Hudaibiyah pada zaman Rasulullah dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut. Utusan

Friday 22 October 2010

Kefahaman Islam Syumul Umno

Wakil Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, : “Kita telah bina tamadun Islam begitu lama kira-kira 53 tahun daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) dan diteruskan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Tetapi sekarang terdapat sebuah ‘ahzab’ atau pakatan di sebelah sana yang bertindak sama seperti pada zaman Rasulullah yang harus kita tewaskan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.
Satu masa nanti negara yang kita sayangi ini akan menjadi Malaysiapura,” ujarnya.
“Ya Allah, kerajaan Islam ini adalah kerajaan yang baru dan agama ini adalah agama yang baru. Tolonglah ya Allah, turunkan hikmah-Mu supaya kegemilangan tamadun Islam yang aku bina ini akan terus terpancar di muka bumi ini,” katanya. Utusan

RM186.9 Bilion Arab Saudi Beli Senjata Takutkan Iran

Saudi beli senjata AS$60 bilion

WASHINGTON 21 Okt. - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perjanjian jualan senjata bernilai AS$60 bilion (RM186.9 bilion) dengan Arab Saudi, rekod penjualan terbesar sebagai sebahagian usaha untuk menyaingi Iran. Utusan

Thursday 21 October 2010

Piala Malaysia antara Kedah dengan Kelantan

ALOR SETAR – Selain mercun dan bunga api, air daun ketum dan batang besi adalah antara benda larangan yang cuba dibawa masuk ke dalam Stadium Darulaman .
"Lima yang ditahan kerana mereka membawa mercun bola, seorang membawa bunga api, dua membawa air daun ketum, seorang membawa besi ”spring baton” dan seorang lagi kerana memaki polis,” katanya kepada pemberita di Stadium Darulaman. kosmo

Puteri Umno

Lagu Warisan cetus semangat perjuangan


Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersama Exco Pergerakan Puteri UMNO bergambar selepas perhimpunan agung tahunan pergerakan itu di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Okt. – Persidangan Perwakilan Puteri UMNO yang menutup tirai petang ini mencetuskan kelainan apabila Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggunakan pendekatan unik bagi mencetus semangat perjuangan di kalangan ahli-ahli Puteri.
Rosnah di akhir ucapan penggulungan perbahasan mengajak para perwakilan menghayati lagu Warisan nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad untuk menyemarakkan perjuangan memperkasakan parti demi bangsa, agama dan negara. utusan

Jawatan Perdana Menteri

Terlalu asyik kejar jawatan PM

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang khususnya Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat hanya mengejar jawatan Perdana Menteri semata-mata tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera.
Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dayang Maimunah Sidek berkata, disebabkan terlalu asyik untuk mendapatkan jawatan berkenaan, mereka sanggup membiarkan kaum sendiri 'papa kedana'. Utusan 

 KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO mahu lebih ramai golongan Hawa dilantik menerajui jawatan lebih tinggi termasuk menjadi Menteri Besar. kosmo

Akibat Godaan Nafsu

Polis pindahkan Ariel Peterpan ke Bandung


GAMBAR yang disiarkan akhbar Kompas semalam menunjukkan Ariel (kanan) dan kekasihnya Luna Maya keluar dari ibu pejabat polis di Jakarta semalam.


JAKARTA - Laporan siasatan kes klip video seks vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya negeri di Bandung untuk pendakwaan, lapor sebuah akhbar semalam. kosmo

Ini Bukan Gila Kuasa Namanya ?

Lantik wanita jadi MB - Shahrizat


SHAHRIZAT (kanan) dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (kiri) menyambut kunjungan Najib di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO mahu lebih ramai golongan Hawa dilantik menerajui jawatan lebih tinggi termasuk menjadi Menteri Besar. kosmo

Hanya undang-undang Inggeris sesuai diguna

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Hanya undang-undang Inggeris bersesuaian dengan keadaan dan suasana tempatan dan diguna pakai di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Nazri berkata, keadaan itu merangkumi sekiranya ada 'lakuna' atau ketiadaan peruntukan undang-undang tempatan mengenai perkara yang dipertikaikan.
"Pemansuhan pemakaian undang- undang lazim England (Common Law England), undang-undang Inggeris atau kaedah ekuiti melalui Akta Undang-undang Sivil 1956 (1/8)Akta 67(3/8) tidak menjadi isu atau keperluan yang mendesak," katanya. utusan

Perlembagaan Persekutuan adalah ‘ibu’ segala undang-undang di negara ini.

