Nuffnang Ad

Saturday 13 November 2010

Sembang Laman Sosial : Cakap Jangan Sebarang Cakap , Silap Cakap Membawa Padah

Ahli MBPJ disaman RM10 juta


ZALINA mengemukakan saman RM10 juta selepas mendakwa difitnah pemimpin PKR.


SHAH ALAM - Seorang wanita memfailkan saman RM10 juta terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.
Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya Faizul Mohd. Nasir pada pukul 10 pagi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Selain Mahharul, dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani, turut dinamakan sebagai defendan.
Mahharul merupakan Setiausaha Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan manakala Zalina merupakan pembantu kepada Ahli Majlis MBPJ, R. Selvarajan. Selvarajan merupakan Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.
Zalina mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman Facebook miliknya (Mahharul) pada 28 September lalu dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan diterbitkan pada 21 September lalu.
Dia turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan.
"Antara lain saya difitnah sebagai seorang perempuan tidak bermaruah, melakukan hubungan sulit dengan suami orang tanpa sebarang ikatan perkahwinan selain menuduh saya tidak layak memegang sebarang jawatan dalam politik," kata Zalina. kosmo

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?