Nuffnang Ad

Friday 1 October 2010

Dalang skandal kes dadah terjerat



LAKARAN peta menunjukkan lokasi sebuah lori ais (kiri) yang membawa 753 kilogram syabu bernilai RM254 juta ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Chenderawasih (kanan), Rompin pada 2 Mei tahun lalu.



KUALA LUMPUR – Polis semalam mengesahkan seramai 10 anggotanya termasuk seorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib selepas disyaki mencuri 40 kilogram daripada 753 kilogram dadah syabu bernilai RM254 juta yang dirampas daripada tiga lelaki di dalam sebuah lori ais di Rompin, Pahang pada Mei tahun lalu.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, antara yang dikenakan tindakan tersebut ialah seorang pegawai Cawangan Narkotik berpangkat Inspektor manakala bakinya merupakan anggota yang menjalankan tugas-tugas am.
“Setakat ini kesemua yang terlibat telah diberi amaran dan pergerakan gaji serta kenaikan pangkat mereka telah digantung.
“Semua tindakan ke atas pegawai dan anggota tersebut telah diambil sebelum kes dadah itu dibicarakan,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman semalam.
 Ini Gambar Pemandu Lori Yang Bawa Dadah Bernilai RM254 Juta

7 comments:

  1. Laaa ............. Curi dadah 40kg kena tindakan tatatertib sahaja ?.
    Macamana boleh jadi macam itu ?

    ReplyDelete
  2. Komen tukar tiub
    KAH KAH KAH

    woit… INI BARU KITA TAHU SIAPA TOKAN SEBENARNYA…. kah kah kah..

    woit.. SELALU DENGAR CEERITA MAT PET…. POLIS YANG JADI TOKAN…. kah kah kah..

    kah kah kah… TAPI ITU CERITA MAT PET….CEITA MAT LALOK...kah kah kah..

    kah kah kah... TAK ADA SESIAPA AMBIL POT…. kah kah kah..

    kah kah kah… NI DAH TERBONGGENG ?..... NAK BUAT MACAM MANA?..... kah kah kah

    nota:
    apa jadi dengan pemandu lori
    yang bawa dadah ini?
    ada masyuuuk ke ? kah kah kah


    INGAT TAK MAMAT INI?


    nota:
    ditangkap
    dibawa ke simpang renggam
    tanpa bicara
    tapi pemandu lori
    tak ada berita apa?

    apa sudah jadi
    ada orang stoooone ke? kah kah kah
    http://tukartiub.blogspot.com/2010/10/siapa-tokan-dadah.html

    ReplyDelete
  3. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata : ''Saya harap siasatan dilakukan secara adil, profesional, pantas dan cekap kerana tiada sesiapa boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang termasuk juga polis dan diri saya sendiri,"

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

    ReplyDelete
  4. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir dalam penghakimannya ketika membebaskan Yong Toe, mempersoalkan salah laku 10 anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor yang mencuri sebahagian dadah berkenaan yang dirampas dalam serbuan di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, Mei tahun lalu.

    Sehingga kini semua anggota polis terbabit dibenarkan bertugas seperti biasa dan mereka hanya dikenakan tindakan penahanan pergerakan gaji antara enam hingga 12 bulan, selain ditukar tempat kerja, sejak bulan lalu.

    Peruntukan di bawah Kanun Keseksaan menggenakan hukuman lebih berat termasuk penjara bagi kes-kes jenayah termasuk mencuri, merompak dan merogol.
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

    ReplyDelete
  5. Sehingga kini semua anggota polis terbabit dibenarkan bertugas seperti biasa dan mereka hanya dikenakan tindakan penahanan pergerakan gaji antara enam hingga 12 bulan, selain ditukar tempat kerja, sejak bulan lalu.

    Siapakah yang membuat keputusan keatas polis2 ini ? . Ini kes curi dadah . Curi satu kes , Dadah pula satu kes yang lebih besar dari mencuri .

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hukuman berat itu perlu kerana perlakuan anggota terbabit menjejaskan integriti dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

    ReplyDelete
  6. Menteri dalam negeri sendiri pun tak setuju dg cara menghukum polis itu

    ReplyDelete
  7. Tindakan 10 anggota polis adalah perlakuan jenayah
    KUALA LUMPUR 1 Okt. - Tindakan 10 anggota polis mencuri kira-kira 40 kilogram syabu di Pahang tahun lalu adalah perlakuan jenayah yang harus dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan.
    Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?