Nuffnang Ad

Thursday 21 October 2010

Perlembagaan Persekutuan adalah ‘ibu’ segala undang-undang di negara ini.

Wanita sedia jadi perisai


SEBAK... Shahrizat Abdul Jalil ketika berucap di Persidangan Perwakilan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Okt. – Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bersalah di sini undang-undang malah disifatkan sebagai menderhaka kepada ibu sendiri.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, ini kerana Perlembagaan Persekutuan adalah ‘ibu’ segala undang-undang di negara ini.
“Perlembagaan Persekutuan melindungi hak dan kepentingan semua rakyat iaitu Melayu, Cina, India serta kaum lain. Sebagai pencinta negara serta srikandi berjasa, Wanita UMNO tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dicabuli dan dicemari. utusan

2 comments:

  1. ARTIKAL TAMBAHAN :
    JANGAN PERTIKAI PERLEMBAGAAN
    KUALA LUMPUR 21 Okt. – Pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sependapat bahawa Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di negara ini tidak boleh dipertikaikan oleh mana- mana pihak.
    Dalam pada itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berkata, soal Perlembagaan negara terutama melibatkan hak-hak kaum tertentu bukan satu perkara yang boleh dipinda sewenang-wenangnya.
    Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berkata : “Orang selalu mahu kita buat pindaan tetapi sebenarnya ada beberapa peruntukan undang-undang yang perlu kita ikut sebelum membuat pindaan seperti memerlukan sokongan Majlis Raja-Raja,” katanya.
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

    ReplyDelete
  2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat hari ini. Hanya undang-undang Inggeris bersesuaian dengan keadaan dan suasana tempatan dan diguna pakai di negara ini,
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?