Nuffnang Ad

Friday 15 October 2010

Banjir , Angin , Taufan Semuanya Dari Allah .

Banjir Di Pakistan

 Banjir di Pakistan rugi RM30.4b

Surah Al Fusilat
[15] Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).
[16]
Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).
[17]
Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.
[18]
Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa.

Wednesday 13 October 2010

Ramai pemimpin tidak bangga berbahasa Melayu

2010/10/13 bharian

KUALA TERENGGANU: Masih ramai pegawai tinggi kerajaan dan swasta serta pemimpin politik tidak menggunakan bahasa Melayu, sedangkan ia tuntutan Perlembagaan yang wajib dalam konteksnya memartabatkan bahasa kebangsaan.
Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Aziz Deraman, berkata biarpun penggunaan bahasa lain seperti Inggeris, Mandarin, Tamil dan Arab dibenarkan, penggunaan bahasa Melayu tidak harus dicampuradukkan, bagi memelihara martabatnya sebagai bahasa rasmi.

Tuesday 12 October 2010

30 ahli PAS demonstrasi bantah kenaikan tarif air

Muka dalam akhbar ini bukan ahli pas . Ini satu temberang akhbar .
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2010/10/11

SEBAHAGIAN ahli PAS mengadakan demonstrasi  dengan membawa sepanduk membantah kenaikan tarif air dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat di depan pintu masuk Wisma Darul Aman, semalam.
SEBAHAGIAN ahli PAS mengadakan demonstrasi dengan membawa sepanduk membantah kenaikan tarif air dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat di depan pintu masuk Wisma Darul Aman, semalam.
Memorandum desak MB Kedah tarik balik keputusan

ALOR SETAR: Kira-kira 30 ahli PAS semalam mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri itu yang bermula 1 Oktober lalu.berita harian

Akta jenayah sihir perlu ada

KUANTAN - Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam serta mengekang amalan itu daripada berleluasa di kalangan masyarakat melalui mekanisme perundangan. utusan

Monday 11 October 2010

Multi Level Marketing Menurut Shariah

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Bah. (2)
 
Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing
 
Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.
 
Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka. 
 
Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. 

Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:
لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين
Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)
 
Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. 

Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.   ..................bersambung 
 
Topik Akan Datang  : Pengertian MLM

selanjutnya : www.zaharuddin.net

Sunday 10 October 2010

Multi Level Marketing Menurut Shariah

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Bah. (1)

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.selanjutnya : www.zaharuddin.net

Wanita-Wanita Masuk Bakul Angkat Sendiri

Malaysia sedia sambut wanita-wanita pertama

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Malaysia sudah bersedia menyambut kedatangan 37 perwakilan dari seluruh dunia termasuk 16 isteri perdana menteri yang akan menyertai Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama dari Isnin hingga Rabu ini.
Penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, antara wanita pertama yang akan hadir termasuk dari Albania, Ghana, Estonia, Congo, Jamaica dan Sri Lanka.
Isteri Perdana Menteri berkata, persidangan yang pertama kali dianjurkan di Malaysia itu turut akan dihadiri wakil wanita pertama dan juga menteri.
"Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan yang dijalankan dan berharap persidangan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini akan berjalan lancar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Baca selanjutnya

Mereka ini adalah wanita yang masuk bakul angkat sendiri.
Itulah sebabnya mereka berusaha siang  malam untuk menduduki tempat-tempat tersebut . Mereka ini menghabiskan wang negara dan sebok  dengan  mempromosi diri .
Agak saudara siapakah penganjur program ini ? . 
Ini adalah program  pertama didunia .
Ini  tentulah  program tajaan Malaysia .
Ini  tak lain dan tak bukan dari minded pemimpin Malaysia .
Kerja cari nama sudah mula ke seantero dunia .

Kena paham betul-betul  saudara , 
Orang pertama didunia ialah  orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah bukan isteri - isteri  orang yang menang dalam politik .