Nuffnang Ad

Thursday 9 December 2010

Hak Keistimewaan Melayu / Raja - Raja Perlu Menghasabah Diri

Rugikan bangsa, agama Islam

MELAKA 8 Dis. - Tindakan segelintir orang Melayu yang mempertikaikan kedudukan kaum itu dan agama Islam boleh merugikan golongan berkenaan.
Sambil melahirkan kekesalan terhadap perbuatan sedemikian, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd.Ali Rustam (gambar) berkata, jika dibiarkan ia boleh memusnah dan menghilangkan orang Melayu di tanah air sendiri.
''Saya hairan bagaimana orang Melayu yang lahir dan dibesarkan di negeri ini boleh mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan status agama Islam.
''Apakah mereka ini tidak ada pendirian hidup dan lupa perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin Melayu selama ini.
''Orang seperti ini sebenarnya boleh dianggap sebagai menderhaka kepada bangsa sendiri dan mereka seolah-olah mahu melihat orang Melayu hancur dan musnah," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pulau Melaka di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai keresahan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengenai orang Melayu yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, jika tindakan itu tidak ditangani segera ia boleh menyebabkan orang Melayu di kemudian hari menghadapi kesesalan.
Beliau berkata, adalah tidak sepatutnya bangsa sendiri mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
''Orang Melayu sendiri yang pertikai perkara tersebut memang dianggap sebagai derhaka bukan sahaja kepada bangsa sendiri tetapi juga kepada raja-raja Melayu," katanya.
utusan melayu

1 comment:

  1. Rakyat sudah naik muak dengan tingkah laku dan perbuatan pembesar - pembesar yang berpegang dengan prinsip ketuanan melayu kerana puak - puak pembesar meraih segala kepentingan mereka dengan beretorik .

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?