Nuffnang Ad

Thursday 21 October 2010

Ilumu Tanpa Iman Membawa Keburukan

'Jurutera komputer' hasilkan, edar DVD lucah ditahan

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Seorang lelaki sanggup melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan komputer di Jepun selama enam bulan tahun lalu bagi memperoleh kepakaran menghasilkan cakera padat digital filem lucah untuk diedarkan di pasar malam di utara tanah air.
Suspek yang berusia 33 tahun akhirnya berjaya mendapat sijil kejuruteraan komputer dari sebuah pusat pengajian di negara matahari terbit itu dan kembali ke tanah air untuk aktif melakukan jenayah tersebut bersama teman wanitanya yang berusia 32 tahun, sejak empat bulan lalu.
Kegiatan pengedaran cakera padat digital lucah 'jurutera komputer' itu terbongkar apabila jiran-jiran mereka membuat aduan selepas mengesyaki pasangan kekasih tersebut terlibat dengan penyalahgunaan dadah di rumah sewa mereka.Utusan

1 comment:

  1. Kalau ilmu setinggi langit sekalipun , hati kosong dari iman maka inilah padahnya . Ia akan membawa kerosakan bukan sekadar orang ramai malah diri tuan punya ilmu itu sendiri .

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?