Nuffnang Ad

Saturday 13 November 2010

Mata Wang Negara : Kapitalis Saling Tuduh Menuduh

SEOUL - Pemimpin-pemimpin negara yang menyertai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G-20) di sini semalam enggan untuk mendesak negara-negara anggota supaya menilai semula mata wang masing-masing.
Pada akhir sidang itu yang disertai Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, G-20 mengeluarkan kenyataan bahawa ia hanya bersetuju mengelak perang untuk menjadikan nilai mata wang menjadi lebih murah daripada berlaku.
Sebelum ini, AS mendakwa China sengaja untuk terus mengekalkan nilai mata wangnya berada dalam keadaan lemah supaya eksportnya dapat ditingkatkan.
Kenyataan bersama yang dibuat oleh para pemimpin anggota G-20 itu merujuk kepada dasar mata wang yang dilakukan oleh pemerintah China.
Pelobi-pelobi perniagaan AS menyatakan nilai mata wang yuan yang murah menyebabkan pengangguran di AS kerana pengeluaran kilang berpindah ke China.
China dikatakan mengambil kesempatan kos buruh yang murah di negaranya dan nilai mata wangnya yang di bawah nilai.
Jika mata wang China ditingkatkan, ia akan mengurangkan defisit perdagangan AS dengan China.
Nilai mata wang China yang murah akan menggalakkan syarikat-syarikat China menjual lebih banyak barang pengguna yang dijual pada harga jauh lebih murah.
Keadaan itu menyebabkan barang buatan AS akan menjadi lebih mahal.
Obama berkata, dasar mata wang China itu merupakan sesuatu yang menjengkelkan bukan sahaja kepada AS tetapi kepada rakan-rakan dagangan lain.
Antara anggota Kumpulan G-20 ialah AS, Brazil, China, Indonesia, India, Jerman dan Kesatuan Eropah. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?