Nuffnang Ad

Thursday 11 November 2010

Wang Amerika Tiada Sandaran Emas ........... Dr. Mahathir

Dr. M ulas sistem kewangan baru




Dr. Mahathir Mohamad bersama Abdul Rahim Hamid (dua dari kiri) pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 10 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sistem kewangan baru perlu dirangka dan perlu bersandarkan kepada sesuatu yang mempunyai nilai sebenar umpamanya emas.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiadaan bahan sandaran sama ada dalam bentuk emas, logam berharga atau mata wang asing akan mengurangkan kredibiliti mata wang berkenaan.
"Dolar Amerika Syarikat (AS) misalnya tidak mempunyai sandaran langsung tetapi mata wang negara- negara lain termasuklah Ringgit Malaysia (RM) disandarkan dengan emas atau apa yang dipanggil sebagai mata wang nyata dalam bentuk rizab," katanya. utusan

2 comments:

Apa Pendapat Anda ?