Nuffnang Ad

Saturday 13 November 2010

Gejala Kerja - Kerja Tidak Ikhlas

1. Pemuda Jepun bunuh diri secara langsung di Internet

 

2. Lelaki Britain tunjuk isyarat lucah dijel 2 bulan

3. Ketua polis makan rasuah mingguan

  • Iraqiya tolak PM Nuri

    4. BAGHDAD: Pelaksanaan perkongsian kuasa di Iraq kini menjadi tanda tanya apabila Nuri al-Maliki dinamakan sebagai perdana menteri, semalam, selepas isu itu mencetuskan pertikaian di Parlimen. [+]

 

Pendidikan ( Tarbiah Islamiah ) menjadi teras kepada pembentukan sesebuah masyarakat dan negara

Minda: Masalah sosial resahkan ibu bapa

SETIAP ibu bapa dan guru menghadapi cabaran dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa menghadapi cabaran semasa anak-anak berada di rumah pada Sabtu dan Ahad serta pada masa cuti sekolah. Manakala guru menghadapi masalah dalam pendidikan ketika murid atau pelajar berada di sekolah.
Cabaran gejala sosial di luar sangat membimbangkan malah menakutkan semua ibu bapa dan guru.

Begitu juga pemimpin masyarakat yang berperanan membanteras gejala sosial. Pelbagai berita yang memaparkan gejala sosial di kalangan remaja meresahkan ibu bapa ahli masyarakat.

Jika membaca apa yang disajikan Harian Metro, keadaannya sungguh menakutkan. Antaranya pada 10 November lalu memaparkan, “Remaja 16 tahun mengaku bersetubuh”, “Lari berbogel; lelaki masuk semak ketika diserbu bersama pasangan dalam kereta”, “Pelajar tingkatan 4 lahirkan anak” dan “Remaja lari rumah dicekup berkesedudukan, tak endah teguran ibu bapa”. hmetro

Rusa Benci Orang Mabuk

Rusa mengamuk di dalam bar . kosmo

Mata Wang Negara : Kapitalis Saling Tuduh Menuduh

SEOUL - Pemimpin-pemimpin negara yang menyertai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G-20) di sini semalam enggan untuk mendesak negara-negara anggota supaya menilai semula mata wang masing-masing.
Pada akhir sidang itu yang disertai Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, G-20 mengeluarkan kenyataan bahawa ia hanya bersetuju mengelak perang untuk menjadikan nilai mata wang menjadi lebih murah daripada berlaku.
Sebelum ini, AS mendakwa China sengaja untuk terus mengekalkan nilai mata wangnya berada dalam keadaan lemah supaya eksportnya dapat ditingkatkan.
Kenyataan bersama yang dibuat oleh para pemimpin anggota G-20 itu merujuk kepada dasar mata wang yang dilakukan oleh pemerintah China.
Pelobi-pelobi perniagaan AS menyatakan nilai mata wang yuan yang murah menyebabkan pengangguran di AS kerana pengeluaran kilang berpindah ke China.
China dikatakan mengambil kesempatan kos buruh yang murah di negaranya dan nilai mata wangnya yang di bawah nilai.
Jika mata wang China ditingkatkan, ia akan mengurangkan defisit perdagangan AS dengan China.
Nilai mata wang China yang murah akan menggalakkan syarikat-syarikat China menjual lebih banyak barang pengguna yang dijual pada harga jauh lebih murah.
Keadaan itu menyebabkan barang buatan AS akan menjadi lebih mahal.
Obama berkata, dasar mata wang China itu merupakan sesuatu yang menjengkelkan bukan sahaja kepada AS tetapi kepada rakan-rakan dagangan lain.
Antara anggota Kumpulan G-20 ialah AS, Brazil, China, Indonesia, India, Jerman dan Kesatuan Eropah. - Agensi

Penyembelih Beirut Didalam Keadaan Koma

Hampir lima tahun koma


SEBUAH ambulans (dalam bulatan) yang membawa Ariel Sharon berhenti dekat rumahnya dekat bandar Negev selatan Israel semalam.


