Nuffnang Ad

Saturday 13 November 2010

Syabas Tuanku

Sultan batal hadir majlis mewah


BEBERAPA buah khemah sudah didirikan untuk majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin di Kampung Pandan, Kuala Lumpur malam tadi. kosmo

Sultan murka Yayasan Selangor membazir
Oleh Badrul Kamal Zakaria

2010/11/13

Sultan Sharafuddin terkejut, dukacita kos anjur majlis ulang tahun ke-40 lebih RM300,000


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.


Ketika menyampaikan keputusan baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, pada sidang media khas di Dewan Annex, di sini berkata, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah.  utusan

3 comments:

  1. "Baginda juga sudah dimaklumkan bahawa Datuk Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Yayasan Selangor sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan kos yang terbabit. Baginda menasihatkan Yayasan Selangor untuk lebih prihatin menguruskan kewangan dan fokus ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas penubuhannya," katanya.

    ReplyDelete
  2. Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, ketika dihubungi menafikan perbelanjaan majlis makan tengah hari itu melebihi RM300,00, sebaliknya hanya kira-kira RM285,000 bagi penyediaan makanan untuk 200 jemputan khas di meja diraja dan kira-kira 2,000 tetamu biasa.

    ReplyDelete
  3. Jauh sangat ke RM300,000 itu dengan RM285,000 ? .

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?