Nuffnang Ad

Sunday 3 October 2010

Kenaikan Tarif Air Negeri Kedah


ALOR SETAR 2 Okt. – Kerajaan negeri Kedah hari ini tidak mahu dipersalahkan dalam isu kenaikan tarif air di negeri ini mulai semalam, sebaliknya menuding jari kepada Kerajaan Pusat sebagai punca tindakan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaitkan kenaikan tarif air itu berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat pada 2006 bertujuan menyelesaikan masalah pinjaman oleh kerajaan-kerajaan negeri berkaitan bekalan air.
Jangan salahkan kami – Azizan
Katanya, penstrukturan semula melibatkan pengambilalihan aset air Kedah oleh syarikat milik penuh kerajaan iaitu Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) dan sebagai balasan PAAB akan mengambil alih liabiliti air kerajaan negeri Kedah.
Menurutnya, PAAB kemudiannya menyewa pajak aset air itu kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada kadar sewa tahunan yang ditetapkan.

9 comments:

  1. Azizan Berkata :
    “SADA yang dikorporatkan pada 1 Januari lalu terpaksa menyelaraskan semula tarif air seperti yang diminta oleh SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) kerana hutang RM1.7 bilion yang ditanggung sebelum ini.

    “Kerajaan negeri tidak mampu membayar RM50 juta setahun ke atas hutang itu dan jalan penyelesaiannya adalah pengkorporatan dan kadar air terpaksa diselaraskan semula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Aidilfitri Persatuan Alumni Maktab Mahmud di sini hari ini.

    ReplyDelete
  2. “Sekiranya Kerajaan Pusat tidak kacau, kerajaan negeri tidak mahu naik tarif air,” ujarnya. Azizan

    ReplyDelete
  3. “Jangan dinilai kenaikan berdasarkan peratusan tetapi daripada aspek kuantiti iaitu lima tong drum bersamaan 50 sen sahaja,” katanya. Azizan berkata

    ReplyDelete
  4. Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya menuding jari kepada Kerajaan Pusat berhubung isu itu dengan mendakwa kenaikan tersebut mendapat kelulusan daripada SPAN.

    Beliau berkata, walaupun kenaikan tarif air diluluskan oleh Kerajaan Pusat, kerajaan negeri masih mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan tindakan itu.

    “Kerajaan Pusat hanya meluluskan dasar dan terpulang kepada budi bicara kerajaan negeri membuat keputusan akhir,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Siapa pun yang menafikan dan berdolak dalik yang penggunalah yang tetap menanggung beban .

    ReplyDelete
  6. Perlis tidak bercadang naikkan kadar tarif air

    KANGAR 2 Okt. – Kerajaan negeri belum bercadang menaikkan kadar tarif air dalam tempoh terdekat walaupun dua negeri jirannya, Kedah dan Pulau Pinang sudah menaikan tarif berkenaan antara 25 hingga 44 peratus.

    Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu bagaimanapun berkata, pihaknya tidak dapat memberi jaminan bahawa kadar tarif sedia ada akan terus berkekalan tetapi mengakui tarif air di Perlis jauh lebih rendah berbanding negeri lain.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

    ReplyDelete
  7. ALOR SETAR - Pelaksanaan kadar tarif baru air di Kedah yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu didakwa terpaksa dilakukan ekoran penyusunan semula hutang sebanyak RM1.7 bilion yang ditanggung Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri Kedah. kosmo
    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

    ReplyDelete
  8. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, Azizan tidak perlu mengamalkan politik 'ala gengster' dengan melakukan ugutan terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) Kedah yang menentang langkah kerajaan negeri menaikkan tarif air.

    ReplyDelete
  9. " Menteri Besar perlu telus membuat pendedahan bukannya membuat ugutan semata-mata mahu menutup kelemahan kerajaan negeri.

    ''Jika Menteri Besar benar-benar telus, dedahkan. Jika ia dakwaan yang tidak benar, BN boleh ambil tindakan atau menyerahkan kepada SPRM untuk bertindak,'' - : Datuk Ahmad Lebai Sudin
    Utusan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?