BAITULMUQADDIS - Bekas Perdana Menteri Israel yang terkenal kerana membunuh ramai penduduk Palestin, Areil Sharon yang kini koma sejak tahun 2006 akibat diserang strok semasa masih memegang jawatan itu telah dipindahkan dari sebuah hospital ke rumahnya di selatan Israel semalam.
Anggota-anggota perubatan membawa Sharon yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki sebuah ambulans berwarna kuning yang diiringi para pengawal keselamatan.
Sharon yang berusia 82 tahun menunjukkan 'maklum balas minimum' dan tidak ada petanda beliau akan pulih daripada koma.
Menurut seorang pegawai Hospital Tel Hashomer, Dr. Shlomo Noi, tindakan membawa beliau pulang ke rumah adalah bagi membolehkan beliau dirawat dalam persekitaran keluarga berbanding di hospital.
Tokoh politik kontroversi itu menjadi Perdana Menteri dari tahun 2001 sehingga 2006 apabila beliau diserang strok sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan koma.
Ekoran Sharon diserang strok, jawatan Perdana Menteri kemudiannya dipangku oleh Ehud Olmert.
Beliau dirawat dengan rapi di Hospital Tel Hashomer. Pengarah hospital itu, Dr. Zeev Rothstein menyifatkan Sharon berada dalam keadaan sedar yang tidak sepenuhnya.
"Beliau memerlukan bantuan dalam semua aktiviti harian," kata Zeev kepada saluran televisyen Israel, Channel 10 .
Sharon yang mempunyai dua orang anak lelaki itu dijangka akan dihantar ke hospital yang sama untuk pemeriksaan biasa.
Pada 1982, semasa Sharon menjadi Menteri Pertahanan Israel, tentera negaranya mengepung kem Sabra dan Shatila di Lebanon yang menempatkan pelarian Palestin.
Anggota-anggota tentera Israel yang mengepung kem tersebut membantu serangan militia Kristian Maronite Lebanon yang menyebabkan di antara 800 dan 3,500 penduduk awam Palestin di kedua-dua kem berkenaan terbunuh.
Pembunuhan itu menyebabkan Sharon dilabel sebagai Penyembelih Beirut.
Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau dikatakan merancang plot untuk membunuh pemimpin pertubuhan Pembebasan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat.
Pada April 2002, semasa Sharon memegang jawatan Perdana Menteri, anggota-anggota tentera Israel diarah mengepung pejabat Yasser di Ramallah, Tebing Barat.
- Agensi

Syabas Tuanku

Sultan batal hadir majlis mewah


BEBERAPA buah khemah sudah didirikan untuk majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin di Kampung Pandan, Kuala Lumpur malam tadi. kosmo

Sultan murka Yayasan Selangor membazir
Oleh Badrul Kamal Zakaria

2010/11/13

Sultan Sharafuddin terkejut, dukacita kos anjur majlis ulang tahun ke-40 lebih RM300,000


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.


Ketika menyampaikan keputusan baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, pada sidang media khas di Dewan Annex, di sini berkata, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah.  utusan

Sembang Laman Sosial : Cakap Jangan Sebarang Cakap , Silap Cakap Membawa Padah

Ahli MBPJ disaman RM10 juta


ZALINA mengemukakan saman RM10 juta selepas mendakwa difitnah pemimpin PKR.


SHAH ALAM - Seorang wanita memfailkan saman RM10 juta terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.
Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya Faizul Mohd. Nasir pada pukul 10 pagi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Selain Mahharul, dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani, turut dinamakan sebagai defendan.
Mahharul merupakan Setiausaha Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan manakala Zalina merupakan pembantu kepada Ahli Majlis MBPJ, R. Selvarajan. Selvarajan merupakan Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.
Zalina mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman Facebook miliknya (Mahharul) pada 28 September lalu dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan diterbitkan pada 21 September lalu.
Dia turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan.
"Antara lain saya difitnah sebagai seorang perempuan tidak bermaruah, melakukan hubungan sulit dengan suami orang tanpa sebarang ikatan perkahwinan selain menuduh saya tidak layak memegang sebarang jawatan dalam politik," kata Zalina. kosmo

Bolehkah Ayam Disembelih 1000 Ekor Sehari Dengan Seorang Tukang Sembelih ? .

