Nuffnang Ad

Monday 8 November 2010

Iman Sahaja Yang Mampu Menangani Masalah

Sorok duit rasuah RM9j

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan imigresen berusia 40-an yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lalu didapati mampu mengutip RM9 juta hasil sogokan bagi kegia tan sindiket penyeludupan warga asing sejak berkhidmat 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, wang haram itu disimpan suspek di dalam akaun bank milik isterinya di negara jiran.

Sumber berkata, suspek yang memegang jawatan sebagai timbalan penolong pengarah, dipercayai menggunakan taktik memindahkan wang sogokan itu ke luar negara selepas percaya ia selamat dan sukar dihidu jika dia ditahan.
“Bagaimanapun polis kini sedang bekerjasama dengan polis di negara jiran berkenaan bagi membekukan aset dan wang milik suspek mengikut Akta Penggubahan Wang Haram 2001.

Menurut sumber, suspek dipercayai tidak menjalankan kegiatan itu berseorangan, malah dibantu beberapa pegawai imigresen yang bertugas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) supaya proses kemasukan warga asing itu berjalan lancar. hmetro

1 comment:

  1. Bulan lalu, polis menahan tujuh pegawai imigresen di LCCT dan KLIA selain dua warga asing masing-masing dari India dan Pakistan dipercayai dalang yang mengatur gerakan haram di dalam dan luar negeri melalui dua pos pemeriksaan.
    Berikutan penahanan itu, beberapa pegawai SPRM ditempatkan di beberapa pintu masuk dan keluar negara ini bagi menyekat kegiatan perdagangan manusia dan aktiviti penyeludupan lain.

    SPRM sendiri pun pun masih belum lagi dipastikan jujur . Jujur hanya dapat dilakukan oleh manusia yang merasai Allah melihat .........

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?