Wanita sedia jadi perisai


SEBAK... Shahrizat Abdul Jalil ketika berucap di Persidangan Perwakilan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Okt. – Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bersalah di sini undang-undang malah disifatkan sebagai menderhaka kepada ibu sendiri.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, ini kerana Perlembagaan Persekutuan adalah ‘ibu’ segala undang-undang di negara ini.
“Perlembagaan Persekutuan melindungi hak dan kepentingan semua rakyat iaitu Melayu, Cina, India serta kaum lain. Sebagai pencinta negara serta srikandi berjasa, Wanita UMNO tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dicabuli dan dicemari. utusan

Ilumu Tanpa Iman Membawa Keburukan

'Jurutera komputer' hasilkan, edar DVD lucah ditahan

Wednesday 20 October 2010

Ini Menunjukkan Amerika Sudah Tenat

Bantuan Malaysia penting kepada Afghanistan

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Duta baru Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W. Jones menyifatkan sumbangan Malaysia dengan menghantar pasukan perubatan ke Afghanistan adalah penting dalam membantu negara itu.

Beliau berharap negara-negara lain akan mengambil contoh usaha Malaysia dalam membantu Afghanistan, sambil menambah ketika Amerika Syarikat memberikan sumbangan besar, Washington percaya bahawa negara-negara lain boleh membantu usaha kuasa besar itu di sana.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah meminta bantuan Malaysia bagi membina semula Afghanistan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian berjanji untuk membantu dalam program perubatan dan pembangunan di negara tersebut tetapi bukan dalam operasi pertempuran. utusan

Tuesday 19 October 2010

Amerika Sudah Kalah Dengan Taliban

Pada peringkat permulaan Amerika  menyerang Afghanistan mereka menyangka dengan  senang dan mudah sahaja boleh membawa kembali kepala Osama bin Laden . Kenyataan tersebut boleh didapati akhbar berikut . Tetapi kini sudah 9 tahun masih lagi belum bertemu Osama dan kini pula mereka telah  menghadapi  jalan buntu kearah itu . 

Kisah selanjutnya boleh didapati didalam kenyataan berikut . CNN

Experts see worldwide war with no end in sight
The 35-year veteran of the CIA had just entered the agency's retirement program when planes struck the Twin Towers in New York and the Pentagon on September 11, 2001. CNN

Amerika Takut Taliban

Washington (CNN) -- The Obama administration is putting the final touches on a security assistance package totaling as much as $2 billion over five years to help Pakistan fight extremists on its border with Afghanistan, senior U.S. officials and diplomatic sources tell CNN.
The $2 billion package is on top of billions of dollars the United States already gives Pakistan in military aid and a $7.5 billion aid package over five years in non-military counter-terrorism assistance approved by Congress last year. CNN

Benarkah Osama hidup selesa di Pakistan ?


Osama Bin Ladin









Benarkah Dakwaan Ini ? 
Ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden hidup dengan selesa di sebuah rumah di barat laut Pakistan, dekat dengan timbalannya, Ayman al-Zawahiri, lapor stesen televisyen CNN .kosmo



Perangai Macam Budak Tak Cukup Akal

Mogok di Perancis kian buruk


SEJUMLAH remaja merosakkan sebuah pondok telefon di Nanterre, Perancis semalam.Kosmo

Istana Ketuanan Melayu

Kerajaan lulus peruntukan tambahan RM147j bina Kompleks Istana Negara

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM147 juta bagi menampung kos-kos yang tidak termasuk dalam kontrak asal untuk pembinaan Kompleks Istana Negara yang baru di Jalan Duta. Utusan

Monday 18 October 2010

Hanya 13 Orang Islam Sahaja Di Kanada Pada Tahun 1871

IT must have been lonely for the 13 people who formed the entire Muslim community in Canada in 1871. They would have been often misunderstood, coming as they did from a religious and cultural tradition totally alien to that of the day.

