Nuffnang Ad

Friday 15 October 2010

Banjir , Angin , Taufan Semuanya Dari Allah .

Banjir Di Pakistan

 Banjir di Pakistan rugi RM30.4b

Surah Al Fusilat
[15] Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).
[16]
Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).
[17]
Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.
[18]
Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa.

8 comments:

  1. Kerugian sebesar itu memperlihatkan cabaran kewangan yang dihadapi oleh Pakistan, sekutu utama Amerika Syarikat (AS) dalam memerangi pemberontak Taliban dan sudah pun bergantung kepada pinjaman antarabangsa sebelum dilanda banjir.

    ReplyDelete
  2. Amerika juga memberi amaran kepada Pakistan mereka tidak mungkin menanggung seluruh kos pemulihan dan pembangunan semula yang dianggarkan boleh mencapai lebih AS$40 bilion (RM128 bilion).

    ReplyDelete
  3. kata seorang pegawai kerajaan :
    Angka AS$9.5 bilion itu hanya meliputi nilai semasa bagi jalan, bangunan, sistem saliran dan sektor lain yang ditaksirkan di seluruh negara, bukan kos untuk membinanya semula,

    ReplyDelete
  4. Banjir terburuk dalam sejarah Pakistan itu bermula pada akhir Julai lalu semasa hujan monsun yang sangat lebat, akhirnya melanda satu per lima kawasan negara ini dan menjejaskan kehidupan kira-kira 20 juta daripada 175 juta penduduknya.

    ReplyDelete
  5. Hampir 2,000 orang terbunuh manakala berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    ReplyDelete
  6. Al Fusilat :25
    Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).

    ReplyDelete
  7. The floodwaters submerged about 10 million acres, much of it in Punjab province, Pakistan's breadbasket, where people live off the soil and their livestock.
    Secretary-General Ban Ki-moon announced a few days ago that the United Nations is seeking another $1.594 billion for flood victims, bringing the total to more than $2 billion. The world body has received about 70 percent of the $460 million it initially requested.
    CNN news : http://edition.cnn.com/2010/WORLD/asiapcf/09/21/pakistan.flood/index.html

    ReplyDelete
  8. Taufan Megi mula landa Filipina

    Gabenor wilayah Cagayan, Alvaro Antonio berkata, taufan tersebut boleh mendatangkan kerosakan besar kepada tanaman padi.

    "Kami menganggarkan, antara 50 hingga 60 peratus daripada tanaman padi kami mungkin musnah atau rosak. Kami adalah pengeluar terbesar beras," katanya.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?