Kalau Tak Percaya Lihat Disini

Premis Makanan Tidak Bersih ...... Aduan Dengan SMS ........ Idea Terbaik

Tindakan dalam 24 jam

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjanjikan tindakan dalam masa 24 jam menerusi sistem aduan premis makanan kotor menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diperkenalkannya.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, DBKL akan mengunjungi premis yang diadukan itu dan jika aduan terbukti benar, tindakan sewajarnya akan diambil.
Menurutnya, ia termasuk tindakan menyita premis terutama jika premis terbabit mempunyai rekod lampau bagi kesalahan yang sama.
Beliau berkata, sistem aduan itu bukan sahaja akan memudahkan warga kota menyalurkan aduan tetapi juga bertujuan membolehkan warga kota membantu DBKL meningkatkan imej Kuala Lumpur.
"Sistem ini sejajar dengan visi DBKL untuk menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) terunggul bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia menjelang 2020," katanya selepas melancarkan sistem aduan tersebut di sini semalam.
Turut hadir, timbalan beliau, Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.
Raja Nong Chik berkata, isu kebersihan tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah salah satu aspek penting dalam menjadikan ibu negara kebanggaan semua.
"Untuk menjadi bandar raya yang maju, bukan soal ekonomi dan fizikal sahaja yang penting tetapi juga faktor kebersihan," tegasnya.
Justeru, beliau memuji inisiatif yang diperkenalkan DBKL itu dan berharap ia akan diperluaskan lagi.
Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan boleh menghantar SMS dengan menaip DBKL jarak ADUPREMIS jarak ADUAN dan hantar ke 15888.
Aduan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-3355. utusan

Mengata Dulang Paku Serpih

Rais Yatim :
“Walaupun kita tidak senang dengan pelapor atau penulis media itu, kita tidak patut melemparkan kata-kata kesat atau halau menghalau,” katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan tindakan kerajaan PAS Kedah melarang media tertentu daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri itu minggu depan.
Katanya kementerian memandang berat tentang hal berkenaan dan akan mendapatkan laporan mengenainya. – BERNAMA

Festival Fesyen Islam ???????

Bill Clinton Puji Malaysia Hanya Untuk Cari Pengaruh

Clinton puji Malaysia hanya untuk cari pengaruh politik sebagai tangga untuk meraih sokongan politiknya . Berucap ketika dia datang keMalaysia . Ini terbukti sikap dan tindakan beliau tidak sedemikian ketika menjadi Presiden dahulu . Inilah sikap dan tabiat pemimpin masyarakat ketikamana berkuasa . Untuk melihat apa yang diperkatakan ketika hadzir keMalaysia baru - baru ini .

Peranan NGO lebih besar - Bill Clinton


Bill Clinton berucap di Universiti Antarabangsa INTI di Nilai, semalam.


NILAI 12 Nov. - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton berkata, peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih besar berbanding kerajaan dalam membantu mensejahterakan kehidupan masyarakat dunia.
Menurut beliau, pada umumnya, ahli politik dan pemimpin dunia akan mempunyai dua soalan yang akan ditanya sesama mereka iaitu apa perlu kita buat dan bagaimana kita ingin membelanjakan duit yang ada.
"Maka di sinilah NGO hadir untuk memainkan peranan mereka.
"Golongan inilah yang akan berfikir sekali gus mencipta atau mewujudkan resolusi bagaimana wang itu perlu dibelanjakan dalam usaha mensejahterakan masyarakat tanpa mengira bangsa, pangkat, keturunan dan agama," katanya. utusan

Friday 12 November 2010

Entah Nik Aziz pula diusik syaitan sesat mana ikut sama mengherdik, individu berkenaan. Gara-gara itu berlakulah pertengkaran mulut yang sengit. Sampai terkeluar perkataan yang zalim dari mulut mereka bergelar ulama itu, apabila keduanya mengatakan "mu mampus dulu". Memalukan kejadian itu pula berlaku di rumah orang yng mereka kunjungi. Kalau kejadian itu berlaku di dalam Gua Musang mungkin boleh dimaafkan. Musang juga terkejut kalau mendengar keduanya bertengkar. sumber

Masjid pertama Kanada di Artik dibuka

2010/11/12

MASJID pertama di Artik ini dilengkapi  dapur dan perpustakaan untuk kemudahan jemaah.
MASJID pertama di Artik ini dilengkapi dapur dan perpustakaan untuk kemudahan jemaah.
OTTAWA: Masjid pertama Kanada di Artik dibuka semalam di Inuvik untuk memulakan khidmat sebagai rumah ibadat di kawasan komuniti Islam di sana.

‘Masjid pasang siap’ itu tiba di bandar utara kecil bulan lalu melalui perjalanan 4,000 kilometer (km) melalui darat dan air. bharian

Kisah Sultan Kelantan Dengan Anaknya

Sultan tak serah kuasa penuh: Peguam


2010/11/12

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan semalam diberitahu, walaupun Majlis Perajaan Negeri Kelantan melantik Sultan Muhammad V sebagai Pemangku Raja Kelantan, ayahandanya Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra masih kekal sebagai Sultan Kelantan.

