Nuffnang Ad

Sunday 26 December 2010

Islam Bukan Sekadar Untuk Di Hormati

Rais tegur artis berpakaian seksi
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.
Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.
Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

Kenyataan ini menunjukkan tahap kefahaman Islam sesetengah masyarakat kita masih berada ditahap tadika lagi . Penyeruan hanya sekadar untuk menghormati Islam dan bukan mengamalkan ajaran Islam . Kenyataan ini dibuat mungkin penyeru itu sendiri adalah bukan pengamal Islam tulin tetapi sekadar " Orang Yang Menghormati Islam " utusan 

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?