Nuffnang Ad

Tuesday 21 September 2010

Kempen perkasakan Rukun Negara dilancar Oktober

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan melancarkan kempen memperkasakan Rukun Negara yang menjadi falsafah utama bagi membina sahsiah rakyat, bermula bulan depan.
Kementerian Penerangan bukan nak bina saksiah  mengikut akhlak islam , tapi nak bina saksiah ikut rukun negara . Satu projek sesat dan menyesat . Wahai fatawa fatawi , jakim dan institusi agamawan dimanakah engkau ? 
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penghayatan serta pemahaman terhadap erti sebenar Rukun Negara yang dilihat semakin terhakis dalam kalangan rakyat.
Wahai Dato Seri , kan lebih baik ajak menghayati dan melaksanakan akan pemahaman terhadap ajaran islam ? . Setiap hari kita dengar bunuh disana sini , bayi dibuangkan dan macam - macam lagi kes-kes jenayah berlaku  dinegara kita  , sebenarnya fenomena ini bukanlah  mereka - mereka itu tidak menghayati rukun negara , tetapi sebenarnya melupakan ajaran Allah . Inilah ajaran yang dapat membahagiakan kita dunia akhirat . Sedarkah Dato Seri bahawa setiap hari masyarakat kian melupakn ajaran Ilahi ? .
"Kita merasakan pemahaman dan penghayatan Rukun Negara harus dijadikan elemen integral yang nyata serta perlu difahami setiap ahli masyarakat.
"Maka, untuk itu kementerian bercadang melaksanakan kempen yang lebih meluas dan berkesan, selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya.
Gagasan 1Malaysia adalah satu slogan yang baru . Sebenarnya masyarakat  islam yang berada didalam negara ini telah  sangat parah . Gejala yang terlihat  hari ini adalah merupakan hasil  tuaian kepada pokok yang ditanam pada masa yang lalu , sejak Malaysia Merdeka . 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.
Rais berkata, pihaknya mendapati rakyat sememangnya mengetahui dan menerima konsep Rukun Negara, namun golongan generasi baru sekarang yang dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun kurang menghayati erti sebenar falsafah negara itu.
Jangan salah faham Dato Seri , masyarakat sebelum ini menghayati ajaran islam ,dulu banyak mereka itu mendapat didikan agama disekolah - sekolah dan melalui orang tua - tua mereka , sebaliknya  masyarakat lingkungan 20 hingga 40 tahun adalah anak-anak yang dilahir dan didik selepas Merdeka . Jangan salahkan orang lain , lihatlah kepeada cara pendidikan yang didasari kerajaan . Kita perlu menoleh kebelakang untuk menilai apa yang telah kita buat selama ini . Sistem pendidikan sekularlah telah melahirkan masyarakat seterusnya . 
"Jadi kita perlu cerita semula apa asas dan ertinya agar setiap baris Rukun Negara difahami dalam konteks kaum, agama serta bidang masing-masing," katanya.
Jangan cerita rukun negara , sebaliknya cerita rukun islam .Orang bukan islam akan tertarik dengan akhlak orang islam . Ini sekaligus mereka pun turut menjadi baik dan berdisiplin . Orang islam adalah contoh terbaik untuk semua .

Beliau berkata, setiap jabatan dan agensi di bawah kementerian itu akan ditugaskan melaksanakan kempen berkenaan dan diteruskan sehingga masyarakat benar-benar mengerti serta memahami falsafah Rukun Negara.
Katanya, beliau yakin usaha itu akan mampu mengembalikan Rukun Negara sebagai intipati kenegaraan yang terpenting dalam setiap jiwa masyarakat Malaysia.
Dizaman Mahathir dulu kan sudah dieterapkan nilai-nilai islam . Apakah yang ditanam mahathir dulu tidak berbuah ? . Ataukah buahnya seperti yang kita lihat dihari ini ? . Ini mungkin slogan politik untuk meraih sokongan .
"Sambutan kepada Gagasan 1Malaysia juga diyakini akan lebih tegap dan berasas, berdasarkan falsafah Rukun Negara kita," katanya.
Beliau berkata, selain siri-siri penerangan, kempen Rukun Negara itu juga akan dimasukkan ke dalam program berbentuk hiburan, pelajaran, dokumentari dan ceramah oleh pihak kementerian dan rangkaian lain serta boleh disertai oleh masyarakat.
Terdahulu dalam ucapannya, Rais berkata, semua pihak perlu memperhalusi sejarah kewujudan Rukun Negara yang dirangka selepas Tragedi 13 Mei 1969.
Sebelum Masa 13 mei 
Buat apa nak buang masa untuk memperhalusi sejarah Rukun Negara . Lebih baik memperhalusi Rukun Iman Islam . Itu saja rukun yang dapat membawa kita kepada bahagia dunia akhirat . 
Beliau menegaskan, rakyat perlu jelas bahawa dengan adanya Rukun Negara, maka masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga ke tahap hari ini.
Rukun Negara mungkin sesuai bagi non muslim , tetapi bagi muslim rukun iman itu adalah segala-galanya . 
"Ini kerana tidak ada falsafah lain lagi yang boleh menyerlahkan kesejagatan kita di negara ini selain Rukun Negara. Oleh itu, amat penting untuk kita menilai semula falsafah itu demi kebaikan kita semua," katanya.
Kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah Sahaja Yang Mampu Mempersatukan Manusia .
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

1 comment:

  1. Jangan - jangan Majlis fatawa fatawi pun menghayati Rukun Negara lebih dari menghayati Rukun Islam .

    ReplyDelete

Apa Pendapat Anda ?