Peguam Azhar Azizan Harun berhujah, pelantikan Sultan Muhammad V pada 24 Mei tahun lalu mengikut Perkara 22A(3) Bahagian 2, Perlembagaan Negeri Kelantan disebabkan ayahandanya gering dan hilang upaya, tetapi baginda tidak mengambil alih peranan Sultan secara eksklusif. bharian

Thursday 11 November 2010

Inilah Politik Namanya

woit… AZMIN NI PANDAI MAIN SILAP MATA …. kah kah kah..

kah kah kah… DI SANDAKAN AHLI ADA 200 TAPI AZMIN DAPAT 400 UNDI… kah kah kah…

kah kah kah… INI LEBIH HEBAT DARI DAVID COPPERFEILD…. kah kah kah..

kah kah kah…. AZMIN KATA NAK IKUT KATA AHLI PARTI?.... kah kah kah..

kah kah kah… BETUL KE KATA AZMIN INI ?.... kah kah kah…

kah kah kah… KALAU BETUL KENAPA ADA 24 CABANG MINTA TANGGUH…. kah kah kah..

woit… INI BUKAN FITNAH DARI ORANG LUAR BUKAN PARTI…. kah kah ka..

kah kah kah… INI BUKAN TOHMAH ORANG LUAR…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK CAYA?... BACA BAWAH INI…. kah kah kah . Tukar Tiub

Malaysia Mengamalkan Budaya Berkasta

Mahkamah Khas perlu tertutup
Laporan Anwar Hussin dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/11/11

Keputusan mahkamah berkenaan tidak boleh dicabar seperti mahkamah lain

KUALA LUMPUR: Semua prosiding Mahkamah Khas membabitkan Yang di-Pertuan Agong atau Sultan sesebuah negeri perlu dijalankan secara tertutup seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 14(A), Peraturan Mahkamah Khas 1994.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, keputusan akhir bagi sesuatu kes di Mahkamah Khas boleh dilakukan secara terbuka.
Terdahulu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mempersoalkan prosiding Mahkamah Khas yang dilakukan secara tertutup tidak seperti mahkamah lain berkuat kuasa pada 18 Januari lalu.

“Mengapa perlu ada mahkamah rahsia yang tidak dibuka kepada orang ramai, malah keluarga yang terbabit dengan sesuatu kes juga tidak dibenarkan masuk.

“Ini berbeza dengan mahkamah biasa yang terbuka dan hanya tertutup untuk kes tertentu saja,” katanya ketika membahas Bajet 2011 peringkat Jawatankuasa.

Nazri berkata, terdapat permintaan daripada pihak Raja-Raja yang mahu kes yang didengar di Mahkamah Khas dilakukan secara tertutup bagi mengelak masyarakat memandang rendah institusi diraja.
“Permintaan dilakukan sebelum undang-undang itu digubal. Kita bersetuju tetapi keputusan mesti dibuat secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata, prosiding di Mahkamah Khas hanya boleh dihadiri anggota Mahkamah Khas, peguam, saksi, pihak terbabit dan orang yang diberi kebenaran untuk hadir.

Katanya, Perkara 182(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Mahkamah Khas mempunyai bidang kuasa eksklusif bagi membicarakan semua kesalahan yang dilakukan dalam Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesebuah negeri tanpa mengambil kira di mana kausa tindakan itu berlaku.

Nazri berkata, keputusan Mahkamah khas tidak boleh dicabar seperti mahkamah lain, termaktub dalam undang-undang yang keputusan Mahkamah Khas muktamad dan konklusif selain tidak boleh dipersoal di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan. bharian

Syarikat jualan langsung selebriti tiada lesen

Sumber kementerian itu memberitahu, pihaknya telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.
"Kementerian sedang menyiasat syarikat itu yang didapati menjalankan perniagaan berkonsepkan jualan langsung tetapi tidak memiliki lesen diwajibkan.
"Kami sedang mengumpul kesemua aduan disalurkan oleh orang ramai dan siasatan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. utusan

Bantu Membantulah Kalau Rakyat DiutamaKan Bukan Kutuk Mengutuk Dan Hina Menghina

Rakyat P. Pinang kecewa kerajaan gagal bangunkan ekonomi

BUKIT MERTAJAM 10 Nov. - Rakyat negeri ini kecewa dengan kegagalan kerajaan DAP untuk membangunkan ekonomi sehingga menjejaskan sektor pelancongan dan perindustrian yang selama ini menjadi nadi utama pembangunan negeri ini.
Kakitangan swasta, Wan Nuratiqah Wan Adnan, 25, berkata, adalah amat malang sekiranya reputasi Pulau Pinang sebagai pusat pelancongan terkenal tidak digilap dan dibangunkan kerana ia akhirnya akan merugikan rakyat. utusan

