Nuffnang Ad

Friday 8 October 2010

Jauhi penggadai bangsa: Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menasihatkan Orang Besar Daerah supaya menjauhkan diri daripada pihak yang sanggup menggadaikan bangsa sendiri demi mencapai cita-cita politik mereka. Baginda mahu supaya Orang Besar Daerah menumpukan perhatian penuh kepada tugas masing-masing demi kebaikan rakyat dan biarlah masalah politik dikendalikan oleh ahli politik.
Berita Harian : selanjutnya.

Komen Tukar Tiub : Ini Dewan Undangan

Catat Ulasan Pada: Tukar Tiub

Saudi Prince's Flying Palace

WHERE IS YOUR HEART......WHEN ALLAH YOU ONLY OIL....YOU JUST SQUANDER IT AWAY, SHOW TO THE POOR YOU HAVE THE BEST OF EVERYTHING,  WHEN WE CONVERT WATER AND SOLAR INTO ENERGY AND FORGET ABOUT OIL THEN YOU WILL KNOW.....THE CAMEL YOU HAVE CANNOT DRINK OIL......


Saudi prince (Al-Waleed bin Talal) buys world's first ' Flying Palace ' 



Inside the world's biggest private jet with 4-poster beds, Turkish bath... and a place to park the Rolls 



In a space normally given to 600 passengers, the owner and his guests will enjoy five-star treatment from the moment of arrival. 

After driving up to his plane, he will have the car parked in the onboard garage. 

A lift drops to the tarmac and a red carpet unfurls, with downlights to 'give the impression of turning up at the Oscars', according to Design Q's co-founder Gary Doy. The belly of the A380 has been turned into a relaxation zone, including a Turkish bath lined with marble only two millimetres thick to keep the weight down. Read more

Pesawat mengepam najis semasa berada di udara

"Saya pergi untuk mengawasi ternakan dengan seorang anak lelaki saya pada Selasa lalu dan kami menemui najis manusia itu bertaburan di kawasan seluas 10.11 hektar,"
Bahan buangan manusia itu seperti tuala wanita yang terdapat di ladangnya terjatuh dari sebuah pesawat.

IAN CLEGG menemui tuala wanita dan najis manusia di ladang miliknya di Brooklands, Britain pada Selasa lalu. 

Ahmadinejad

Lebanon is preparing a hero's welcome for Iranian President Mahmoud Ahmadinejad, who is due to visit the country next week.
Gambar : Klik Kanan

Thursday 7 October 2010

Kebaikan dan keburukan laman web rangkaian sosial


2010/10/07
KUALA LUMPUR: Manfaat laman web rangkaian sosial popular sama ada Facebook, Friendster dan Myspace bukan hanya sekadar mengeratkan silaturahim serta bertanya khabar sedangkan keburukan ‘ditawarkan’ lebih banyak. “Facebook itu juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial itu, sekarang ada pula kejadian seorang pelajar dipukul kerana Facebook,” katanya yang dihubungi semalam.
berita punuh

Banyak Gred B Ketika Belajar


KONSTANTIN NOVOSELOV


MOSCOW - Seorang pakar fizik kelahiran Rusia, Konstantin Novoselov yang memenangi anugerah berprestij Hadiah Nobel Fizik tahun ini pernah mendapat banyak gred B ketika dia belajar sebuah universiti di sini pada 1990-an.
berita penuh

Tiga wanita rogol lelaki bergilir-gilir

HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Berita penuh

Kelakuan Cucu Raja Arab Saudi


GAMBAR rakaman kamera litar tertutup yang ditayangkan di sebuah mahkamah kelmarin menunjukkan Saud Abdulaziz (kiri) memukul Bandar Abdulaziz di dalam sebuah lif di Hotel Landmark, London pada 22 Januari lalu. 

