Nuffnang Ad

Friday 1 October 2010

Wang ihsan RM100 kerajaan negeri Pulau Pinang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, malah wang tersebut yang diragui datangnya daripada sumber perjudian adalah menghina golongan miskin, khususnya kepada orang Islam.
“Justeru, saya rasa walaupun jumlahnya hanya RM100 setiap seorang, mesej yang ingin disampaikan amat jelas iaitu orang miskin tidak wajar diperlakukan dengan sedemikian rupa,” katanya. Khir Baharum

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Mohd. Nooh Gadot :
Menurut beliau, ini dapat dibuktikan menerusi surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala serta mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah perbuatan kotor, keji dan jijik serta perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Sehubungan itu, Nooh berkata, bagi umat Islam berhubung makan dan minum amat penting kerana ia ada hubung kait dengan dosa dan pahala.
“Makanan yang datangnya daripada sumber yang haram termasuk judi memberi kesan secara menyeluruh bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi yang lebih penting keturunannya.

1 comment:

  1. Kita sangat menaruh harapan agar perkara yang lain juga dapat dilaksanakan secara menyeluruh didalam negara kita . Bukanlah berdasarkan kepentingan politik sahaja . Banyak lagi perkara haram sedang berlaku didepan mata kita setiap hari dan waktu . Saya kira kes2 seperti pembuangan bayi dan jenayah2 berat kurang diberi perhatian oleh orang2 seperti mereka ini . Mereka2 ini berkecimpung didalam bidang buat komen sahaja . Marilah kita turun padang untuk membasmi segala bentuk kedurhakaan terhadap Tuhan Semesta alam .

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?