The way they prayed would have been different from the mainstream Christian tradition, as would have been the halal nature of their food.

One can only imagine the challenges that their dressing posed. Of course, things have changed substantially for Muslims in Canada today.

Nearly 140 years later and with adherents of the second largest religion in the second largest country in the world exerting political, economic and cultural influence beyond their numbers, there is a growing awareness among Canadians and the polity of the need to understand Islam better.

Unlike its southern neighbour, which has had its fair share of problems in the interface with Islam, the Canadian government has been spared run-ins with Muslims.

Read more: Envoy to the Muslim world http://www.nst.com.my/nst/articles/21wedf/Article#ixzz12nT5tYoC



 

Envoy to the Muslim world

Kini Putrajaya

Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.
“Kenyataan ini sukar diterima, tetapi hakikatnya perlakuan maksiat termasuk membabitkan suami dan isteri orang berstatus kakitangan kerajaan banyak dan kerap berlaku.

“Malah, lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila beberapa pasangan berstatus kakitangan awam dicekup kerana berkhalwat di kuarters kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Carlos yang mendiami Presint 11, kira-kira 10 tahun lalu, berkata dia yakin kegiatan maksiat itu dilakukan kakitangan kerajaan yang mempunyai masalah psikologi dan terbawa-bawa ke pejabat sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20101018014453/Article/index_html

Benarkah Pengambilan Air Tulang Belakang Merbahaya ?

“Mereka terlalu takut sebagai contohnya apabila doktor mahu mengambil air tulang belakang atau mengambil darah untuk pemeriksaan, mereka risau akan lumpuh bahkan ada yang beranggapan tindakan itu akan menyebabkan mereka menjadi seorang individu yang bodoh, selain itu sikap gemar menemui bomoh juga menjadi satu faktor,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8303682.asp

Malaysia mungkin bankrap dalam tempoh 10 tahun - Ideris Jala

Apabila kerajaan mula berniaga
Oleh - Abdul Aziz Bari

Isnin lalu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membangkitkan beberapa statistik yang pada saya menggerunkan. Menggerunkan kerana sebelum ini Malaysia dilaporkan mengalami kejatuhan yang sangat besar dalam sektor pelaburan asing: penurunan sebanyak 80 peratus. Negara menerima pelaburan asing sebanyak RM 23 bilion pada 2008 tetapi merosot kepada hanya RM4.4 bilion tahun lalu. Selain gagal menarik pelabur asing Malaysia juga gagal meyakinkan rakyatnya sendiri apabila agak ramai pemodal tempatan memilih untuk melabur di luar negara.

Apa kaitan itu semua dengan perlembagaan? Pada saya itu semua menunjukkan kepada kita malapetaka yang akan timbul apabila kita melanggar ideal dan peruntukan perlembagaan. Tanda-tanda awal kelihatan sebaik sahaja Tun Salleh Abas dipecat dari jawatan Ketua Hakim Negara pada 1988. Kebelakangan ini Malaysia mendapat tempat yang corot dalam liga ketelusan dan anti rasuah dunia. Dan, ini memberi kesan negatif kepada pelabur asing.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan keraguannya tentang kemampuan Malaysia mencapai status negara maju pada 2020. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyanggah Mahathir dengan menyatakan sebaliknya.

Apa pun saya tidak fikir Mahathir – yang menggagaskan Wawasan 2020 itu – sengaja hendak menyusahkan Najib. Dan sebenarnya pendapat Mahathir itu tidak berbeza dengan mesej yang pemimpin muda DAP bawa dalam statistik yang disajikannya. Sebagai orang politik Tony Pua tidak boleh mengarut. Dan sehingga ini tidak ada seorang pun pemimpin Barisan Nasional yang tampil mempertikaikan angka-angka yang dikemukakan oleh pemimpin DAP itu. Kita masih belum lupa yang sebelum ini Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meramalkan bahawa Malaysia akan bankrap dalam 2019, setahun sebelum wawasan yang digagaskan oleh Mahathir disasarkan.

