Nuffnang Ad

Sunday 14 November 2010

Kekuatan akidah Islam dalam kalangan ahli diperlukan . Hadi Awang

Ustaz Hadi Awang : Kita mesti berdiri atas kekuatan sendiri, kelemahan dan masalah mereka (parti lawan) adalah kelebihan kepada kepada kita. Sebab itu kekuatan akidah Islam dalam kalangan ahli diperlukan untuk melalui perjuangan penuh liku bagi mendapatkan tampuk pimpinan negara ini, katanya berucap pada seminar PAS Sedia Ganti UMNO, di sini, semalam. 

Sambil mengakui teras politik di negara ini ialah Melayu dan Islam, beliau berkata, parti berkenaan perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai satu organisasi dengan strategi yang baik, sekali gus mendapat kepercayaan ahli UMNO untuk menyerahkan tampuk kepemimpinan negara ini kepada PAS.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam berkata parti itu tidak dapat memimpin negara ini jika hanya bergantung kepada undi ahli PAS semata-mata, sebaliknya turut memerlukan sokongan orang Melayu lain.

Kata beliau ketika berucap di Shah Alam  . Sumber
 

1 comment:

  1. Saranan ini mestilah diushakan terhadap ahli- ahli Pas agar akidah Islamiah mereka lebih mantap lagi bukan sekadar untuk memenangi pilihanraya sahaja malah adalah lebih jauh dari itu yakni dihindari azab Allah swt diakhirat nanti .

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?