Nuffnang Ad

Saturday 2 October 2010

Baby Meninggal Terlebih Dos

KESAL...Teoh menunjukkan ubat yang diberikan kepada anaknya.
KESAL...Teoh menunjukkan ubat yang diberikan kepada anaknya.

KUALA LUMPUR: Kesilapan preskripsi seorang doktor sebuah hospital pakar berhubung dos ubat yang perlu dimakan hampir meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia 20 bulan apabila ubat yang diberikan melebihi had. Selanjutnya

Bahaya salah tafsir 1Malaysia

Oleh Ratinawati Rasidi
ratinawati@bharian.com.my
2010/10/02
Tak faham Perlembagaan punca tuntutan melampau

KUALA LUMPUR: Kurang kefahaman masyarakat terhadap Perlembagaan Persekutuan menyebabkan wujudnya tafsiran berbeza terhadap gagasan 1Malaysia sehingga ada pihak mentafsir mengikut selera dan kepentingan kumpulan tertentu.
Timbalan Ketua Bahagian Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa berkata, keadaan itu menyebabkan ada pihak membuat tuntutan melampau untuk kaum tertentu yang jelas bercanggah dengan perlembagaan negara.
Beliau berkata, gagasan 1Malaysia tidak bermakna wujudnya kesamarataan atau demokrasi mutlak, tetapi setiap satu dasar yang hendak dilaksanakan adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan kontrak sosial yang dipersetujui bersama.

“Mentafsir konsep 1Malaysia perlu disertai bersama dengan undang-undang tertinggi terutama Perlembagaan Persekutuan dan dapat diterima seadanya tanpa perlu dipertikai atau mencabar kedaulatannya,” katanya pada Forum Jati Diri siri ketiga bertajuk ‘1Malaysia Daripada Aspek Perundangan’ yang berlangsung di Balai Berita, di sini, semalam.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahayasalahtafsir1Malaysia/Article

Rekod 'paling lama tanpa kerajaan'

BAGHDAD 1 Okt. - Iraq hari ini mencatat 'rekod' sebagai negara yang paling lama masih gagal membentuk kerajaan selepas berakhirnya pilihan raya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm

Tujuh pasangan adik beradik dalam senarai 100 terkaya di India


ADIK-BERADIK jutawan, (dari kiri) Anil dan Mukesh Ambani, Malvinder dan Shivinder Singh serta Shashi dan Ravi Ruia. - aGENSI


NEW DELHI 1 Okt. - Sebanyak tujuh pasangan adik-beradik yang masing-masing mengendalikan perniagaan milik keluarga tersenarai antara 100 orang terkaya di India.
Press Trust of India (PTI) yang memetik laporan Forbes India berkata, majalah itu menyenaraikan enam pasangan adik-beradik berada dalam kelompok 100 orang terkaya di negara ini.
Pasangan adik beradik terbabit ialah Shashi dan Ravi Ruia, Malvinder dan Shivinder Singh, Sudhir dan Samir Mehta, Shyam dan Hari Bhartia, Kapil dan Dheeraj Whadhwan serta Bharat dan Ravi Sheth.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm

Dua wanita disebat di Aceh

Dua wanita disebat di Aceh


TUKANG sebat wanita melibaskan rotan terhadap Murni di luar sebuah masjid di Jantho, Aceh, semalam. - AFP

BANDA ACEH 1 Okt. - Dua wanita di wilayah Aceh menjalani hukuman sebat hari ini kerana kesalahan menjual makanan pada waktu berpuasa bulan Ramadan lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Pemimpin Islam pembangkang diselar - utusan

PULAU PINANG 1 Okt. - Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang menyelar tindakan pemimpin kerajaan negeri yang beragama Islam kerana tidak menyiasat dengan terperinci berhubung dana yang diterima untuk program membasmi kemiskinan tegar dan wang ihsan kepada warga emas.
"Jika saya sendiri pun akan memulangkan wang kerana ragu-ragu mengenainya, malah kenyataan dikeluarkan kerajaan negeri juga berbelit-belit dan menyebabkan rasa ragu-ragu itu semakin menebal.
Mengulas lanjut, beliau yang juga jurucakap Forum Penyelarasan Umat menyeru kepada pemimpin pakatan pembangkang beragama Islam agar bangkit mempertahankan perkara yang perlu dan tidak terus bersetuju dengan sesuatu perkara. utusan