Berbalik kepada angka-angka yang saya katakan menggerunkan tadi ia berkisar kepada hutang yang ditanggung oleh GLC – syarikat milik kerajaan – seperti Sime Darby, Tenaga Nasional dan Proton yang melebihi RM38 bilion. Sime Darby memang telah dilaporkan mengalami kerugian besar. Setakat ini kita masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana Sime Darby boleh rugi teruk. Ada yang menuduh kerajaan terlalu banyak campur tangan sehingga GLC itu tidak boleh membuat keputusan perniagaan dengan betul. Ini memberi isyarat bahawa sekiranya tidak ada ketelusan dan pertanggungjawaban inilah jadinya. Kita perlu ingat bahawa GLC – tidak seperti entiti perniagaan yang lain – berniaga dengan duit rakyat. Tetapi sebagai GLC mereka ada banyak kelebihan dan tidak sepatutnya rugi.

Dalam analisisnya Tony Pua mempersoalkan bagaimana syarikat-syarikat kerajaan itu boleh membantu Najib dalam program transformasi ekonomi (ETP) yang mensasarkan pelaburan sebanyak RM1.4 trillion pada 2020; satu tempoh yang hanya 10 tahun dari sekarang. Pelaburan yang dinyatakan itu bertujuan menggandakan pendapatan per kapita rakyat; sesuatu yang perlu bagi Malaysia diiktiraf sebagai negara maju pada 2020. Sehari sebelum itu Najib kelihatan terdesak: dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung MCA ke 57 Ahad lalu Perdana Menteri berkata beliau perlu mandat baru dalam PRU 13 bagi memastikan program ETP berjalan.

Di sisi perlembagaan kerajaan tidak boleh berniaga. Ini kerana perlembagaan memperuntukkan peruntukan-peruntukan yang ketat seperti pertanggungjawaban kepada parlimen, pembentangan laporan Juruaudit negara dan seumpamanya. Selain itu perlembagaan juga mengupayakan rakyat melalui peruntukan yang menjamin hak asasi dan seumpamanya. Sebagai sebuah perlembagaan yang hendak melaksanakan demokrasi peranan kerajaan dalam kerangka sedemikian ialah menyediakan keamanan dan ketenteraman. Malangnya ini tidak berlaku. Kuasa polis, umpamanya, lebih banyak menyempitkan demokrasi dan tidak membukanya. Ini semua memberi gambaran dan tanggapan yang negatif. Dalam pada itu kita masih mengekalkan peruntukan darurat meskipun menteri dalam negeri tidak mengetahuinya!

Melihat kepada percambahan GLC jelas bahawa kerajaan aktif berniaga. Kerangka undang-undangnya berubah-ubah. Tetapi kebanyakannya di luar perlembagaan. Ertinya meskipun GLC ini menggunakan duit rakyat sebagai modalnya mereka tidak perlu menjawab kepada parlimen. Petronas, umpamanya, hanya menjawab kepada Perdana Menteri. Kita tahu bahawa syarikat kerajaan itu disuruh membayar itu dan ini dan kesemuanya berlaku sejak pentadbiran Mahathir lagi.

Antara iklim yang cuba dibina oleh perlembagaan ialah demokrasi yang di dalamnya ada ketelusan dan keterbukaan. Di sinilah pentingnya undang-undang seperti Enakmen Kebebasan Maklumat sebagaimana yang dibuat di Selangor dua bulan lalu. Kelantan ada menyebutnya tetapi sehingga ini belum melaksanakan. Sistem yang demokratik mengizinkan wujudnya ekonomi pasaran yang di dalamnya ada persaingan. Inilah antara sebab mengapa Perkara 153 yang mendukung kedudukan istimewa Melayu tidak disenangi, termasuk oleh adik Najib sendiri yakni Datuk Seri Nazir Tun Razak, pemilik Bank CIMB.

