Nuffnang Ad

Thursday 9 December 2010

Raja Melayu perlu bersatu nyata pendirian

IPOH 8 Dis. – Raja-raja Melayu perlu bersatu menyatakan pendirian menentang sebarang usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menghapuskan sejarah bangsa hanya kerana kepentingan dan pemikiran sempit mereka.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia penting memandangkan usaha pihak tidak bertanggungjawab tersebut kini telah sampai ke peringkat membimbangkan.
“Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja perlu membuat pendirian tegas dan menguatkuasakan perkara ini berdasarkan peruntukan dalam bidang kuasa majlis agama Islam negeri masing-masing.
“Ia sebagai langkah menggelakkan orang Melayu terus terpesong dan sanggup mempertikaikan hak istimewa sendiri,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, menurut Mohd. Hilmi, peringatan Sultan Perak tersebut yang turut dibangkitkan Sultan Selangor dan Sultan Pahang sebelum ini, perlu dilihat sebagai suatu maklum balas yang serius. um

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?