Nuffnang Ad

Saturday 13 November 2010

Pendidikan ( Tarbiah Islamiah ) menjadi teras kepada pembentukan sesebuah masyarakat dan negara

Minda: Masalah sosial resahkan ibu bapa

SETIAP ibu bapa dan guru menghadapi cabaran dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa menghadapi cabaran semasa anak-anak berada di rumah pada Sabtu dan Ahad serta pada masa cuti sekolah. Manakala guru menghadapi masalah dalam pendidikan ketika murid atau pelajar berada di sekolah.
Cabaran gejala sosial di luar sangat membimbangkan malah menakutkan semua ibu bapa dan guru.

Begitu juga pemimpin masyarakat yang berperanan membanteras gejala sosial. Pelbagai berita yang memaparkan gejala sosial di kalangan remaja meresahkan ibu bapa ahli masyarakat.

Jika membaca apa yang disajikan Harian Metro, keadaannya sungguh menakutkan. Antaranya pada 10 November lalu memaparkan, “Remaja 16 tahun mengaku bersetubuh”, “Lari berbogel; lelaki masuk semak ketika diserbu bersama pasangan dalam kereta”, “Pelajar tingkatan 4 lahirkan anak” dan “Remaja lari rumah dicekup berkesedudukan, tak endah teguran ibu bapa”. hmetro

1 comment:

  1. Buat masa ini program tarbiah islam adalah perlu kepada anggota masyarakat , termasuk ibu bapa , menteri raja - raja dan seluruh rakyat dan mana - mana pertubuhan Islam dan kementerian kerajaan

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?