Wang Amerika Tiada Sandaran Emas ........... Dr. Mahathir

Dr. M ulas sistem kewangan baru




Dr. Mahathir Mohamad bersama Abdul Rahim Hamid (dua dari kiri) pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sistem kewangan baru perlu dirangka dan perlu bersandarkan kepada sesuatu yang mempunyai nilai sebenar umpamanya emas.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiadaan bahan sandaran sama ada dalam bentuk emas, logam berharga atau mata wang asing akan mengurangkan kredibiliti mata wang berkenaan.
"Dolar Amerika Syarikat (AS) misalnya tidak mempunyai sandaran langsung tetapi mata wang negara- negara lain termasuklah Ringgit Malaysia (RM) disandarkan dengan emas atau apa yang dipanggil sebagai mata wang nyata dalam bentuk rizab," katanya. utusan

Monday 8 November 2010

Iman Sahaja Yang Mampu Menangani Masalah

Sorok duit rasuah RM9j

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan imigresen berusia 40-an yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lalu didapati mampu mengutip RM9 juta hasil sogokan bagi kegia tan sindiket penyeludupan warga asing sejak berkhidmat 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, wang haram itu disimpan suspek di dalam akaun bank milik isterinya di negara jiran.

Sumber berkata, suspek yang memegang jawatan sebagai timbalan penolong pengarah, dipercayai menggunakan taktik memindahkan wang sogokan itu ke luar negara selepas percaya ia selamat dan sukar dihidu jika dia ditahan.
“Bagaimanapun polis kini sedang bekerjasama dengan polis di negara jiran berkenaan bagi membekukan aset dan wang milik suspek mengikut Akta Penggubahan Wang Haram 2001.

Menurut sumber, suspek dipercayai tidak menjalankan kegiatan itu berseorangan, malah dibantu beberapa pegawai imigresen yang bertugas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) supaya proses kemasukan warga asing itu berjalan lancar. hmetro

Manusia Mengingati Allah Dalam Kesukaran

Berzikir berpegangan tangan dalam bulatan

KEMAMAN: Hanya zikir dan doa mengingat Allah SWT meniti di bibir 15 daripada 16 mangsa yang menganggap mereka ibarat mati hidup semula apabila terselamat selepas terapung kira-kira 16 jam sebaik bot dinaiki karam dipercayai bocor di bahagian enjin, kira-kira 6.30 petang kelmarin. hmetro

Bencana Alam Bukan Kesempatan Untuk Dipolitikkan

Janganlah kerana perbezaan politik, ada pihak yang enggan memberi kerjasama semata-mata kerana takut pihak lain mendapat nama. Mereka perlu ingat bahawa ketika bencana seperti inilah kemampuan, kesungguhan dan keikhlasan sebenar setiap pihak diuji dan diperhatikan rakyat.
Di sinilah perlunya kerajaan negeri dan Pusat bekerjasama supaya pemberian bantuan kepada mangsa lebih teratur. Walaupun bantuan datang dari Pusat, pengagihannya memerlukan sokongan logistik daripada kerajaan negeri.Bharian

Institusi Ketokkongan satu kebodohan manusia .

Untuk apa kamu semua berjuang ? kalau hanya menegakkan kebangsaan manusia ? . Wahai kaum ku jangan kamu semua menjadi bodoh dengan bejuang dan berusaha menegakkan satu ideologi manusia  , sebaliknya berjuanglah kamu semua untuk menegakkan dan meninggikan kalimah Allah didalam dirimu . Allah itulah Tuhan kita sebenarnya . Lihatlah betapa bodohnya manusia - manusia yang mengorbankan jiwa dan masanya untuk satu seruan dari manusia yang rendah martabatnya . untuk keterangan sila klik kanan : disini  . Sila baca aritkal tersebut dan berikan komen .

Sunday 7 November 2010

Malaysian Qardawi

Ulama bukan saja menyatakan haram tetapi menghuraikan apakah sebab-sebab kenapa ia haram. Selepas sesuatu (kalau makanan itu haram) maka ulama juga kena menunjukkan apakah makanan halal dan kena menyediakannya. Tanpa menunjukkan makanan halal menyebabkan orang akan mati kebuluran dan mati, kematian itu sangat zalim dan dosanya akan menimbus ke atas pundak ulama.
selanjutnya disini