Nuffnang Ad

Tuesday 26 October 2010

Tilawah mampu erat hubungan saudara baru - Rosmah


Tuanku Nur Zahirah bersama Rosmah Mansor pada majlis penyampaian hadiah Tilawah Al-Quran Saudara Muslim di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 25 Okt. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penganjuran majlis tilawah al-Quran merupakan platform yang ideal kepada saudara baru untuk berkumpul, bertukar-tukar pandangan dan mempromosikan persefahaman serta nilai-nilai mulia.
Rosmah berkata, sebagai seorang muslim, beliau percaya bahawa setiap individu perlu memainkan peranan untuk membina pengetahuan mengenai Islam dan mengukuhkan semangat ummah.
''Ummah dalam Islam tidak berlandaskan pada bangsa, kewarganegaraan, pekerjaan, tempat, hubungan atau kepentingan tertentu, ia juga tidak bersandarkan pada nama pemimpin, pengasas atau sesuatu kejadian.
''Sebaliknya ia melangkaui sempadan negara dan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Tilawah Al-Quran Saudara Muslim 2010 di Seri Perdana di sini malam ini. utusan

No comments:

Post a Comment

Apa Pendapat Anda ?