Di tengah-tengah segala yang negatif ini Najib masih mampu menebalkan muka meminta mandat lagi. Kalau di tempat lain usahkan rakyat, orang-orang dalam partinya sendiri akan menjatuhkannya dan meletakkan dengan kapten lain!

Mengikut jangkaan Pemandu – agensi pemantau yang diketuai oleh Idris Jala – program ETP menjangka bahawa pelaburan sebanyak RM1.4 trillion tadi akan disumbangkan oleh sektor swasta (60 peratus), GLC (32 peratus) dan kerajaan sendiri (8 peratus). Berdasarkan angka-angka tadi bolehkah sasaran ini dicapai? Apa pun Idris sudah memberi amaran bahawa negara mungkin bankrap dalam tempoh 10 tahun. Najib tidak mengesahkan jangkaan menteri berkenaan tetapi tidak pula memecatnya. Di sisi perlembagaan Najib boleh berbuat demikian.
* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama 21 tahun
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8298466.asp

Ini berita Baik Untuk Ummah Islamiah

UMNO didakwa pinggir roh agama dalam pemerintahan

SKUDAI – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa pemerintahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu sekular dan berorientasikan semangat perkauman yang sempit.

Nik Abdul Aziz mendakwa, akibat meminggirkan roh agama dalam pentadbiran menyebabkan berlakunya penindasan, rampasan hak dan ketidakadilan kepada rakyat.

“Pemimpin BN tidak nampak asas dosa dan pahala mengikut acuan Islam. Oleh kerana itu mereka menggunakan undang-undang tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyekat kebebasan bersuara kepada pembangkang dengan tidak memberikan permit (berceramah),” katanya pada forum anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang diadakan di Taman Universiti, di sini, semalam.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, bersandarkan faktor tersebut, Pas mengambil keputusan menjadikan strategi menggunakan ilmu ketika berhadapan dengan UMNO dan BN.

“Pas akan tetap lawan UMNO tetapi dengan ilmu. Sebab itu saya suka dan setuju jika dijemput untuk memberikan ceramah dan forum seperti ini.

“Sebagai contoh setiap hari Jumaat, umat Islam semua akan ke masjid untuk mendengar ceramah, ertinya Islam mementingkan ilmu,” katanya.

Nik Abdul Aziz turut menyelar penularan aktiviti rasuah politik sebelum dan menjelang musim pilihan raya yang dianggap sebagai cara terkutuk memenangi hati rakyat.

Menjawab soalan adakah Pas bersedia berkongsi pemerintahan negara dengan kaum lain khususnya Cina sekiranya diberi mandat oleh rakyat, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa bersikap terbuka dalam pemerintahannya terutama sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan.

“Berapa ramai rakyat Cina di Kelantan yang memeluk Islam, sila ke Kelantan dan tanyalah mereka,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8304849.asp

Benda Memabukkan Itu Haram

Misteri kereta dipandu ke laut


SEPARUH badan kereta Corvette ditenggelami air laut di Pantai Pasifik dekat San Diego, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

SAN DIEGO - Separuh badan kereta sport Corvette baru berharga AS$50,000 (RM154,225) ditenggelami air laut di Pantai Pasifik dekat sini selepas ia dipandu oleh seorang lelaki misteri, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa saksi berkata, kereta berwarna kuning itu berpusing di pasir pantai sebelum kenderaan tersebut tersekat di dalam laut.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Umat Islam Di hari Menghadapi Krisis Nilai - Sayyid Qutb

Suharto antara tokoh untuk digelar wira negara
2010/10/18

JAKARTA: Kerajaan mencadangkan bekas Presiden Indonesia, Suharto dan sembilan tokoh lain yang sudah meninggal dunia, diberikan status wira kebangsaan kepada Majlis Perkhidmatan dan Kehormatan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Suhartoantaratokohuntukdigelarwiranegara/Article/index_html