Friday 1 October 2010

Jangan .......... Duit Haram

Ingatan ini ditujukan kepada orang-orang Umno terutama kepada Reezal. Mudah-mudahan ingatan ini membantu Reezal dan orang Umno yang lain memastikan daging tubuh mereka sentiasa suci dan bersih daripada tumbuh dengan duit judi.
 http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/10/jangan-duit-judi-haram.html

Di Pahang, Genting adalah pusat perjudian terbesar dan tertinggi di negara ini. Molek kalau MB Pahang, Adnan Yaacob turut memantau apakah wang dari Genting itu jangan sampai turun ke bawah dan diberikan kepada warga emas atau kanak-kanak di Bentong atau Pekan. Umno Pahang kena pasti dan intai apakah ada wang Genting sampai dimakan oleh orang Islam Pahang atau tidak.
http://msomelayu.blogspot.com/

Dalang skandal kes dadah terjerat



LAKARAN peta menunjukkan lokasi sebuah lori ais (kiri) yang membawa 753 kilogram syabu bernilai RM254 juta ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Chenderawasih (kanan), Rompin pada 2 Mei tahun lalu.



KUALA LUMPUR – Polis semalam mengesahkan seramai 10 anggotanya termasuk seorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib selepas disyaki mencuri 40 kilogram daripada 753 kilogram dadah syabu bernilai RM254 juta yang dirampas daripada tiga lelaki di dalam sebuah lori ais di Rompin, Pahang pada Mei tahun lalu.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, antara yang dikenakan tindakan tersebut ialah seorang pegawai Cawangan Narkotik berpangkat Inspektor manakala bakinya merupakan anggota yang menjalankan tugas-tugas am.
“Setakat ini kesemua yang terlibat telah diberi amaran dan pergerakan gaji serta kenaikan pangkat mereka telah digantung.
“Semua tindakan ke atas pegawai dan anggota tersebut telah diambil sebelum kes dadah itu dibicarakan,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman semalam.
 Ini Gambar Pemandu Lori Yang Bawa Dadah Bernilai RM254 Juta

Kunta Kinte original: Penjenayah lepas sebab isu teknikal

Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata nampak-nampaknya kehakiman kita banyak tolak kes sensasi dan profil tinggi semata-mata atas alasan teknikal.

Jadi tak hairanlah kalau dalam beberapa kes sensasi dan profil tinggi yang sedang dibicarakan sekarang, pihak pembela guna macam-macam isu teknikal untuk sekat atau lengah-lengahkan perbicaraan.

Sebagai rakyat biasa, pembayar cukai dan pengundi, kita tentulah sangat terkilan dan amat takut bila pembunuh, perogol, perompak, pemukul pembantu rumah dan pemakan rasuah bebas kerana isu teknikal.

Lagipun, bila kita sebut pasal rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, kita bukan tuju kepada kerajaan saja. PDRM, SPRM dan Pejabat Peguam Negara pun kena buat juga.

Sangatlah menakutkan bila penjenayah dibebas dan dilepas ke dalam masyarakat kerana polis dan SPRM tak siasat rapi dan Pejabat Peguam Negara pula gagal kemukakan pertuduhan yang ketat dan padat.

Sekarang rakyat jelata dalam ketakutan. Tengok sajalah pagar, palang besi, tong minyak dan pengawal keselamatan Nepal di merata taman perumahan. Dah macam zaman darurat dulu.

Rakyat jelata yang dalam ketakutan atau yang sudah jadi mangsa jenayah, bertanya di mana kesejahteraan, keamanan dan keselamatan yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya . bharian

Saya penganut Kristian: Obama

Saya lewat menganuti agama Kristian, namun kini prinsip Jesus Christ menjadi hala tuju kehidupan saya.

Antara prinsip itu termasuk menjaga persaudaraan sesama penganut, melayan orang lain seperti melayan diri sendiri dan merendah diri seperti ditunjukkan Jesus Christ untuk membersihkan dosa, katanya.

