Nuffnang Ad

Tuesday 5 October 2010

Politik Jurus Bangau

 Katak Itu Makanan Aku

Intipati seloka ini amatlah mudah, yang mana setiap karakter didalam seloka itu menyalahkan individu lain diatas setiap permasalahan yang menimpanya. Inilah gejala yang sedang giat berlaku di kalangan pemimpin kita pada hari ini! Sifat mengelak dan menyalahkan orang lain ini merupakan trend baru dalam arena politik arus perdana negara ini, Maka, sukalah penulis menamakan kaedah politik ini sebagai ilmu politik “Jurus Bangau”.
Kaedah politik ini sering kali dilihat apabila timbul isu-isu hangat yang melibatkan kepentingan politik sesetengah pihak. Sebagai contoh, apabila timbul sesuatu isu, pengamal politik jurus bangau ini akan terus menyalahkan sama ada pemegang jawatan sebelum beliau ataupun menyalahkan pemegang jawatan yang lebih besar dari diri beliau.
Misalnya, apabila sumber alam, seperti pasir dicuri dan disalahgunakan di sebuah negeri tertentu, maka pengamal politik aliran ini akan terus menggunakan kaedah jurus bangau ini dengan efektif sekali, iaitu tentunya dengan menyalahkan pemegang jawatan sebelum ini dan selepas itu menyalahkan pula pihak berkuasa yang lebih tinggi, yakni kerajaan persekutuan kerana tidak mengambil tindakan. selanjutnya

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?