Nuffnang Ad

Thursday 9 December 2010

Satu Pendapatan Lumayan

Polis Ipoh kutip saman RM1 juta

IPOH 8 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik Ipoh mengutip RM1 juta bayaran saman daripada pesalah trafik dalam tempoh enam hari sejak tawaran kadar sehingga 50 peratus diberikan berkuat kuasa 1 Disember lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sejak diumumkan kadar diskaun itu, semua balai polis dan Pejabat Pos di daerah Ipoh telah dibanjiri orang ramai yang mahu membayar saman.
Beliau berkata, purata kutipan di kawasan Ipoh ialah RM25,000 hingga RM35,000 sehari dan dengan kehadiran antara 100 dan 300 orang.
"Ada yang mempunyai 50 keping saman mengambil peluang menjelaskan saman trafik dengan diskaun 50 peratus ini," katanya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?