Nuffnang Ad

Saturday 13 November 2010

Premis Makanan Tidak Bersih ...... Aduan Dengan SMS ........ Idea Terbaik

Tindakan dalam 24 jam

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjanjikan tindakan dalam masa 24 jam menerusi sistem aduan premis makanan kotor menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diperkenalkannya.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, DBKL akan mengunjungi premis yang diadukan itu dan jika aduan terbukti benar, tindakan sewajarnya akan diambil.
Menurutnya, ia termasuk tindakan menyita premis terutama jika premis terbabit mempunyai rekod lampau bagi kesalahan yang sama.
Beliau berkata, sistem aduan itu bukan sahaja akan memudahkan warga kota menyalurkan aduan tetapi juga bertujuan membolehkan warga kota membantu DBKL meningkatkan imej Kuala Lumpur.
"Sistem ini sejajar dengan visi DBKL untuk menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) terunggul bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia menjelang 2020," katanya selepas melancarkan sistem aduan tersebut di sini semalam.
Turut hadir, timbalan beliau, Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.
Raja Nong Chik berkata, isu kebersihan tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah salah satu aspek penting dalam menjadikan ibu negara kebanggaan semua.
"Untuk menjadi bandar raya yang maju, bukan soal ekonomi dan fizikal sahaja yang penting tetapi juga faktor kebersihan," tegasnya.
Justeru, beliau memuji inisiatif yang diperkenalkan DBKL itu dan berharap ia akan diperluaskan lagi.
Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan boleh menghantar SMS dengan menaip DBKL jarak ADUPREMIS jarak ADUAN dan hantar ke 15888.
Aduan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-3355. utusan

1 comment:

  1. Satu pandangan dan contoh yang baik untuk negeri -negeri yang lain .

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?