Nuffnang Ad

Tuesday 28 September 2010

Ulamak : Tugas Dan Tanggungjawap

Umpama 'Polis' tugasnya menjaga keamanan dan mencegah jenayah. Tentu sahaja polis akan disanjung dan dihormati kerana menjaga keselamatan rakyat. 
Tetapi jika sekiranya polis berperangai seperti penjenayah dan bersubahat dengan penjenayah, maka kucar kacirlah kehidupan masyarakat. 
Tiada lagi tempat bergantung dan berlindung bagi masyarakat. Maka jadilah polis dikeji dan dihina jika tidak jujur dalam melakukan tugasnya.

"KUALA LUMPUR: Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memalsukan dokumen dan menipu pegawai dan kakitangan pejabat tanah membabitkan tanah bernilai RM15 juta tiga tahun lalu."  harian metro klik . Satu lagi kenyataan dihari ini , banyak kes perundangan yang terlibat dengan peguam yang tidak menjalankan tugasnya dengan amanah .Kalau peguam yang dilantik untuk membantu bertukar manjadi penipu dan penjenayah , habis dimanakah lagi kita akan berlindung ? . Peguam yang jujur adalah seperti ulamak yang jujur dan peguam yang jahat adalah seperti orang yang mengaku ulamak , tetapi berkelakuan sebaliknya .

Jika diambil mithalnya pada hari ini, tentulah jelas kepada kita ulama yang macamana telah menjadi pembela kepada pengkhianat. Pengkhianat yang telah mengkhianati amanah Allah dan Rasul. Lain yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul, lain pula yang mereka redha berlaku di sekeliling masyarakat. Kerana mereka, masyarakat yang jahil sentiasa berada di dalam kesesatan. Kerana ilmu mereka tidak dicurahkan dengan sebenar benarnya. Kata kata mereka tidak seiring dengan ilmu mereka.

Firman Allah dalam surah An Nisa Ayat 105," Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)al kitab(al quran) dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu( melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi pengkhianat" 

Kekadang mereka menyeru kepada kebaikan tetapi mereka tidak mencegah kepada kemungkaran. Padahal tidak dapat tidak, mereka kena dua dua, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Tidak boleh hanya salah satu. Tidak boleh hanya menyeru kepada kebaikan sementara kejahatan dibiarkan berleluasa. Lagilah teruk jika membiarkan kejahatan tetapi langsung tidak menyeru kepada kebaikan.
selanjutnya : 
http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/09/siapa-orang-yang-paling-jahat-di-dunia.html

1 comment:

Apa Pendapat Anda ?