Nuffnang Ad

Tuesday 26 October 2010

Inilah Politik

KABUL - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai semalam mengakui pejabatnya menerima wang AS$700,000 (RM2.1 juta) hingga AS$975,00 (RM3 juta) daripada Iran untuk perbelanjaan Presiden.

Hamid bagaimanapun memberitahu wartawan semalam bahawa beliau mengarahkan Umar supaya menerima wang daripada Teheran.
"Wang itu sumbangan rasmi dan atas arahan saya," katanya.

Menurutnya, beberapa buah negara telah menghulurkan wang kepada pejabatnya dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara pertama menyumbangkan AS$1.5 juta (RM4.6 juta) sembilan tahun lalu ketika pentadbiran sementara Afghanistan dibentuk.

"AS turut melakukan perkara yang sama. AS menyediakan wang tunai kepada beberapa pejabat kami," katanya. kosmo

1 comment:

  1. Kedutaan Iran di Afghanistan bagaimanapun menafikan pernah memberikan wang tunai kepada Umar dan menyifatkan kenyataan Hamid sebagai tidak munasabah dan menghina Teheran. - AP

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?