Nuffnang Ad

Friday 1 October 2010

Kunta Kinte original: Penjenayah lepas sebab isu teknikal

Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata nampak-nampaknya kehakiman kita banyak tolak kes sensasi dan profil tinggi semata-mata atas alasan teknikal.

Jadi tak hairanlah kalau dalam beberapa kes sensasi dan profil tinggi yang sedang dibicarakan sekarang, pihak pembela guna macam-macam isu teknikal untuk sekat atau lengah-lengahkan perbicaraan.

Sebagai rakyat biasa, pembayar cukai dan pengundi, kita tentulah sangat terkilan dan amat takut bila pembunuh, perogol, perompak, pemukul pembantu rumah dan pemakan rasuah bebas kerana isu teknikal.

Lagipun, bila kita sebut pasal rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, kita bukan tuju kepada kerajaan saja. PDRM, SPRM dan Pejabat Peguam Negara pun kena buat juga.

Sangatlah menakutkan bila penjenayah dibebas dan dilepas ke dalam masyarakat kerana polis dan SPRM tak siasat rapi dan Pejabat Peguam Negara pula gagal kemukakan pertuduhan yang ketat dan padat.

Sekarang rakyat jelata dalam ketakutan. Tengok sajalah pagar, palang besi, tong minyak dan pengawal keselamatan Nepal di merata taman perumahan. Dah macam zaman darurat dulu.

Rakyat jelata yang dalam ketakutan atau yang sudah jadi mangsa jenayah, bertanya di mana kesejahteraan, keamanan dan keselamatan yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya . bharian

3 comments:

  1. Tak kisahlah kalau Lee ditangkap balik sebaik saja dia keluar mahkamah. Sekarang pendakwa raya dah tak boleh dakwa dia dengan tuduhan sama sebab dah masuk bab double jeopardy.

    Yang jadi kerisauan kepada Kunta Kinte dan kepada the people yang faham hal ini adalah pihak pendakwa raya yang duduk di bawah jagaan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, telah gagal buktikan kes.
    Sebab itulah Kunta Kinte tak seronok sangat bila seorang yang disyaki dalam kes bunuh, samun, rogol atau rasuah dihadapkan ke mahkamah pasal belum tentu sabit kesalahan.

    ReplyDelete
  2. Kes rasuah lagi teruk. Boleh kata semua kes sensasi, profil tinggi dan libatkan orang terkenal dan ternama gagal dibuktikan oleh Pejabat Peguam Negara dengan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    Kes macam mendiang Tan Sri Eric Chia pada tahun 2007; bekas Ketua Pengarah FELCRA, Datuk Mustapa Juman, pada 2009; bekas Menteri Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam, dan EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Saidin Thamby.

    Pada 17 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Temerloh, Pahang, buang kes rasuah bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamad Norza Zakaria, atas alasan lapan saksi tidak bagi kerjasama.

    Jadi Kunta Kinte harap kita janganlah seronok sangat atau rasa selamat bila orang yang disyaki membunuh dihadapkan ke mahkamah, apatah lagilah kes sensasi yang dapat banyak liputan media massa.

    ReplyDelete
  3. Bukan apa, tapi sudah banyak kali kita kena main. Dok tak dok, tertuduh dilepas dan dibebaskan oleh hakim pasal tak cukup bukti atau atas sebab-sebab teknikal.

    Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata nampak-nampaknya kehakiman kita banyak tolak kes sensasi dan profil tinggi semata-mata atas alasan teknikal.

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?