Itulah doa saya setiap hari. Khidmat saya adalah sebahagian usaha menunjukkan identiti agama Kristian, tambahnya.

Tinjauan terbaru Pew Forum on Religion and Public Life, bagaimanapun, menunjukkan hampir seorang setiap lima warga Amerika percaya Obama adalah Muslim.
Kebanyakan spekulasi tertumpu kepada bapa Obama yang juga seorang Muslim dan Obama belajar di sekolah majoriti Muslim ketika zaman kanak-kanaknya. Agensi. bharian

Kamal Ataturk

Ataturk, seorang hero perang yang mengasaskan Turki selepas kehancuran empayar Uthmaniyah adalah individu paling dihormati di Turki. Patung dan potret wira negara itu berada di merata tempat .
Penghinaan ke atas dirinya boleh dikenakan hukuman penjara.
Turki membeli Savarona pada 1938 dan Ataturk menghabiskan masa beberapa minggu di atas kapal layar itu namun meninggal dunia lewat tahun itu.bharian

Bekas tapak masjid dikongsi


Anggota separa tentera India berkawal di dalam kawasan bersejarah Taj Mahal di Agra, ibu negeri utara India bagi mengawal keselamatan menjelang keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad memutuskan mengenai nasib bekas tapak Masjid Babri, semalam. - REUTERS


LUCKNOW, India 30 Sept. - Sebuah mahkamah India hari ini memutuskan sebuah tapak suci yang mencetus rusuhan berdarah di seluruh India suatu ketika dahulu perlu dibahagi-bahagikan antara komuniti Islam dan Hindu.
Menurut seorang peguam yang terlibat dalam tuntutan tersebut, masyarakat Islam menyatakan bahawa mereka akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu di Mahkamah Agung.
Penduduk Islam menganggap satu kawasan di Ayodhya sebagai tapak bagi Masjid Babri yang dibina pada abad ke-16 yang kemudian dirobohkan puak radikal Hindu, manakala penganut Hindu pula menegaskan ia merupakan tempat lahir bagi dewa mereka, Rama. utusan

Pantau komen berbaur hasutan

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau komen orang ramai yang berbaur hasutan di laman sosial Facebook milik PDRM yang diperkenalkan minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, walaupun PDRM menunjukkan keterbukaan dengan memperkenalkan laman sosial itu, namun pihaknya masih memantau komen dibuat.
"Kita tidak kisah jika orang ramai membuat teguran terhadap PDRM kerana kita juga hendak memperbaiki kekurangan yang ada.
"Tetapi kita akan pantau sekiranya terdapat komen berbaur hasutan atau berniat jahat," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. utusan

Wang ihsan RM100 kerajaan negeri Pulau Pinang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, malah wang tersebut yang diragui datangnya daripada sumber perjudian adalah menghina golongan miskin, khususnya kepada orang Islam.
“Justeru, saya rasa walaupun jumlahnya hanya RM100 setiap seorang, mesej yang ingin disampaikan amat jelas iaitu orang miskin tidak wajar diperlakukan dengan sedemikian rupa,” katanya. Khir Baharum

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Mohd. Nooh Gadot :
Menurut beliau, ini dapat dibuktikan menerusi surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala serta mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah perbuatan kotor, keji dan jijik serta perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Sehubungan itu, Nooh berkata, bagi umat Islam berhubung makan dan minum amat penting kerana ia ada hubung kait dengan dosa dan pahala.
“Makanan yang datangnya daripada sumber yang haram termasuk judi memberi kesan secara menyeluruh bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi yang lebih penting keturunannya.

Thursday 30 September 2010

Malas

“Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.

“Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas,” ujarnya sambil menjelaskan terdapat dua kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.

“Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku?

“Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan,” katanya.

Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.

“Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.

“Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus,” ujarnya.
Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, Azrul berkata, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.

“Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?

“Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur tujuh tahun.

“Jika umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Wednesday 29 September 2010

Perangai ahli PKR yang menetas dari kepompong Umno.

