Nuffnang Ad

Tuesday 28 September 2010

Melayu Yang Celaru

Kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Melayu”, pada hal dia adalah Melayu, adakah wujud implikasi hukum di situ?
Tetapi kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Muslim,” padahal dia adalah seorang Muslim, di sini wujud implikasi hukum. Sekurang-kurangnya dia berdosa besar kalau pun tidak menjadi murtad tanpa mengira apa bangsanya dan di mana dia berada.

Manusia dibekalkan keupayaan untuk memilih jalan hidup dalam beragama. Nabi diutuskan dan kitab diturunkan untuk membimbing manusia memilih agama bukan memilih bangsa. Kenapa?
Adakah manusia diberi nikmat di akhirat atau menghadapi kehidupan sengsara di sana kerana bangsa?

Melayu, Cina, India, Siam, atau apa sahaja, darahnya merah. Bumi mereka adalah sama. Langit mereka adalah satu. Udara mereka adalah sejenis. Bahkan Tuhan mereka juga adalah satu, Allah.
Justeru, apa bezanya antara mereka? Bezanya ialah sama ada mereka menyembah Allah atau tidak. Itulah penentuan muktamad sama ada mereka ke neraka atau ke syurga. 

Manusia sepatutnya bersyukur kerana dianugerahkan iman dan Islam, bukannya bersyukur kerana dijadikan Melayu...
sedutan dari blog :
http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/09/nik-aziz-kehilangan-melayu.html

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?