Keadilan Jahiliah Moden

Lelaki untung kena kasut penari bogel
2010/10/18

Mangsa dapat pampasan RM2.08 juta
FLORIDA: Seorang lelaki Florida mendapat pampasan AS$650,000 (RM2.08 juta) selepas cedera ketika berada dalam sebuah kelab tarian bogel, dua tahun lalu.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakiuntungkenakasutpenaribogel/Article/index_html

Jurugambar Britain menang saman syarikat filem lucah



LONDON - Seorang jurugambar Britain, Lara Jade Coton (gambar) menang ganti rugi £82,000 (RM252,929) dalam samannya ke atas sebuah syarikat filem lucah di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Jurugambar itu menyaman syarikat filem lucah TVX Films dari Texas, AS selepas ia menggunakan gambarnya untuk kulit video cakera digital (DVD) tanpa kebenarannya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Sikap berdolak dalih memang perangai Yahudi

Israel terus berdolak dalik henti penempatan Yahudi


2010/10/18

SEORANG  askar Yahudi melepaskan gas pemedih mata terhadap aktivis Palestin dan Israel yang melakukan bantahan terhadap penempatan Yahudi, Karmi Tsor di kawasan milik penduduk kampung Beit Omar, kelmarin.
SEORANG askar Yahudi melepaskan gas pemedih mata terhadap aktivis Palestin dan Israel yang melakukan bantahan terhadap penempatan Yahudi, Karmi Tsor di kawasan milik penduduk kampung Beit Omar, kelmarin.
Tidak bina rumah kecuali perjanjian damai ditandatangani

NEW YORK: Israel hanya akan menghentikan pembinaan penempatan Yahudi apabila pemimpin Palestin menan-datangani perjanjian damai, kata duta rejim Zionis itu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang perbincangan baru Majlis Keselamatan mengenai konflik di Asia Barat berkenaan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsraelterusberdolakdalikhentipenempatanYahudi/Article/index_html

Keperluan Keimanan Sejati - Rasuah hingga dalam kelambu

Tahanan Guantanamo ditawar pelacur
2010/10/18

MUKA depan buku Hicks (gambar kecil  atas penulis).
MUKA depan buku Hicks (gambar kecil atas penulis).
CANBERRA: Bekas tahanan Guantanamo, David Hicks, mengakui membuat pengakuan bersalah atas tuduhan terbabit dalam keganasan semata-mata untuk pulang ke tanah airnya, Australia, dalam bukunya yang bertajuk Guantanamo: My Journey.

Dia juga menulis bahawa Amerika Syarikat menawarkan untuk mengurangkan tempoh tahanan sebagai tukaran mendapat maklumat mengenai al-Qaeda dengan menyeludup dadah dan menghantar pelacur untuk mendapatkan kerjasama tahanan.
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TahananGuantanamoditawarpelacur/Article/index_html

Kekutanan Kebenaran

NATO tak mampu kalahkan Taliban

KABUL: Pergerakan Taliban berjaya mematahkan semua operasi askar asing dan tidak akan kalah kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam apa juga cara, kata pegawai atasan tentera Australia. Pegawai itu, Brigadier Mark Smethurst memberi penilaian itu ketika jumlah askar asing yang terbunuh di Afghanistan tahun ini hampir 600 orang semalam dengan kematian seorang tentera NATO kerana serangan ala Taliban di selatan negara itu.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NATOtakmampukalahkanTaliban/Article

Tanpa Pengawasan Allah Dalam Diri Macam-Macam Boleh Berlaku

Kertas siasatan 10 polis curi 40kg syabu siap
2010/10/18 berita harian

TEMERLOH: Kertas siasatan mengenai pembabitan 10 anggota, termasuk seorang inspektor mencuri kira-kira 40 kilogram (kg) syabu iaitu sebahagian daripada yang dirampas dalam serbuan di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, Mei tahun lalu sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata perkara itu berlaku kerana sifat tamak anggota terbabit sehingga lupa tanggungjawab sebagai polis.

