Nuffnang Ad

Tuesday 26 October 2010

Minda Islam Penolong Profesor di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim

Sebagai sebuah negara Persekutuan, pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Agama Islam dan pentadbirannya terletak di bawah bidang kuasa negeri. Raja-Raja bagi negeri adalah ketua bagi agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai Raja, ketua agama masing-masing ialah Yang di-Pertuan Agong.

Dari perspektif sejarah kedudukan Islam dalam pengasingan kuasa ini berlaku kerana agama Islam (yang sentiasa dikembarkan dengan adat istiadat Melayu) secara warisan dan turun temurun terletak di bawah naungan Raja. Ia juga menjadi urusan negeri masing-masing. bharian

2 comments:

  1. Selepas kemerdekaan, disebabkan kuasa autonomi negeri mengenai Islam dan pentadbirannya, pelbagai kejanggalan berlaku. Perkara berkaitan Islam memerlukan tindakan setiap negeri secara satu persatu dan tidak ada mekanisme penyeragaman yang aktif ketika itu, walaupun ada institusi berkaitan seperti Majlis Raja-Raja.

    ReplyDelete
  2. Beliau juga berkata : Islam adalah urusan negeri dan Raja-Raja adalah ketua agama setiap negeri. Oleh itu, penubuhan agensi, mahupun kementerian pada peringkat Persekutuan hendaklah sentiasa mengambil kira kedudukan ini, walaupun mungkin ada kebaikan dari aspek mempercepatkan urusan pentadbiran dan keseragaman perkara berkaitan Islam.

    Secara pentadbiran, penubuhan itu tidak boleh membelakangi kedudukan Raja sebagai ketua agama. Begitu juga kedudukan agensi yang berkaitan dengan agama Islam di negeri, seperti institusi mufti dan majlis agama Islam.

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?