Nuffnang Ad

Sunday 17 October 2010

Kita bukanlah ‘Saudagar Mimpi’


* SATU yang menarik perhatian saya dalam Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu ialah nasihat beliau supaya kita jangan jadi ‘saudagar mimpi’. Beliau tidak mahu rakyat berkhayal, sebaliknya keluar daripada belenggu pemikiran dan cara bekerja yang biasa. Kita kena kerja kuat. Perubahan bukan lagi satu pilihan tetapi satu yang perlu dilakukan, jika tidak kita akan jauh ketinggalan.

Biarlah pakar-pakar ekonomi dan kewangan mengulas secara terperinci bajet berbilion ringgit. Sebagai orang biasa saya cuma hendak lihat dilema saudagar mimpi ini dinyahkan dari pemikiran dan sikap orang kita. Selama ini ramai orang menjadi saudagar mimpi. Mereka mahu kerja mudah tetapi untung cepat dan besar. Mereka tidak mahu kerja keras. Lobi, mengampu dan membodek untuk dapat projek dan kontrak juta-juta. Bila sudah dapat projek, mereka serahkan pada orang lain untuk buat kerja. Mereka hanya ambil imbuhan setiap bulan untuk hidup senang. Tidak mahu bayar hutang bank juta-juta. Joli sakan 24 jam dengan duit terpijak. Sebab itu saudagar mimpi akhirnya menjadi ‘saudagar mampus’.Tok Perak

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?