Nuffnang Ad

Monday, 25 October 2010

Pengganas Sebenar Ialah Amerika

AS tertekan ekoran maklumat perang Iraq

LONDON - Amerika Syarikat (AS) semalam semakin tertekan ekoran desakan supaya menyiasat dakwaan mengenai dokumen Perang Iraq yang dibocorkan oleh laman WikiLeaks.
Dokumen itu mendedahkan perbuatan tentera AS selepas Iraq diceroboh atas arahan Presiden AS ketika itu, George W. Bush dan disertai oleh Britain pada 2003.
Alasan serangan itu adalah untuk menggulingkan Saddam Hussein yang menjadi pemimpin Iraq pada masa itu yang dikatakan menyimpan sejumlah senjata pemusnah besar-besaran. kosmo

Saya pun tidak suka bercakap soal politik / Harussani

Menurut Harussani, beliau sering menjadi sasaran parti-parti pembangkang apabila berusaha membantu menjelaskan sesuatu isu.
"Bila saya kena hentam, tiada siapa pun bantu saya. Tetapi disebabkan saya bercakap atas kepentingan Melayu, saya tak kisah," katanya. utusan

Sunday, 24 October 2010

Dino Bin Rais Yatim

Rais's son named in telco civil case - thestar

KUALA LUMPUR: The Civil High Court here this morning was the setting for a case involving a telecommunications company, where the son of a minister in charge of the industry, was mentioned.
Dino Rais, son of Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, was named in an affidavit filed by businessman Abdul Razak Mohd Nor and Nor Aishah Harun against respondents Magic Telecom Sdn Bhd, Sejahtera Saluran Sdn Bhd and Looh Siong Chee.

inilah kerja peniaga bumiputera
kerjanya hanya buka pintu
kerjanya hanya bawa fail
kerjanya buat hubungan kerna ayanya menteri kah kah kah

 Tukat tiub

Cara bersih wang haram

Contohnya, dalam sesetengah agama, arak dibenarkan, justeru pemerintah Islam menghormati kebenaran itu, justeru ulama menyatakan keharusan bagi kerajaan meluluskan pembukaan kedai arak khusus untuk penganut agama terbabit saja. Itulah namanya siasah syariyyah. Demikian statusnya dengan babi dan makanan tidak sembelih, disebabkan agama mereka membenarkan, kerajaan Islam mesti membenarkan pembukaan kedai jual babi, penternakan babi dan gerai menjual makanan tidak sembelih setelah dipohon penganut agama yang membenarkan tetapi secara terhad dan berhati-hati. Pada masa sama juga, kerajaan boleh mengenakan cukai biasa daripada lesen dan perniagaan itu. hmetro

Hidup bawah jambatan


HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur semalam.kosmo

Kejutan rahsia baru Iraq

WikiLeaks membangkitkan kemarahan Pentagon pada Julai lalu dengan menyiarkan 77,000 dokumen rahsia tentera AS mengenai perang di Afghanistan.
“Walaupun salah satu matlamat yang dinyatakan bagi melancarkan Perang ke atas Iraq adalah untuk menutup bilik penyeksaan rejim Saddam Hussein, dokumen Wikileaks menunjukkan banyak kes penyeksaan dan penderaan tahanan yang dilakukan oleh polis dan askar Iraq.
“AS tahu tentang penyeksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Iraq tetapi mengarahkan askarnya supaya tidak campur tangan,” menurut Al-Jazeera.
Saluran bahasa Arab stesen itu pula melaporkan, angka kematian penduduk awam di Iraq adalah ‘jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan secara rasmi’.
Sekurang-kurangnya 109,000 penduduk terbunuh, 63 peratus daripadanya orang awam, antara serangan AS pada Mac 2003 hingga akhir tahun lepas. – AFP
Utusan

Tembelang AS terdedah

LONDON: Penderaan terlampau kejam, pembunuhan orang awam dan warga Iran dalam perang Iraq diperincikan melalui hampir 400,000 dokumen tentera AS yang dipaparkan untuk umum di laman sesawang WikiLeaks, semalam.
Dalam tempoh lima tahun kempen perang AS di Iaq, pelbagai dakwaan kezaliman direkodkan tetapi kebanyakannya tidak diambil tindakan atau dihentikan. hmetro

Iraq tak terkejut data rahsia

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iraqtakterkejutdatarahsia/Article/index_html

Dokumen perang Iraq dibocorkan demi kebenaran

LONDON 24 Okt. - Pengasas Wikileaks, Julian Assange semalam mempertahankan penyiaran 400,000 dokumen rahsia tentera Amerika Syarikat (AS) dalam Perang Iraq dan menegaskan ia mendedahkan 'kebenaran' dalam konflik itu.
Dokumen dari tahun 2004 hingga 2009 itu menggambarkan perkara sebenar yang berlaku terutama penyeksaan ke atas rakyat Iraq oleh pasukan keselamatan negara itu sendiri.
"Pendedahan ini adalah mengenai kebenaran. Serangan ke atas kebenaran oleh perang bermula sebelum ia bermula dan berterusan lama selepas perang tamat," kata Assange pada satu sidang akhbar di London. utusan

Mahkamah arah Parlimen Iraq kembali bersidang


Sejak itu, pemimpin politik yang bersaing enggan kembali ke Parlimen dan berusaha untuk membentuk pakatan bagi mendapatkan sokongan dalam menamakan pemimpin kerajaan baru termasuk Perdana Menteri apabila Parlimen bersidang sekali lagi. utusan

 

 

Saturday, 23 October 2010

UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO tidak benar

“Kunci itu juga mendedahkan fitnah politik UMNO yang mengatakan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO tidak benar sama sekali. Ini kerana kunci itu terletak di tangan Raja-Raja Melayu yang sebenarnya raja bagi semua rakyat.

