Nuffnang Ad

Showing posts with label Makan Malam. Show all posts
Showing posts with label Makan Malam. Show all posts

Saturday, 13 November 2010

Syabas Tuanku

Sultan batal hadir majlis mewah


BEBERAPA buah khemah sudah didirikan untuk majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin di Kampung Pandan, Kuala Lumpur malam tadi. kosmo

Sultan murka Yayasan Selangor membazir
Oleh Badrul Kamal Zakaria

2010/11/13

Sultan Sharafuddin terkejut, dukacita kos anjur majlis ulang tahun ke-40 lebih RM300,000


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.


Ketika menyampaikan keputusan baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, pada sidang media khas di Dewan Annex, di sini berkata, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah.  utusan