Nuffnang Ad

Friday 1 October 2010

Bekas tapak masjid dikongsi


Anggota separa tentera India berkawal di dalam kawasan bersejarah Taj Mahal di Agra, ibu negeri utara India bagi mengawal keselamatan menjelang keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad memutuskan mengenai nasib bekas tapak Masjid Babri, semalam. - REUTERS


LUCKNOW, India 30 Sept. - Sebuah mahkamah India hari ini memutuskan sebuah tapak suci yang mencetus rusuhan berdarah di seluruh India suatu ketika dahulu perlu dibahagi-bahagikan antara komuniti Islam dan Hindu.
Menurut seorang peguam yang terlibat dalam tuntutan tersebut, masyarakat Islam menyatakan bahawa mereka akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu di Mahkamah Agung.
Penduduk Islam menganggap satu kawasan di Ayodhya sebagai tapak bagi Masjid Babri yang dibina pada abad ke-16 yang kemudian dirobohkan puak radikal Hindu, manakala penganut Hindu pula menegaskan ia merupakan tempat lahir bagi dewa mereka, Rama. utusan

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?