PKR Macam Air Liur Basi BN Juga

Perangi berebut jawatan macam proses perhimpunan Umno, MIC , MCA dan lain-lain komponen juga. Nampak sangat berjuang nak berebut pangkat. Komplen sana sini. Laporan polis pun sudah semakin banyak. Aparaaaaa!
Kalau ya pun, janganlah Nampak sangat yang kita itu masih meleleh air liur basi Umno, MIC atau MCA. Ini bukan mustahil akan berlaku baling punggal kerusi. Aparaaaa!

 
Memang ada yang tak betul. Baguslah kalau nak perbetulkan. Tapi kalau sudah sampai ketahap nak perbetul kerana nak berebut jawatan, Nampak sangatlah siku-singgung, meleleh berlenja air liur basi Umno.

Kata Minah Jambul, itu bukan salah PKR tapi itulah perangai ahli PKR yang menetas dari kepompong Umno. lantaklahhhhh!

http://aziziabdullah.blogspot.com/2010/09/perihal-melayu-berfikir.html

Bekas isteri yakin ADUN Melor miliki harta lebih RM3 juta - utusan

Bekas isteri yakin ADUN Melor miliki harta lebih RM3 juta

KOTA BHARU 28 Sept. - Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.

Siti Aishah Chou Abdullah, 26, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.

''Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya,'' katanya.

Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.

''Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali.

''Defendan juga pernah memaklumkan kepada saya, kebanyakan harta-harta yang dimilikinya bukan atas namanya kerana beliau seorang wakil rakyat,'' katanya.

Plaintif juga memaklumkan bekas suaminya itu tidak pernah menawarkan sebarang sagu hati selepas dia mengemukakan tuntutan mutaah.

Keterangan plaintif mengenai pemilikan harta oleh bekas suaminya bagaimanapun menimbulkan persoalan kepada Abdullah sehingga bertanyakan kesahihan dakwaan yang dibuatnya.

Peguam syarie mewakili Aishah, Mohd. Sabri Ismail memberi jaminan bahawa anak guamnya akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan aset defendan pada perbicaraan akan datang.

Abdullah kemudian menetapkan perbicaraan bersambung pada 8 dan 9 Mac tahun hadapan.

Siti Aishah, 25, yang berketurunan Cina Kemboja dan Wan Ismail, 55, berkahwin pada 1 November 2004 dan disahkan bercerai pada 18 November 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 5, dan Wan Nor Salwa, 4.

Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Tuesday 28 September 2010

Aa Gyam yang telah diberikan hidayah dan taufik oleh Allah

Dulu kawasan ini katanya kawasan yang penuh maksiat, dikenali dengan gudang maksiat. Hingga muncul Aa Gyam yang telah diberikan hidayah dan taufik oleh Allah mengajak manusia di sekitarnya supaya kembali kepada Allah. Aa Gyam bolehlah dianggap sebagai 'nabi' yang diutuskan Allah untuk membenteras maksiat dan mengajak manusia kembali kepada Allah.

Memang cara Aa Gyam berdakwah menarik perhatian umum. Bentuk pengajarannya bukan memberi pendidikan lisan atau mengenalkan manusia dengan hukum hakam, tetapi beliau terlebih dahulu menguruskan jiwa (qalbu) manusia. Beliau mengenalkan manusia dengan dirinya sendiri baru mengajak mengenai Muhamamd dan penciptanya. Inilah kelainan menyebabkan dakwah ataupun pengajaran Aa Gyam menarik perhatian dan berkesan. Ia lain dari yang lain.
http://msomelayu.blogspot.com/2010/09/catatan-kecil.html

Bongkar Kesesatan



Video ini terdapat dalam 6 siri .

Ulamak : Tugas Dan Tanggungjawap

Umpama 'Polis' tugasnya menjaga keamanan dan mencegah jenayah. Tentu sahaja polis akan disanjung dan dihormati kerana menjaga keselamatan rakyat. 
Tetapi jika sekiranya polis berperangai seperti penjenayah dan bersubahat dengan penjenayah, maka kucar kacirlah kehidupan masyarakat. 
Tiada lagi tempat bergantung dan berlindung bagi masyarakat. Maka jadilah polis dikeji dan dihina jika tidak jujur dalam melakukan tugasnya.

