Nuffnang Ad

Tuesday 14 December 2010

PAS Sudah Rasa Dirinya Lengkap Seperti Pimpinan Amirulmukminin

Tok Guru Haji Hadi pertahan kerjasama Pas, DAP berbeza

MERCHANG – Kerjasama antara Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan DAP adalah kerjasama tidak wala’, himayah, istianah dan tahaluf, berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN).
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala, dan ia menggadaikan maruah, harga diri serta prinsip Islam.
“Wala adalah istilah politik dalam kitab fiqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita (Islam) boleh menjual maruah dan harga diri kita. Macam dalam UMNO, hendak menang, sanggup beri kawasan Islam.
“Pas pula tetap dalam mempertahankan dasar-dasarnya dan teguh dalam pendiriannya walaupun bekerjasama dengan DAP,” katanya pada program gerak kerja pilihan raya Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di sini.
Dengan mengambil contoh kerjasama himayah pula seperti dilakukan Abu Talib (bukan Islam) menolong Rasulullah SAW atas dasar saudara, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan perbuatan seperti itu dibenarkan.
“Manakala istianah ialah khidmat bagi membantu Islam seperti dilakukan Abdullah Bin Uraiqit juga seorang bukan Islam dalam membantu nabi menunjukkan jalan semasa nabi hijrah, perbuatan itu juga turut dibenarkan,” katanya.
Abdul Hadi berkata, Allah melarang umat Islam berwala iaitu memberi kesetiaan sehingga sanggup menjual harga diri dan maruah kepada orang bukan Islam dan menyifatkan perkara seperti itu wujud dalam kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC.
Menurutnya, ia berbeza dalam kerjasama antara Pas dengan DAP kerana parti itu tidak akan berganjak daripada dasarnya kerana bekerjasama dengan DAP adalah kerjasama tahaluf.
“Selain itu, Pas juga tidak menolak pilihan raya bagi memilih kerajaan, selagi ada jalan mudah, kita pilih demokrasi. Ia membuktikan bukan semua dari Barat kita tolak kerana kita (Pas) juga memilih pilihan raya cara damai (demokrasi),” katanya. sumber asal

2 comments:

  1. Ustaz Hadi perlu perbaiki diri ahli dari jemaah nya dulu . Jangan perasaan yang semua masaalah didalam parti sudah jelas dan mendapat keredzoan Ilahi . Pimpinlah ahli2 pas agar menjadi contoh dan ikutan yang baik dahulu . Jangan hanya seronok mengeluar fatwa dan kaedah perjuangan untuk menyerang pertubuhan lain semata . Perbaikilah diri dan ahli2 mu dari azab Allah .

    ReplyDelete
  2. Apa kata speaker dengan sahabat Pas Tresa Kok . Kenapa Ustaz Hadi tidak menasihatnya sehingga biar orang lain menegur dahulu .
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/23/nation/7282180&sec=nation

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?