Nuffnang Ad

Sunday 24 October 2010

Kejutan rahsia baru Iraq

WikiLeaks membangkitkan kemarahan Pentagon pada Julai lalu dengan menyiarkan 77,000 dokumen rahsia tentera AS mengenai perang di Afghanistan.
“Walaupun salah satu matlamat yang dinyatakan bagi melancarkan Perang ke atas Iraq adalah untuk menutup bilik penyeksaan rejim Saddam Hussein, dokumen Wikileaks menunjukkan banyak kes penyeksaan dan penderaan tahanan yang dilakukan oleh polis dan askar Iraq.
“AS tahu tentang penyeksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Iraq tetapi mengarahkan askarnya supaya tidak campur tangan,” menurut Al-Jazeera.
Saluran bahasa Arab stesen itu pula melaporkan, angka kematian penduduk awam di Iraq adalah ‘jauh lebih tinggi daripada yang diumumkan secara rasmi’.
Sekurang-kurangnya 109,000 penduduk terbunuh, 63 peratus daripadanya orang awam, antara serangan AS pada Mac 2003 hingga akhir tahun lepas. – AFP
Utusan

Tembelang AS terdedah

LONDON: Penderaan terlampau kejam, pembunuhan orang awam dan warga Iran dalam perang Iraq diperincikan melalui hampir 400,000 dokumen tentera AS yang dipaparkan untuk umum di laman sesawang WikiLeaks, semalam.
Dalam tempoh lima tahun kempen perang AS di Iaq, pelbagai dakwaan kezaliman direkodkan tetapi kebanyakannya tidak diambil tindakan atau dihentikan. hmetro

Iraq tak terkejut data rahsia

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iraqtakterkejutdatarahsia/Article/index_html

Dokumen perang Iraq dibocorkan demi kebenaran

LONDON 24 Okt. - Pengasas Wikileaks, Julian Assange semalam mempertahankan penyiaran 400,000 dokumen rahsia tentera Amerika Syarikat (AS) dalam Perang Iraq dan menegaskan ia mendedahkan 'kebenaran' dalam konflik itu.
Dokumen dari tahun 2004 hingga 2009 itu menggambarkan perkara sebenar yang berlaku terutama penyeksaan ke atas rakyat Iraq oleh pasukan keselamatan negara itu sendiri.
"Pendedahan ini adalah mengenai kebenaran. Serangan ke atas kebenaran oleh perang bermula sebelum ia bermula dan berterusan lama selepas perang tamat," kata Assange pada satu sidang akhbar di London. utusan

Mahkamah arah Parlimen Iraq kembali bersidang


Sejak itu, pemimpin politik yang bersaing enggan kembali ke Parlimen dan berusaha untuk membentuk pakatan bagi mendapatkan sokongan dalam menamakan pemimpin kerajaan baru termasuk Perdana Menteri apabila Parlimen bersidang sekali lagi. utusan

 

 

2 comments:

  1. Layari laman web ini untuk selanjutnya :

    EXTRA: Iraq death toll now more than 150,000, says Iraq Body Count
    http://www.earthtimes.org/articles/news/350043,150000-iraq-body-count.html

    WikiLeaks says logs show 15,000 more Iraq deaths
    http://news.yahoo.com/s/nm/20101023/pl_nm/us_wikileaks_iraq

    ReplyDelete
  2. WikiLeaks publications are about the 'truth,' says Assange

    http://www.earthtimes.org/articles/news/350037,wikileaks-publications-truth-assange.html

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?