Nuffnang Ad

Thursday 9 December 2010

Meriam berbunyi di kiri tetapi tupai mati di sebelah kanan.

TERTANGKAPNYA SAEKOR TOYO

Umum tidak gempar apabila membaca berita Muhamad Khir Toyo seorang lelaki Jawa dari kampong Sungai Besar Selangor ditangkap. Akhbar dan media milik United Malays National Organisation meletakan gambar lelaki Jawa ini di muka hadapan seolah-olah ini satu berita paling hangat yang wajib di ikuti.

Rata-rata rakyat tidak ambil pot dan tidak mengindahkan berita ini. Beberapa bulan dahulu ada berita seorang jantan China bekas ketua sebuah pertubuhan China yang di tangkap. Berita jantan China ini agak gempar sedikit berbanding berita lelaki Jawa ini. Gempar ini mungkin kerana China ini adalah Apek tua yang telah pencen. Apek ini kelihatan sadikit uzur. Tukar Tiub

Berpeganglah Kamu Dengan Tali Allah

Yahudi / Nasrani / Islam

Untuk Maklumat : Klik Kanan

Nafsu yang tidak mampu dikawal membawa penyesalan

Cemburu dipercayai punca pembunuhan . um

Satu Pendapatan Lumayan

Polis Ipoh kutip saman RM1 juta

IPOH 8 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik Ipoh mengutip RM1 juta bayaran saman daripada pesalah trafik dalam tempoh enam hari sejak tawaran kadar sehingga 50 peratus diberikan berkuat kuasa 1 Disember lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sejak diumumkan kadar diskaun itu, semua balai polis dan Pejabat Pos di daerah Ipoh telah dibanjiri orang ramai yang mahu membayar saman.
Beliau berkata, purata kutipan di kawasan Ipoh ialah RM25,000 hingga RM35,000 sehari dan dengan kehadiran antara 100 dan 300 orang.
"Ada yang mempunyai 50 keping saman mengambil peluang menjelaskan saman trafik dengan diskaun 50 peratus ini," katanya. -BERNAMA

Hak Keistimewaan Melayu / Raja - Raja Perlu Menghasabah Diri

Rugikan bangsa, agama Islam

MELAKA 8 Dis. - Tindakan segelintir orang Melayu yang mempertikaikan kedudukan kaum itu dan agama Islam boleh merugikan golongan berkenaan.
Sambil melahirkan kekesalan terhadap perbuatan sedemikian, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd.Ali Rustam (gambar) berkata, jika dibiarkan ia boleh memusnah dan menghilangkan orang Melayu di tanah air sendiri.
''Saya hairan bagaimana orang Melayu yang lahir dan dibesarkan di negeri ini boleh mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan status agama Islam.
''Apakah mereka ini tidak ada pendirian hidup dan lupa perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin Melayu selama ini.
''Orang seperti ini sebenarnya boleh dianggap sebagai menderhaka kepada bangsa sendiri dan mereka seolah-olah mahu melihat orang Melayu hancur dan musnah," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pulau Melaka di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai keresahan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengenai orang Melayu yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, jika tindakan itu tidak ditangani segera ia boleh menyebabkan orang Melayu di kemudian hari menghadapi kesesalan.
Beliau berkata, adalah tidak sepatutnya bangsa sendiri mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
''Orang Melayu sendiri yang pertikai perkara tersebut memang dianggap sebagai derhaka bukan sahaja kepada bangsa sendiri tetapi juga kepada raja-raja Melayu," katanya.
utusan melayu

Siasatan SPRM dibakul sampahkan oleh Peguam Negara / Zahrin

Sebagai contoh, kata Zahrain,
" Baru-baru ini terdapat kes di mana ketua pengarah sebuah agensi keselamatan negara dilepaskan oleh mahkamah walaupun wang suapan ditemui dalam saku bajunya.
"Bagaimana rakyat akan bersama kita untuk memerangi rasuah jika perkara sedemikian berlaku dalam proses penghakiman?" tanya Zahrain. um

Raja Melayu perlu bersatu nyata pendirian

IPOH 8 Dis. – Raja-raja Melayu perlu bersatu menyatakan pendirian menentang sebarang usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menghapuskan sejarah bangsa hanya kerana kepentingan dan pemikiran sempit mereka.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia penting memandangkan usaha pihak tidak bertanggungjawab tersebut kini telah sampai ke peringkat membimbangkan.
“Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja perlu membuat pendirian tegas dan menguatkuasakan perkara ini berdasarkan peruntukan dalam bidang kuasa majlis agama Islam negeri masing-masing.
“Ia sebagai langkah menggelakkan orang Melayu terus terpesong dan sanggup mempertikaikan hak istimewa sendiri,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, menurut Mohd. Hilmi, peringatan Sultan Perak tersebut yang turut dibangkitkan Sultan Selangor dan Sultan Pahang sebelum ini, perlu dilihat sebagai suatu maklum balas yang serius. um

Pengerusi IKIM Berfatwa

Link : klik kanan

Mazhab Shafie paling sesuai di Malaysia

artikal : klik kanan

Memang semakin ramai individu Islam mencatat kejayaan . Ali Rustam

Kikis tanggapan negatif terhadap Islam

JOHOR BAHRU 8 Dis. – Pelbagai isu dan masalah yang melanda umat Islam kini secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap imej agama suci itu. um

Pertahan kedaulatan Melayu

Peranan ulama bukan sahaja untuk menegakkan hukum syarak, malah peranan lebih besar harus digalas iaitu menjaga dan mengekalkan ketuanan Melayu yang dimiliki selama ini,” Sultan Johor .

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di majlis Multaqa Ulama Darul Takzim, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 8 Dis. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan orang Melayu supaya bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu
sumber : klik kanan

Wednesday 8 December 2010

Bersahabat

"Kita jangan jadi seperti dua orang sahabat, seorang mahu merancang untuk memelihara kambing dan seorang lagi mahu menanam sireh...kemudian bergaduh mengenai siapa yang perlu membuat pagar sedangkan kambing dan pakok sireh belum ada lagi,"

Sunday 5 December 2010

Kerani dipecat selepas bantu tangkap perompak

“Polis memuji saya, malangnya pihak pengurusan pecat saya kerana keluar dari stesen tanpa izin dan membenarkan pelanggan masuk ke kaunter waktu subuh,” katanya. – Agensi

Pekerja Lebih Berkuasa Dari Tuan

MADRID - Mogok petugas trafik udara menyebabkan ruang udara Sepanyol ditutup semalam walaupun kawalan udara kini diambil alih tentera dan kerajaan mengancam untuk memenjarakan para pekerja itu. kosmo

Inilah terjemahan praktikal maksud dan  makna bersatu