Nuffnang Ad

Sunday 14 November 2010

Islam Cara UMNO

Jangan perlekeh usaha kerajaan

TOK BOK – Mana-mana pihak yang sering perlekehkan usaha Kerajaan Persekutuan dalam usaha membangunkan Islam sebenarnya mempunyai agendanya tersendiri dan sengaja tidak mahu menerima kenyataan.

Pengelola Penggerak Masyarakat Negeri Kelantan, Hassan Che Soh berkata, usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Islam amat jelas dan banyak perkara dapat dilihat di depan mata.

Katanya, kenaikan elaun guru-guru Kafa dari RM500 kepada RM800 dalam bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini amat jelas membuktikan Kerajaan Persekutuan memberi perhatian berat terhadap pembangunan Islam.

“Selain itu, elaun imam masjid juga dinaikkan dari RM450 kepada RM750, pelantikan guru J-Qaf, guru Kafa, Pendidikan Islam, pembinaan masjid dan banyak lagi kalau mahu disebutkan satu persatu.

“Pemberian insentif kepada penggerak masyarakat yang mengajar al-Quran pun sudah cukup jelas mencerminkan Kerajaan Pusat amat mengambil berat terhadap pembangunan Islam.

“Guru al-Quran di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan bagi tahun ini seramai 3,439 dan murid yang menyertai kelas pengajian al-Quran keseluruhan berjumlah 65,324 terdiri dari 28,770 lelaki dan 36,554 perempuan.” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Khatam al-Quran Peringkat Parlimen Machang di Sekolah Kebangsaan Tok Bok di sini, semalam.sinar

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?