Terima kaseh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

1M1H dapat sambutan hebat


ORANG ramai memenuhi tapak pameran bagi melihat produk yang dipamerkan pada Kempen 1Malaysia 1Halal di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban semalam.  kosmo

Kebesaran Ilahi

Astronomi temui gugusan galaksi


Lakaran artis gugusan galaksi paling besar dikenali sebagai SPT-CL J0546-5345 yang ditemui oleh astronomi yang dipercayai telah wujud sejak alam semesta ini dicipta. - Agensi


WASHINGTON 17 Okt. - Pakar astronomi dilapor menemui gugusan galaksi paling besar yang dipercayai telah wujud sejak alam semesta ini dicipta.
Penemuan yang disiarkan dalam jurnal astronomi dan astrofizik, Astrophysical Journal itu berjaya mengesan kira-kira 800 trilion bintang di dalam beratus-ratus galaksi, yang masih berkembang hingga ke hari ini.
Gugusan galaksi baru yang dikenali sebagai SPT-CL J0546-5345 itu, terletak kira-kira 7 bilion tahun cahaya dari Bumi.
Pakar astronomi menjangkakan, ia mungkin wujud kira-kira 7 bilion tahun lalu.
Penyelidik berkata, gugusan galaksi tersebut telah membesar sebanyak empat kali ganda.
"Galaksi ini merupakan gugusan yang paling besar ditemui pada jarak 7 bilion tahun cahaya," kata pakar astronomi Mark Brodwin dari Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian di Cambridge, dalam satu kenyataan.
Menurut penyelidik, penemuan tersebut dapat membantu saintis mengumpulkan sejarah awal alam semesta, termasuk peranan 'tenaga hitam' dalam sistem angkasa lepas.
Penyelidik menganggarkan, gugusan galaksi besar tersebut kemungkinan wujud tidak lama selepas letupan besar alam semesta, kerana ia kini berusia 7 bilion tahun berbanding 4.5 bilion tahun usia Bumi.
"Gugusan galaksi ini penuh dengan galaksi-galaksi lama yang memberi bayangan ia mungkin wujud sama lama dengan sejarah alam semesta iaitu kira-kira 2 bilion tahun pertama kewujudan alam semesta," kata Brodwin. - Agensi

Sunday 17 October 2010

Kita bukanlah ‘Saudagar Mimpi’


* SATU yang menarik perhatian saya dalam Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu ialah nasihat beliau supaya kita jangan jadi ‘saudagar mimpi’. Beliau tidak mahu rakyat berkhayal, sebaliknya keluar daripada belenggu pemikiran dan cara bekerja yang biasa. Kita kena kerja kuat. Perubahan bukan lagi satu pilihan tetapi satu yang perlu dilakukan, jika tidak kita akan jauh ketinggalan.

Biarlah pakar-pakar ekonomi dan kewangan mengulas secara terperinci bajet berbilion ringgit. Sebagai orang biasa saya cuma hendak lihat dilema saudagar mimpi ini dinyahkan dari pemikiran dan sikap orang kita. Selama ini ramai orang menjadi saudagar mimpi. Mereka mahu kerja mudah tetapi untung cepat dan besar. Mereka tidak mahu kerja keras. Lobi, mengampu dan membodek untuk dapat projek dan kontrak juta-juta. Bila sudah dapat projek, mereka serahkan pada orang lain untuk buat kerja. Mereka hanya ambil imbuhan setiap bulan untuk hidup senang. Tidak mahu bayar hutang bank juta-juta. Joli sakan 24 jam dengan duit terpijak. Sebab itu saudagar mimpi akhirnya menjadi ‘saudagar mampus’.Tok Perak

Reaksi Pelombong Chile Selepas DiKeluarkan

As they emerged

How each man spent his first moments above ground

This is how the Chilean miners -- emerging from the dark San Jose mine after more than two months -- savored their first moments above ground.

Detik - Detik Kecemasan Pelombong Di Chile

Days 1 through 69: How best of man, machine saved Chile's miners

"We are going to get out with God's help."
Selanjutnya : disini