Tuesday 5 October 2010

Politik Jurus Bangau

 Katak Itu Makanan Aku

Intipati seloka ini amatlah mudah, yang mana setiap karakter didalam seloka itu menyalahkan individu lain diatas setiap permasalahan yang menimpanya. Inilah gejala yang sedang giat berlaku di kalangan pemimpin kita pada hari ini! Sifat mengelak dan menyalahkan orang lain ini merupakan trend baru dalam arena politik arus perdana negara ini, Maka, sukalah penulis menamakan kaedah politik ini sebagai ilmu politik “Jurus Bangau”.
Kaedah politik ini sering kali dilihat apabila timbul isu-isu hangat yang melibatkan kepentingan politik sesetengah pihak. Sebagai contoh, apabila timbul sesuatu isu, pengamal politik jurus bangau ini akan terus menyalahkan sama ada pemegang jawatan sebelum beliau ataupun menyalahkan pemegang jawatan yang lebih besar dari diri beliau.
Misalnya, apabila sumber alam, seperti pasir dicuri dan disalahgunakan di sebuah negeri tertentu, maka pengamal politik aliran ini akan terus menggunakan kaedah jurus bangau ini dengan efektif sekali, iaitu tentunya dengan menyalahkan pemegang jawatan sebelum ini dan selepas itu menyalahkan pula pihak berkuasa yang lebih tinggi, yakni kerajaan persekutuan kerana tidak mengambil tindakan. selanjutnya

Kuasa Raja tidak wajar dibahas

Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman
2010/10/05 Bharian

Ambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim bertitah rakyat tidak mempunyai hak membahaskan kuasa Raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri.
Sehubungan itu, baginda bertitah, Perlembagaan dan undang-undang tubuh tidak sewajarnya ditafsir mengikut selera dan kepentingan individu tertentu selain cuba mengajar Raja mengenai undang-undang kerana Raja sudah dididik mengenai kuasa mereka sejak kecil lagi.selanjutnya

Monday 4 October 2010

Makanan McDonalds tidak boleh reput?

http://www.sinarharian.com.my/global.asp
SACRAMENTO – Satu eksperimen yang membuktikan makanan di restoran McDonald's tidak reput menimbulkan tanda tanya mengenai bahan yang terkandung di dalamnya.

Seorang jurufoto dari New York membiarkan sebiji burger Happy Meal bersama kentang goreng di atas rak di rumahnya selama 18 minggu dan mengambil gambar perubahan makanan itu setiap tiga hari.

Bagaimanapun sehingga hari ke-137, makanan tersebut masih kelihatan sama seperti mana ditinggalkan dahulu.

Menurut saintis, bahan pengawet bukan sebab utama burger itu tidak reput tetapi ia berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan tersebut, menyebabkan makanan itu mempunyai kelembapan rendah.

Permukaan makanan yang kurang lembap menyebabkan kulat tidak mudah membiak dan makanan tidak akan reput.

Selain itu, kandungan garam tinggi turut memainkan peranan kerana ia berfungsi sebagai bahan pengawet makanan.

Sunday 3 October 2010

Murah Hati

Chinese Billionaire donates all to Charity, leaving offspring nothing


“If my children are competent, they don’t need my money. If they’re not, leaving them a lot of money is only doing them harm.”

Yu Pengnian, China's biggest philanthropist sits in the restaurant atop the hotel he built, where he lives and eats most of his meals. Yang Junpo for The Globe and Mail . Read more

Penderaan

Melayu paling banyak didera fizikal, emosi: Kajian


2010/10/03 berita harian

KUALA LUMPUR: Satu kajian mendapati bangsa Melayu paling ramai mengalami penderaan fizikal dan emosi, terutama warga tua yang kebanyakannya tinggal bersama anak.

Kajian dijalankan Institut Gerontologi Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga mendapati daripada 480 orang warga tua yang ditemui, 125 atau 26 peratus daripada mereka mengaku pernah mengalami penderaan fizikal dan emosi.
Pengarahnya, Prof Madya Dr Tengku Aizan Hamid, berkata penderaan dari segi emosi terhadap warga tua paling membimbangkan dan boleh membawa kepada beberapa faktor lain seperti hilang kewarasan dan hidup melarat.
“Kebanyakan warga tua mengalami penderaan fizikal dan emosi adalah wanita atau ibu. Walaupun bukan semua wanita yang terbabit adalah golongan ibu, tetapi peratusan mereka lebih tinggi berbanding yang lain.

“Dari segi taraf hidup pula, golongan berpendapatan rendah paling banyak mengalami penderaan fizikal dan emosi. Mungkin kerana faktor kehidupan kita yang membuatkan merekamenjadi mangsa penderaan.

“Ini agak membimbangkan kerana seharusnya warga tua dilayan dengan baik, tetapi apa yang kita lihat kini, konsepnya sudah berubah seolah-olah masyarakat kita sudah tidak mempunyai nilai moral,” katanya ketika ditemui Berita Minggu.

