Nuffnang Ad

Friday 1 October 2010

Pantau komen berbaur hasutan

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau komen orang ramai yang berbaur hasutan di laman sosial Facebook milik PDRM yang diperkenalkan minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, walaupun PDRM menunjukkan keterbukaan dengan memperkenalkan laman sosial itu, namun pihaknya masih memantau komen dibuat.
"Kita tidak kisah jika orang ramai membuat teguran terhadap PDRM kerana kita juga hendak memperbaiki kekurangan yang ada.
"Tetapi kita akan pantau sekiranya terdapat komen berbaur hasutan atau berniat jahat," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. utusan

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?