Nuffnang Ad

Sunday 3 October 2010

Cara Cukong Berniaga

Lesen pemelihara Anson Wong dibatal : utusan

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Kerajaan telah membatalkan semua lesen perniagaan, lesen pemelihara dan permit khas yang dikeluarkan kepada Anson Wong dan isterinya, Cheah Bing Shee.
Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini, keputusan itu dibuat selepas dipersetujui menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas pada 22 Sept lepas.
Kementerian itu berkata permohonan baru Cheah bagi mendapatkan permit mengeksport hidupan liar di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 Akta 686, juga telah ditolak.
Wong dihukum penjara enam bulan dan didenda RM190,000 pada 6 Sept lepas oleh Mahkamah Sesyen Sepang kerana menyeludup haiwan liar.

Nota : 
Inilah cara Cukong berniaga . Ambil permit dan lesen buat wayang .
Dibelakang tabir buat cerita sendiri . Sebab itu perniagaan mereka selalu untung dan tidak pernah rugi .

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?