"KUALA LUMPUR: Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memalsukan dokumen dan menipu pegawai dan kakitangan pejabat tanah membabitkan tanah bernilai RM15 juta tiga tahun lalu."  harian metro klik . Satu lagi kenyataan dihari ini , banyak kes perundangan yang terlibat dengan peguam yang tidak menjalankan tugasnya dengan amanah .Kalau peguam yang dilantik untuk membantu bertukar manjadi penipu dan penjenayah , habis dimanakah lagi kita akan berlindung ? . Peguam yang jujur adalah seperti ulamak yang jujur dan peguam yang jahat adalah seperti orang yang mengaku ulamak , tetapi berkelakuan sebaliknya .

Jika diambil mithalnya pada hari ini, tentulah jelas kepada kita ulama yang macamana telah menjadi pembela kepada pengkhianat. Pengkhianat yang telah mengkhianati amanah Allah dan Rasul. Lain yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul, lain pula yang mereka redha berlaku di sekeliling masyarakat. Kerana mereka, masyarakat yang jahil sentiasa berada di dalam kesesatan. Kerana ilmu mereka tidak dicurahkan dengan sebenar benarnya. Kata kata mereka tidak seiring dengan ilmu mereka.

Firman Allah dalam surah An Nisa Ayat 105," Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)al kitab(al quran) dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu( melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi pengkhianat" 

Kekadang mereka menyeru kepada kebaikan tetapi mereka tidak mencegah kepada kemungkaran. Padahal tidak dapat tidak, mereka kena dua dua, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Tidak boleh hanya salah satu. Tidak boleh hanya menyeru kepada kebaikan sementara kejahatan dibiarkan berleluasa. Lagilah teruk jika membiarkan kejahatan tetapi langsung tidak menyeru kepada kebaikan.
selanjutnya : 
http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/09/siapa-orang-yang-paling-jahat-di-dunia.html

Melayu Yang Celaru

Kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Melayu”, pada hal dia adalah Melayu, adakah wujud implikasi hukum di situ?
Tetapi kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Muslim,” padahal dia adalah seorang Muslim, di sini wujud implikasi hukum. Sekurang-kurangnya dia berdosa besar kalau pun tidak menjadi murtad tanpa mengira apa bangsanya dan di mana dia berada.

Manusia dibekalkan keupayaan untuk memilih jalan hidup dalam beragama. Nabi diutuskan dan kitab diturunkan untuk membimbing manusia memilih agama bukan memilih bangsa. Kenapa?
Adakah manusia diberi nikmat di akhirat atau menghadapi kehidupan sengsara di sana kerana bangsa?

Melayu, Cina, India, Siam, atau apa sahaja, darahnya merah. Bumi mereka adalah sama. Langit mereka adalah satu. Udara mereka adalah sejenis. Bahkan Tuhan mereka juga adalah satu, Allah.
Justeru, apa bezanya antara mereka? Bezanya ialah sama ada mereka menyembah Allah atau tidak. Itulah penentuan muktamad sama ada mereka ke neraka atau ke syurga. 

Manusia sepatutnya bersyukur kerana dianugerahkan iman dan Islam, bukannya bersyukur kerana dijadikan Melayu...
sedutan dari blog :
http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/09/nik-aziz-kehilangan-melayu.html

Minda Melayu Songsang

Azizi abdullah 

..................... kiri seekor babi
......................kanan seorang gadis comel.
Orang akan  marah
bila saya pegang paha babi,
koyak kangkangnya .
dan paling muka,
meludah dan maki-maki saya.
dan apabila saya pegang gadis comel itu ,
saya yakin anda tidak akan melihat dengan jijik,
sebaliknya anda akan melihat untuk mempastikan
apakah saya memegang gadis ini.

Kemudian mata anda akan terbeliak dan kagum apabila melihat saja membuka baju gadis ini, apa lagi kalau saya membuka dada dan memegang buah dadanya.

Anda akan berkata saya berani atau saya tidak sepatutnya buat begitu ?.
Dan anda pasti tidak akan berpaling muka kerana jijik jika saya mencium pipi gadis ini.

Sedangkan dalam Islam, memandang ruang aurat bukan muhrim
pun sudah haram, apa lagi jika kita melihat saya berbuat lebih dari ini.
selanjut klik kanan link berikut :http://aziziabdullah.blogspot.com/2010/09/perihal-melayu-berfikir.html