Kajian juga menunjukkan penderaan fizikal tidak terhad kepada wanita, malah berlaku di kalangan lelaki. Daripada 26 peratus mengaku didera, 14 peratus alami penderaan emosi; penderaan membabitkan harta dan kewangan (10.2 peratus); penderaan fizikal (9.6 peratus) dan seksual (0.4 peratus).
“Mungkin juga faktor kehidupan kini yang semakin mencabar sehingga membuatkan anak terlupa percaturan sebenar hidup. Jika ingin diberikan sebab kenapa perkara ini berlaku, pada saya terlalu banyak puncanya.

“Apa yang penting institusi kekeluargaan itu sendiri kena kukuh. Jika diberikan pendidikan sempurna dan terbaik kepada anak, tidak mungkin perkara ini akan berlaku,” katanya.

Cemburu


KEGAGALAN mengurus cemburu boleh mencetuskan amarah dan dendam.


“Sebagai pasangan, kita masih perlu ambil tahu apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berjumpa.
“Tidak salah jika kita bertanya dengan baik, bukan dengan nada yang penuh curiga. Sering ungkapan kata manis dan kata sayang supaya pasangan sedar tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan menjaga batasan pergaulan,” katanya. Selanjutnya

Mangsa Peragut

'Tolonglah, saya nak jumpa anak'


WAN NORESAH bermain bersama anaknya, Danish Rayyan Izuwan Rafiwel di HTAA, Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang kerani cedera di bahagian mata dan tengkuk selepas dilanggar sebelum kepalanya dipukul dengan topi keledar oleh peragut semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Padang di sini Khamis lalu.

Seorang lagi ahli perniagaan hilang


JAYANTHY menunjukkan gambar Anpalagan pada sidang akhbar di Klang semalam. anpalagan yang hilang sejak setahun lalu dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Allal di Banting.

Cara Cukong Berniaga

Lesen pemelihara Anson Wong dibatal : utusan

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Kerajaan telah membatalkan semua lesen perniagaan, lesen pemelihara dan permit khas yang dikeluarkan kepada Anson Wong dan isterinya, Cheah Bing Shee.
Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini, keputusan itu dibuat selepas dipersetujui menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas pada 22 Sept lepas.
Kementerian itu berkata permohonan baru Cheah bagi mendapatkan permit mengeksport hidupan liar di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 Akta 686, juga telah ditolak.
Wong dihukum penjara enam bulan dan didenda RM190,000 pada 6 Sept lepas oleh Mahkamah Sesyen Sepang kerana menyeludup haiwan liar.

Nota : 
Inilah cara Cukong berniaga . Ambil permit dan lesen buat wayang .
Dibelakang tabir buat cerita sendiri . Sebab itu perniagaan mereka selalu untung dan tidak pernah rugi .

Kenaikan Tarif Air Negeri Kedah


ALOR SETAR 2 Okt. – Kerajaan negeri Kedah hari ini tidak mahu dipersalahkan dalam isu kenaikan tarif air di negeri ini mulai semalam, sebaliknya menuding jari kepada Kerajaan Pusat sebagai punca tindakan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaitkan kenaikan tarif air itu berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat pada 2006 bertujuan menyelesaikan masalah pinjaman oleh kerajaan-kerajaan negeri berkaitan bekalan air.
Jangan salahkan kami – Azizan
Katanya, penstrukturan semula melibatkan pengambilalihan aset air Kedah oleh syarikat milik penuh kerajaan iaitu Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) dan sebagai balasan PAAB akan mengambil alih liabiliti air kerajaan negeri Kedah.
Menurutnya, PAAB kemudiannya menyewa pajak aset air itu kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada kadar sewa tahunan yang ditetapkan.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - Dikir Besut

Dikir Besut


Hishamuddin Tun Hussein, Ahmad Said, Idris Jusoh dan sebahagian pemimpin UMNO Terengganu bersemangat ketika mempersembahkan Dikir Besut di Kampung Raja, semalam. – MINGGUAN/azlan baharum


Kira-kira 10,000 orang yang memeriahkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dataran Putera, Jerteh, Terengganu teruja dengan aksi spontan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mencuit hati dengan berdikir bersama para pemimpin UMNO negeri di atas pentas.
Ia bermula sewaktu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu menyampaikan ucapan sebelum meminta kumpulan dikir Gabungan Muzik Tradisional (Gamutra) yang dinaungi Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh memainkan semula lagu Dikir Besut.
Sejurus selesai berucap, beliau kemudian mempelawa semua pemimpin tertinggi UMNO negeri yang hadir untuk naik ke pentas sebelum duduk bersila bersama-sama mempersembahkan lagu Dikir Besut.