“Fitnah politik UMNO ini hanya digunakan untuk menguntungkan golongan UMNO yang kecil dan memiskinkan rakyat jelata yang ramai seperti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri di mana setelah 53 tahun Merdeka, 60 peratus orang Melayu luar bandar masih dilanda kemiskinan,” katanya.  sinar

Busana Muslim Rosmah

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.
“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.
“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.
“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.
http://www.omaq.org/v3/

Festival Busana Muslim di Monte Carlo Video UTube

Baju dalam RM6.4j

Direka dengan kerjasama tukang emas Itali, Damiani dengan bertatah lebih 3,000 butir berlian, pakaian dalam khas ini memerlukan enam tenaga pakar dengan tempoh masa 1,500 jam untuk disiapkan. utusan

Hak Melayu

''Kalau hendak dipertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dalam ekonomi, kita juga kena tanya adakah kedudukan dalam politik yang kita kongsi selama ini juga perlu dikaji semula. utusan

Perlembagaan tak boleh diubah sesuka hati tanpa perkenan Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Golongan yang cuba mengubah Perlembagaan disifatkan sebagai tidak memahami semangat sebenar Perlembagaan ketika ia digubal bagi membolehkan negara mencapai kemerdekaan. utusan

Orang Asli lelaki pertama diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Beliau berkata, ibu kepada Amani yang dikenali sebagai Wak Draman dan berasal daripada suku kaum Semai ialah anak kepada seorang ketua institusi kepemimpinan Orang Asli, Mai Rakna di Tapah. utusan

7000 Sembahyang Jumaat Di PWTC

Ini merupakan kali pertama solat Jumaat diadakan di bangunan tersebut sepanjang 61 tahun Perhimpunan Agung UMNO berlangsung.
Dalam khutbahnya, Jamil Khir menyebut mengenai Perjanjian Hudaibiyah pada zaman Rasulullah dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut. Utusan

Friday, 22 October 2010

Kefahaman Islam Syumul Umno

Wakil Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, : “Kita telah bina tamadun Islam begitu lama kira-kira 53 tahun daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) dan diteruskan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Tetapi sekarang terdapat sebuah ‘ahzab’ atau pakatan di sebelah sana yang bertindak sama seperti pada zaman Rasulullah yang harus kita tewaskan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.
Satu masa nanti negara yang kita sayangi ini akan menjadi Malaysiapura,” ujarnya.
“Ya Allah, kerajaan Islam ini adalah kerajaan yang baru dan agama ini adalah agama yang baru. Tolonglah ya Allah, turunkan hikmah-Mu supaya kegemilangan tamadun Islam yang aku bina ini akan terus terpancar di muka bumi ini,” katanya. Utusan

RM186.9 Bilion Arab Saudi Beli Senjata Takutkan Iran

Saudi beli senjata AS$60 bilion

WASHINGTON 21 Okt. - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perjanjian jualan senjata bernilai AS$60 bilion (RM186.9 bilion) dengan Arab Saudi, rekod penjualan terbesar sebagai sebahagian usaha untuk menyaingi Iran. Utusan

Thursday, 21 October 2010

Piala Malaysia antara Kedah dengan Kelantan

ALOR SETAR – Selain mercun dan bunga api, air daun ketum dan batang besi adalah antara benda larangan yang cuba dibawa masuk ke dalam Stadium Darulaman .
"Lima yang ditahan kerana mereka membawa mercun bola, seorang membawa bunga api, dua membawa air daun ketum, seorang membawa besi ”spring baton” dan seorang lagi kerana memaki polis,” katanya kepada pemberita di Stadium Darulaman. kosmo

Puteri Umno

Lagu Warisan cetus semangat perjuangan


Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersama Exco Pergerakan Puteri UMNO bergambar selepas perhimpunan agung tahunan pergerakan itu di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Okt. – Persidangan Perwakilan Puteri UMNO yang menutup tirai petang ini mencetuskan kelainan apabila Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggunakan pendekatan unik bagi mencetus semangat perjuangan di kalangan ahli-ahli Puteri.
Rosnah di akhir ucapan penggulungan perbahasan mengajak para perwakilan menghayati lagu Warisan nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad untuk menyemarakkan perjuangan memperkasakan parti demi bangsa, agama dan negara. utusan

Jawatan Perdana Menteri

Terlalu asyik kejar jawatan PM

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang khususnya Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat hanya mengejar jawatan Perdana Menteri semata-mata tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera.
Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dayang Maimunah Sidek berkata, disebabkan terlalu asyik untuk mendapatkan jawatan berkenaan, mereka sanggup membiarkan kaum sendiri 'papa kedana'. Utusan 

 KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO mahu lebih ramai golongan Hawa dilantik menerajui jawatan lebih tinggi termasuk menjadi Menteri Besar. kosmo

Akibat Godaan Nafsu

Polis pindahkan Ariel Peterpan ke Bandung


GAMBAR yang disiarkan akhbar Kompas semalam menunjukkan Ariel (kanan) dan kekasihnya Luna Maya keluar dari ibu pejabat polis di Jakarta semalam.


JAKARTA - Laporan siasatan kes klip video seks vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya negeri di Bandung untuk pendakwaan, lapor sebuah akhbar semalam. kosmo